Archive for March 2011

Kisah facebook lagi

Tak faham la bila ada orang suka-suka nak jadikan facebook tu sebagai medium untuk 'flirting around' dengan kawan-kawan yang kadangkala diorang sendiri tak kenal. Huh.

Teremosi pulak bila dengar tentang ni kat radio petang tadi.

Okay, kalau biasa dengar Fly Fm sebelah petang biasanya diorang ada satu segmen Flirty @ 530pm yang kononnya nak membantu sesiapa yang malu nak confess pada sesiapa yang disukai atau diminati.

Last 2 weeks, those two announcers (Prem + Zher) dah berjaya tolong seorang mamat ni confess pada his childhood crush. Gaya memang berani habislah. Siap propose on air lagi oih. Tapi kalau kena kat aku pun aku lari kot? Kalau kena kat orang lain memang kita rasa sweet, tapi bila kena kat diri sendiri? Sendiri mau ingatla. Hehe..(Pls refer my entry yang kena kejar dengan encik stalker di pagi hari tu :P)

So petang ni pulak, this one guy mintak tolong untuk confess to his crush yang dia kenal thru facebook. Ceritalah yang perempuan ni rajin layan dia la, apa la. Biasala, mungkin dia nampak perempuan ni jenis melayan and bagi positive feedback juga kot. So, disebabkan itu, dia mintak tolong untuk dia confess his feelings towards this girl.

And you know what, cerita punya cerita, rupanya she's getting married this weekend. Haiyoh. Prem + Zher pun macam terkedu bila dengar perempuan tu cakap dia nak kahwin this weekend. Salah siapa agaknya eh bila benda macam ni jadi? Nak kesian kat siapa pun tak tau. Macam kelakar pun iye. Yela, yang seorang tu nak mengayat tapi tak habis siasat latar belakang. Yang seorang lagi tu dah tau dah berkomitmen masih rajin nak melayan. Hai, dunia..dunia..

Aku setuju sangat dengan ayat Zher sebelum diorang tamatkan perbualan tu, 'Sometimes your relationship status is a quite helpful info for others'. Haha. Untuk kes diorang ni memangla sangat membantu, terutamanya untuk si lelaki tu.

Sebenarnya nak bersosial tu tak salah. Janji tau batas. Jangan main harung je. Dah tau diri tu dah ada komitmen, tak payahla gatal nak flirt around sana sini lagi. Ke rasa bangga, rasa diri tu hot sebab even dah ada partner pun masih ada lagi yang nak mengayat? Ouch!

3 Comments

Mari membeli belah!

Orang kata, ni orang kebanyakkanla yang berkata ya, bukan saya. Orang kata, perempuan dan shopping itu tak bisa dipisahkan. Hmm, mungkin betul. Mungkin juga tak betul. Sebenarnya aku rasa ayat tu bergantung kepada diri masing-masing juga. Kalau mampu, duit berkepuk-kepuk, nak shopping hari-hari pun apa ada hal? Haha..

As for me, aku ni bukan shopaholic tegar. Maybe sometimes. Tapi biasanya bersebab. Bila rasa tensi atau tertekan, barulah jumpa habit shopping tak ingat dunia tuh. Selain daripada waktu tu, berbelanjalah ikut kemampuan. :)

Tapi sekarang ni pun dah jarang berbelanja sebenarnya. Tak ada masa. Dulu balik kerja petang-petang sempat je nak window shopping seround dua. Sekarang ni sebab dah jadi supir tak bergaji setiap petang, maka terpaksalah lupakan aktiviti untuk bershopping dan cuci mata ni.

Mujurlah ada yang sudi nak melayan tabiat bershopping sekali sekala ni. Biasalah, apa guna ada kawan yang boleh membantu kalau kita tak gunakan, ye tak? Hihi..

Untuk ini kredit kepada Hijabiza Iza dan Pusat Kecantikan Puteri. Oh, tak lupa juga kepada Cik Izawati Ahmad. Saya dah tak perlu lenguh kaki berjalan merentas shopping complex semata-mata untuk bershopping. Wee~!

