Dilema

Honestly, I've been kept this in mind for such a long time. Serba salah sebenarnya. Kalau tak bagitau, ia melibatkan amanah. Kalau bagitau, nanti orang kata, aku ni suka sangat nak mengadu-domba. But then again, benda ni tanggungjawab aku. Amanah yang orang dah beri.

Knowing me, aku bukan orang yang suka menjaja cerita dan keburukan orang lain sesuka hati. Nope, bukan nak sebarkan kebaikan sendiri. Cuma prinsip aku : kalau kita tak mau orang buat perkara yang kita tak suka pada kita, kita jangan buat perkara tu pada orang lain. Mudah kan?

Tapi ini melibatkan tanggungjawab. Orang atasan dah bagi amanah untuk ini. Tapi aku yang merelakan perbuatan dia tu.

Susah bila berdepan dengan orang yang 'suka ambil kesempatan' bila dia rasa dia ada sedikit 'kelebihan' ni. Dia rasa dia seorang je yang tau buat kerja tu dan dia rasa orang atasan akan pandang tinggi disebabkan 'kelebihan' yang sedikit tu. Jadi disebabkan 'kelebihan' itu dia rasa dia boleh ambil kesempatan atas segala kemudahan yang dah diberi.

Haih..

Dia tak tahu orang atasan ni kalau nak cari pengganti tu mudah je. Jangan ingat bila orang suka, orang timang tu kita boleh buat sesuka hati kita. Esok lusa, ada orang yang lebih bagus dari kita, silap-silap kita pun tak dipandangnya lagi. Hidup ni kan macam roda. Hari ni kita kat atas, entah-entah minggu depan dah ada kat bawah dah. Jadi, tak payahla nak berbangga sangat dengan 'kelebihan' yang tak seberapa tu. Nikmat Tuhan tu kalau nak kena tarik, bebila masa je boleh kena tarik, tau?

Entahlah. Dah meluat sebenarnya. Tapi kena tahan je la. Mudah-mudahan aku diberi keberanian untuk berterus terang tentang hal ni secepat mungkin. Huh..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.