Random di pagi Sabtu

1) Sebenarnya masih mengantuk. Tapi salah sendiri, gatal melayan KMovie yang sedih itu sampai jam 1 pagi. Haha. Mujur mata tak bengkak. Pathetic betul layan cerita sedih malam-malam buta. :P

2) Tak sabar nak balik kampung. Jiran sebelah rumah bagitau semalam, "Belakang rumah kita dah macam laut." Huhu. Banjir kali ni memang terukla kalau air boleh cecah sampai pokok manggis belakang rumah tu. Sayang pulak takde gambar.

3) Hari ni dipenuhi sesi 'catching up' bersama kawan-kawan. Tengahari ni insya Allah nak jumpa ex-colleague + ex-trainee, petang nanti pulak sessi 'catching up' bersama 'anak-anak remaja' Segamat yang lahir pada tahun 1980. Lol!

4) Ouh, tak lupa juga ada catching up session bersama sepupu - sepapat dan sedara - mara di majlis perkahwinan salah seorang sepupu esok. Perlukah saya membawa putik kapas banyak-banyak untuk menahan soalan-soalan cepucemas? Lol!

5) Entri ni ditaip bila rasa nak membebel tapi malas nak on lappy.

6) Dah, nak bersiap. Packing pun tak siap lagi. Haha.

Sekian. Daaa~!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.