Ni salah satu blouse yang dijual di Hijabiza Iza. Sengaja letak ni sebab blouse ni special. Haha. Kalau nak tau kenapa silalah add Hijabiza Iza dan Pusat Kecantikan Puteri di facebook ya? Nanti akan dapat jawapan kenapa. :)

Bukan setakat blouse, ada juga shawl, baju kurung, beg andddd the ever-famous Hana Tajima skirt tu pun ada tau? Jadi, tunggu apa lagi? Add lah mereka di facebook sekarang. Hehe..

Oh, ini bukanlah iklan berbayar. Cuma tak salah kan kalau kita berkongsi benda baik dengan kawan-kawan? ;)

Leave a comment

Dilema

Honestly, I've been kept this in mind for such a long time. Serba salah sebenarnya. Kalau tak bagitau, ia melibatkan amanah. Kalau bagitau, nanti orang kata, aku ni suka sangat nak mengadu-domba. But then again, benda ni tanggungjawab aku. Amanah yang orang dah beri.

Knowing me, aku bukan orang yang suka menjaja cerita dan keburukan orang lain sesuka hati. Nope, bukan nak sebarkan kebaikan sendiri. Cuma prinsip aku : kalau kita tak mau orang buat perkara yang kita tak suka pada kita, kita jangan buat perkara tu pada orang lain. Mudah kan?

Tapi ini melibatkan tanggungjawab. Orang atasan dah bagi amanah untuk ini. Tapi aku yang merelakan perbuatan dia tu.

Susah bila berdepan dengan orang yang 'suka ambil kesempatan' bila dia rasa dia ada sedikit 'kelebihan' ni. Dia rasa dia seorang je yang tau buat kerja tu dan dia rasa orang atasan akan pandang tinggi disebabkan 'kelebihan' yang sedikit tu. Jadi disebabkan 'kelebihan' itu dia rasa dia boleh ambil kesempatan atas segala kemudahan yang dah diberi.

Haih..

Dia tak tahu orang atasan ni kalau nak cari pengganti tu mudah je. Jangan ingat bila orang suka, orang timang tu kita boleh buat sesuka hati kita. Esok lusa, ada orang yang lebih bagus dari kita, silap-silap kita pun tak dipandangnya lagi. Hidup ni kan macam roda. Hari ni kita kat atas, entah-entah minggu depan dah ada kat bawah dah. Jadi, tak payahla nak berbangga sangat dengan 'kelebihan' yang tak seberapa tu. Nikmat Tuhan tu kalau nak kena tarik, bebila masa je boleh kena tarik, tau?

Entahlah. Dah meluat sebenarnya. Tapi kena tahan je la. Mudah-mudahan aku diberi keberanian untuk berterus terang tentang hal ni secepat mungkin. Huh..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Pelik ke?

Masa beli komik ni kat 7-e kelmarin, adik kat kaunter tu tanya,

Dia: Eh, follow juga ke?

Me: (Senyum) Kenapa? Tak boleh ke?

Dia: Takdelah, tanya aje.

Me: Oh, okay...

Dalam hati dah nak gelak dah. Maybe budak tu tak expect perempuan seusia aku ni boleh baca komik ni kot? Yela, mesti dia biasa jumpa perempuan beli majalah mingguan wanita, Pa + Ma, Keluarga etc..etc..

Ni tetiba jumpa perempuan beli komik. Hahaha.

Sesekali kenalah expect the unexpected, kan??


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

You say it best, when you say nothing at all~

Salah satu lagu yang tak jemu didengar berulang kali. =)



P/s: To Encik Samseng (yang kononnya) Hensem, silalah masukkan lagu ni dalam list ye? :P

2 Comments

Hutang Tag

Alamak, baru teringat yang ada hutang tertunggak. Hutang tag daripada Puan Cik Izawati.

Here we go.

Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Mencuci dan mengampai baju. Heh.

Soalan : 2 jam yang lalu?
Mandi. Erk..

Soalan : Minggu lepas?
Sibuk dengan kerja dan hal-hal dunia yang lain.

