Kesian dia..

Sementara tunggu si dia ni siap dicuci, baiklah manfaatkan masa ni untuk update blog. Memang tak boleh blah ayat tu. Lol!

Kesian wo kat si dia ni. Makin nak ditinggalkan, makin banyak pula kecederaannya di sana-sini. Uhuk..

Hari tu, kena cium kat traffic light. Semalam, kena scratch pula. Alahai. Kesian...

Memang sakit hati pun bila ingatkan hal semalam. Kelakarkan pemandu-pemandu kat Malaysia ni? Nak kata kiasu pun iya jugak. Dah elok bagi signal, still juga tak nak bagi kita lalu. Kalau tak bagi signal tu, aku admit la, memang salah aku. Ni dah tau jalan sesak, orang bagi signal nak masuk pun kedekut nak bagi. Tolongla bertimbang rasa sikit boleh tak? Bukan awak seorang je yang bayar cukai jalan tu tau? Huh!

Pengajaran juga tu untuk diri sendiri, kalau tengah drive - tak kira la kenderaan besar atau pun kecil, bertimbang rasalah pada kenderaan lain terutama pada kenderaan yang lebih kecil ye? Bukan kita seorang je yang bayar cukai jalan okayyy? Ha, kan dah keluar ayat cliche sekali lagi. :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.