Hutang Tag

Alamak, baru teringat yang ada hutang tertunggak. Hutang tag daripada Puan Cik Izawati.

Here we go.

Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Mencuci dan mengampai baju. Heh.

Soalan : 2 jam yang lalu?
Mandi. Erk..

Soalan : Minggu lepas?
Sibuk dengan kerja dan hal-hal dunia yang lain.

Soalan : 3 lagu yang anda boleh dengar berulang-ulang kali?
Oh, saya ada habit suka dengar lagu baru berulang-ulang kali. Bila rasa suka memang suka ulang banyak kali. Agaknya kalau iPod dan winamp kat lappy tu boleh bercakap mesti diorang dah complaint penat. Haha..
Tapi antara lagu yang saya suka dengar berulang kali termasuklah;

Wherever You Will Go - The Calling
Over you - Daughtry
Suatu Masa - M Nasir

Soalan : 3 binatang yang anda tidak suka?
1. Ular
2. Lipan
3. Cicak

Soalan : 5 fakta tentang diri anda
tak suka ke tempat sesak
tak kisah jalan seorang diri
suka membaca
simple
homely type

Soalan : Tahun depan mungkin anda..
Akan ke tempat yang dah lama saya teringin nak pergi. Insya Allah. Doakan saya ya?

Soalan : Saya tak reti sangat berkata..
tidak bila orang mintak tolong.

Soalan : Saya pandai..
mengelak bila tak selesa untuk menjawab soalan yang tak mau dijawab. :P

Soalan : Kawan saya..
adalah orang yang takkan sanggup menikam saya dari belakang. Sekian, terima kasih!

Soalan : Saya ada..
4 orang cucu saudara. Uhuk~

Soalan : Saya seorang..
yang sangat cerewet bila berkaitan hal kerja. Photocopy senget dan comot pun boleh jadi isu. Memang nampak remeh. Tapi itu sebenarnya melambangkan imej kita sendiri kan?

Soalan : Adik saya..
seorang lelaki yang tinggi menjulang.

Soalan : Saya tak pernah bosan dengan..
Damon Salvatore. Hahah.

Soalan : Bilakah kali pertama bercinta..
Ehem, nak skip je boleh tak? Sebab malas nak ingat..

Soalan : Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang saya ialah...
pekerjaan saya. Wanna know why? Sebab saya selalu kata saya jual sayur atau jadi cashier kat supermarket. ;)

Soalan : Saya rindu..
Arwah mak dan abah. Al-fatihah to both of them.

Soalan : Saya tak sabar..
nak bercuti. Tapi tak tahulah bila boleh bercuti. Huh.

Soalan : 5 laman yang selalu saya layari..
Facebook dan beberapa blog.

Soalan : Anda mahu tag..
Sesiapa la yang rasa rajin nak buat.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Hutang Tag

  1. suatu masa by Amanmakmor tu ke?ahahah..Hari ahad mandi mesti lewat..entah pukul berapa la tu mandi..hep..

    ReplyDelete
  2. ahahah. aku dah agak dah mesti kau akan komen part mandi lewat tuh. alasan aku tetap sama macam sms aku minggu lepas. :P

    woh, aku memang suka la lagu tu. yang kau nyanyi pun aku suka jugak. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.