Soalan : 3 lagu yang anda boleh dengar berulang-ulang kali?
Oh, saya ada habit suka dengar lagu baru berulang-ulang kali. Bila rasa suka memang suka ulang banyak kali. Agaknya kalau iPod dan winamp kat lappy tu boleh bercakap mesti diorang dah complaint penat. Haha..
Tapi antara lagu yang saya suka dengar berulang kali termasuklah;

Wherever You Will Go - The Calling
Over you - Daughtry
Suatu Masa - M Nasir

Soalan : 3 binatang yang anda tidak suka?
1. Ular
2. Lipan
3. Cicak

Soalan : 5 fakta tentang diri anda
tak suka ke tempat sesak
tak kisah jalan seorang diri
suka membaca
simple
homely type

Soalan : Tahun depan mungkin anda..
Akan ke tempat yang dah lama saya teringin nak pergi. Insya Allah. Doakan saya ya?

Soalan : Saya tak reti sangat berkata..
tidak bila orang mintak tolong.

Soalan : Saya pandai..
mengelak bila tak selesa untuk menjawab soalan yang tak mau dijawab. :P

Soalan : Kawan saya..
adalah orang yang takkan sanggup menikam saya dari belakang. Sekian, terima kasih!

Soalan : Saya ada..
4 orang cucu saudara. Uhuk~

Soalan : Saya seorang..
yang sangat cerewet bila berkaitan hal kerja. Photocopy senget dan comot pun boleh jadi isu. Memang nampak remeh. Tapi itu sebenarnya melambangkan imej kita sendiri kan?

Soalan : Adik saya..
seorang lelaki yang tinggi menjulang.

Soalan : Saya tak pernah bosan dengan..
Damon Salvatore. Hahah.

Soalan : Bilakah kali pertama bercinta..
Ehem, nak skip je boleh tak? Sebab malas nak ingat..

Soalan : Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang saya ialah...
pekerjaan saya. Wanna know why? Sebab saya selalu kata saya jual sayur atau jadi cashier kat supermarket. ;)

Soalan : Saya rindu..
Arwah mak dan abah. Al-fatihah to both of them.

Soalan : Saya tak sabar..
nak bercuti. Tapi tak tahulah bila boleh bercuti. Huh.

Soalan : 5 laman yang selalu saya layari..
Facebook dan beberapa blog.

Soalan : Anda mahu tag..
Sesiapa la yang rasa rajin nak buat.

2 Comments

Seminggu punya cerita

Fuh~

Bagus sangat la update seminggu sekali je. Haha. Minggu ni memang sibuk yang teramat. 3 hari straight kena dok HQ, buat kerja menghadap bos. Err, bukan tenung muka bos dari pagi sampai petang ye? :P Cuma biasala, bila kerja dah nak siap dan memerlukan final touch, bos akan panggil datang HQ untuk buat ammendment and so on.

Ni pun kerja yang tu dah siap bersusun 3 job baru atas meja. Adeh... Ni yang orang sibuk suruh kawen. Diri sendiri tak terurus, cemana nak urus orang lain? Heh.

Oh, sebut-sebut fasal topik sensitif ni aku teringat masa sembang-sembang dengan bos hari tu. Tiba-tiba je keluarkan ayat yang bikin aku cuak. Haha.

Bos: Ha, saya ada benda sebenarnya yang dah lama nak cakap ni. Tapi saya asyik lupa aje nak bagitau you. Ala, lagi pun kita kan jarang jumpa.

Me: (Muka cuak) O-kay, ayat bos ni dah berjaya buat saya cuak.

Bos: Hahaha (Gelak jahat). Takut eh? Takdelah, ni cuma sampaikan hajat orang ni. Yelah, saya kan selalu duduk sembang dengan pakcik-pakcik kat medan selera bawah ni. So ada lah yang berbunyi, bertanya. Nak kenen-kenen buat menantu. Saya dah cakap dah dengan diorang, saya ni mana tau yang you ni ada kawan ke ape ke? Nak bergurau pun tak berani, ini kan pulak nak tanya hal-hal peribadi macam tu?

(Seriously aku dah nak gelak masa ni. Sejak bila entah bos ni jadi match maker?)

Me: Oh, ingatkan apa. Buat orang cuak aje. Siapa la yang malang berkenan kat saya nak buat menantu ni eh? Haha..

