Tiba-tiba terfikir...

Orang tua-tua ops, orang lama selalunya banyak pantang larang kan?

Balik kampung hari tu, masa lalu kat kawasan belukar tiba-tiba terlintas ini di fikiran;

Orang lama dulu pernah pesan, kalau terserempak dengan ular dalam perjalanan, jangan teruskan perjalanan. Sebab katanya ular itu memberi petanda buruk dan sekiranya kita meneruskan perjalanan mungkin ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. (Wallahu'alam).

Tapiiii cuba fikir, kalau masa tu kita dalam perjalanan balik ke rumah, takkan nak patah balik pula kot? Hmm..

Apa pun, sila jangan terpengaruh dengan pantang larang itu. Tak semua pantang larang perlu kita ikut. Kalau dah sampai tahap mencabar kekuasaan yang Esa tu, takkan nak ikut juga kan? Kalau betul berlaku pun mungkin secara kebetulan je. Tak perlu nak taksub sangat okay? :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Tiba-tiba terfikir...

  1. lor..ai igtkan mimpi ula..
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. kalau mimpi takde maknanya nak cerita kat sini okayyy? baik cari tukang tafsir mimpi. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.