Kisah facebook lagi

Tak faham la bila ada orang suka-suka nak jadikan facebook tu sebagai medium untuk 'flirting around' dengan kawan-kawan yang kadangkala diorang sendiri tak kenal. Huh.

Teremosi pulak bila dengar tentang ni kat radio petang tadi.

Okay, kalau biasa dengar Fly Fm sebelah petang biasanya diorang ada satu segmen Flirty @ 530pm yang kononnya nak membantu sesiapa yang malu nak confess pada sesiapa yang disukai atau diminati.

Last 2 weeks, those two announcers (Prem + Zher) dah berjaya tolong seorang mamat ni confess pada his childhood crush. Gaya memang berani habislah. Siap propose on air lagi oih. Tapi kalau kena kat aku pun aku lari kot? Kalau kena kat orang lain memang kita rasa sweet, tapi bila kena kat diri sendiri? Sendiri mau ingatla. Hehe..(Pls refer my entry yang kena kejar dengan encik stalker di pagi hari tu :P)

So petang ni pulak, this one guy mintak tolong untuk confess to his crush yang dia kenal thru facebook. Ceritalah yang perempuan ni rajin layan dia la, apa la. Biasala, mungkin dia nampak perempuan ni jenis melayan and bagi positive feedback juga kot. So, disebabkan itu, dia mintak tolong untuk dia confess his feelings towards this girl.

And you know what, cerita punya cerita, rupanya she's getting married this weekend. Haiyoh. Prem + Zher pun macam terkedu bila dengar perempuan tu cakap dia nak kahwin this weekend. Salah siapa agaknya eh bila benda macam ni jadi? Nak kesian kat siapa pun tak tau. Macam kelakar pun iye. Yela, yang seorang tu nak mengayat tapi tak habis siasat latar belakang. Yang seorang lagi tu dah tau dah berkomitmen masih rajin nak melayan. Hai, dunia..dunia..

Aku setuju sangat dengan ayat Zher sebelum diorang tamatkan perbualan tu, 'Sometimes your relationship status is a quite helpful info for others'. Haha. Untuk kes diorang ni memangla sangat membantu, terutamanya untuk si lelaki tu.

Sebenarnya nak bersosial tu tak salah. Janji tau batas. Jangan main harung je. Dah tau diri tu dah ada komitmen, tak payahla gatal nak flirt around sana sini lagi. Ke rasa bangga, rasa diri tu hot sebab even dah ada partner pun masih ada lagi yang nak mengayat? Ouch!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Kisah facebook lagi

  1. kena kejar stalker? itulah, kak pu3 comel sangat :P

    ReplyDelete
  2. eh, baru perasan. sy tak tersenarai dalam BS Community ek? huhu..sedeynya...

    ReplyDelete
  3. comel? takde maknanya? comot woh.. :P

    eh, kan ade link awak kat list pemblog tegar tuh. yang kat list bawah tu untuk yang jarang update blog. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.