Rimas

Antara perkara yang membuatkan aku rimas, esp di pagi hari;

1) Dengar orang berleter. Even bukan berleterkan aku pun aku tetap rimas. Boleh tak bagi orang lain hidup aman sikit pepagi hari ni?

2) Orang suka nak ajak berbual atau beramah mesra. Nak bertanya khabar setakat sepatah dua tu okaylah, kalau nak ajak berbual, mintak ampun banyak-banyak. Pagi-pagi ni memang otak lambat loading. Jadi jangan cuba-cuba nak ajak berbual hal-hal serius. Penat nanti kena bercakap seorang diri. :P

3) Dengar orang bergaduh. Tsk. Tolonglah. Macam mana boleh tergamak nak bergaduh di waktu pagi yang indah macam ni? Haila...

4) Kena usha pepagi. Uih, ingat ke takde orang buat keje gitu pepagi? Ada weh.. Heh, rimas sungguh!

5) Bila sampai office dah dapat call client yang banyak songeh. Demand itu ini. Eh, rimasla! Kalau pun urgent, tak boleh ke bagi tempoh bertenang sikit? Tsk..

6) Jumpa manusia yang memang sentiasa buat aku rasa annoying. Urgh..!

....To be continued.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Rimas

  1. saya paling benci n rimas, d pagi hari dan sepanjang hari ialah orang angin pus2.. ni yg terpaling benci! berangin tak kena tempat dan.. menyusahkan orang!

    ReplyDelete
  2. ha, betul2. kalau hangin tak sembur kat orang lain tu takpe. bila libatkan orang lain tu, memang rasa nak sepak pun ada. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.