Bos: Ala, biasala orang tua. Orang berpengalaman kan? Adalah kot yang diorang nampak tu. Pandangan orang tua ni selalunya lain. Bla..bla..bla..

And the rest was history. Dah tak ingat sangat sebenarnya. Haha..

Tapi sebenarnya cuak juga bila bos dah cakap macam tu. Bukan apa, sebelum ni aku selalu bersarapan pagi kat medan selera tu seorang diri. (Ye, saya memang lone ranger, tak kisah walau terpaksa ke mana-mana bersendirian). Pernah ada sekali tu seorang pakcik meja sebelah ajak berbual. Dok ramah bertanya - kerja mana, office tu buat apa etc..etc..

Ok, memang la previous entry aku ada mention yang aku rimas dengan orang yang suka beramah mesra pepagi ni kan? Tapi bila orang tua ajak berbual, takkan nak ignore je pulak? Tak ke kurang ajar namanya tu? So layan ajela mana yang termampu.

Then nak tau tak apa jadi lepas tu?

That pakcik called my office for some investigation! Luckily aku bukan kat HQ. Haha.. Pakcik tu dapat phone number dari signboard office. Yang bestnya masa tu tak seorang pun tau siapa yang dia maksudkan tu. Haha. Heh. Cemerlang la pakcik!

Lepas daripada kes tu aku dah kurang nak bersarapan kat medan selera tu. Even sekarang ni pun aku lebih selesa bersarapan di rumah sambil bermalas-malasan membaca e-novel thru iPod. Tak maulah orang kata macam sengaja nak menjaja muka pepagi, bila dah ada kes macam tu. Yelah mulut orang, bukan kita boleh control kan?

Jadi sebelum jadi buah mulut orang, baik kita ambil langkah berjaga-jaga, ye tak?

Leave a comment

Rimas

Antara perkara yang membuatkan aku rimas, esp di pagi hari;

1) Dengar orang berleter. Even bukan berleterkan aku pun aku tetap rimas. Boleh tak bagi orang lain hidup aman sikit pepagi hari ni?

2) Orang suka nak ajak berbual atau beramah mesra. Nak bertanya khabar setakat sepatah dua tu okaylah, kalau nak ajak berbual, mintak ampun banyak-banyak. Pagi-pagi ni memang otak lambat loading. Jadi jangan cuba-cuba nak ajak berbual hal-hal serius. Penat nanti kena bercakap seorang diri. :P

3) Dengar orang bergaduh. Tsk. Tolonglah. Macam mana boleh tergamak nak bergaduh di waktu pagi yang indah macam ni? Haila...

4) Kena usha pepagi. Uih, ingat ke takde orang buat keje gitu pepagi? Ada weh.. Heh, rimas sungguh!

5) Bila sampai office dah dapat call client yang banyak songeh. Demand itu ini. Eh, rimasla! Kalau pun urgent, tak boleh ke bagi tempoh bertenang sikit? Tsk..

6) Jumpa manusia yang memang sentiasa buat aku rasa annoying. Urgh..!

....To be continued.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Ukur baju di badan mannequin ;p

Haaachom!

Haha, itu penangan dah lama tak update blog.

Kesibukan melanda sampai nak update blog pun takde mood. Ni bila kerja dah mula surut barulah teringat ada blog yang dah lama tak di update. Heh.

Lagi pun takde perkara menarik untuk diceritakanla.. Oh, ada. Tapi sebab semalam terasa emo tahap melampau, maka entry terpaksa post poned untuk cooling down session. Nanti tak pepasal ada pelbagai %$*^!@ dan segala macam harsh words akan keluar. Dahla aku memang dah sedia bengang dengan makhluk yang satu tu. Huh.

Ehem. Ingat tak orang-orang lama selalu berpesan, ukur baju di badan sendiri? Means kalau nak buat apa-apa pun, lihatlah kemampuan diri. Tak bermakna kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat juga. Yela, cuba bayangkan keadaan ni, masa berjalan-jalan window shopping, kita berkenan pada satu baju dalam salah sebuah kedai yang kita singgah. Memanglah nampak cantik bila mannequin tu pakai, tapi bila kita pakai tak semestinya cantik juga kan? Kalau nak beli juga memanglah boleh. Tapi bukan ke membazir bila kita membeli sesuatu yang kita tak boleh nak pakai? Rasanya banyak lagi pilihan lain yang lebih sesuai untuk kita. Tak payahla nak jadi selfish, beli juga baju yang tak sesuai dengan kita tu. :)

Kadang-kadang aku pun tak faham dengan perangai manusia, khususnya 'orang kita' ni. Tak bolehla tengok orang lain lebih sikit. Nak aje mendengki kan? Walhal orang tu tak usik dia pun.

Orang tukar kereta baru dia pun sibuk juga tergedik-gedik nak tukar kereta. Dia tak tau berapa lama orang tu ambik masa dan berkira-kira untuk membuat keputusan menukar kereta tu. Dan orang itu menukar kereta bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan pun. Menukar bila rasa ada keperluan untuk menukar. Bukan untuk suka-suka atau tunjuk hebat. Heh.

Pelik. Orang itu rasanya tak pernah merasa susah dari zaman dia kecil, tapi tiba-tiba nak dengki dengan orang yang memperoleh kesenangan setelah bersusah payah dari bawah? Apakah? Hmm, manusia..manusia..

No, bukan aku dengki dengan orang yang dengki macam tu. Dan aku pun tak berharap sifat dengki tu akan singgah dalam hati yang tak berapa bersih ni. Cuma, harap ia jadi peringatan untuk diri sendiri. Rezeki orang, mana sama dengan rezeki kita. Jadi kalau orang lain mampu, tak usahla nak dengki. Itu bahagian dia. Bahagian kita insya Allah, mungkin ada di tempat lain, siapa tahu kan? :)

Mudah-mudahan kita semua terhindar dari segala sifat hasad dengki sebegitu. Aminnn...

2 Comments

Emosi Jumaat :)

Pernah dengar tak perumpamaan sudah jatuh ditimpa tangga? Kemudian kena lenyek pulak dengan stemroll?

Itulah gambaran apa yang berlaku hari ni.

Lelah. Juga sangat penat menghadap kerenah orang ni.

Lelah menghadap deadline juga.

Bilalah semua kesukaran ni nak berakhir? Hmm..

(Jangan mengeluh, tak baik...)

Ni bukan mengeluh, cuma nak meluahkan rasa hati yang tak berapa best sejak kebelakangan ni. Hmmph!

Doakan aku kuat hadapi ni semua berulang-ulang kali ye? Heh.

Oh, terima kasih juga buat insan yang sudi membantu mengurangkan beban tensi aku hari ni. I owe you one. :)

Nak dengar lagu ni sepanjang hari boleh tak?



I'm going home now. Daaa~!

Leave a comment

Truly amusing. Heh!

Memula dapat bil ni tengahari tadi I was like, what the...

Rupanya setelah sekian lama (dah hampir 2 tahun okay?) baru perasan yang kat depan tu diletak MR, bukan MS atau MRS. Hahaha.

Sah-sahla budak perempuan (tomboy) yang attend masa registration tu ada krisis identiti. Perempuan berbaju kurung ni dikatanya lelaki? Alahai, pity me..

Kesian kan? Kalau tak kesian pun tolongla kesian jugak. Boleh? Hehe..

But, it truly amused me today. Di kala kepala tengah serabut dengan report, HR and admin matters and also deadlines. Really pfft!

I have one deadline to be completed by end of this month, tapi bos KL dan big boss nak fly pergi umrah next week. So banyak hal nak kena uruskan dan nak kena berkejar ke sana sini (especially untuk signature). Deadline lagi. Wargh, memang serabut lah!

Can you imagine how hectic my life now? Sangat penat okay?

Tapi redha je. Just endure it for a few years more. Heh. Yela tu.

Dahla, nanti orang kata merungut pulak, walhal itu memang kerja aku. :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

I think I wanna marry you!

Somehow I think this song is really cute.

It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do

Hey baby
I think I wanna marry you~


: Marry You - Bruno Mars




Oh, Glee version pun ada.. :)

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.