Katakan boleh..!

Dulu, masa mula-mula dapat lesen kereta, bila orang suruh drive aku akan bagi alasan - takut nak drive kereta orang. Tunggu ada kereta sendiri baru boleh drive.

Bila dah beli kereta sendiri, takut juga nak drive. Tapi mula-mula ajelah. Normal la tu. Sesiapa pun yang baru memandu akan ada perasaan takut tu. Hehe.

Bila dah agak mahir memandu, kalau orang offer drive kereta selain kereta sendiri pun aku akan tolak dengan alasan takut dan khuatir aku akan 'mencederakan' kereta itu. Sebenarnya itu juga adalah salah satu alasan bila malas nak drive - nak duduk dalam kereta sebagai penumpang aje. :D

Tapi semenjak seminggu yang lepas ni terpaksa juga la mengenepikan alasan takut mencederakan kereta orang lain tu. Sebab kalau tak drive kereta yang selain daripada kereta aku tu, memang tak bekerjalah jawabnya seminggu lepas.

Dulu, bila orang suruh drive kereta auto pun tak nak. Alasannya - biasa drive manual tak pandai guna gear auto. Walhal gear auto lagi senang daripada gear manual. Teehee.

Tapi Alhamdulillah, berkat training seminggu ni berjaya juga la drive kereta auto dan manual secara bergilir. Harapnya bila dah drive fully auto ni tak lupa la skill drive kereta manual. Hee..

Sebenarnya kan, bukan tak boleh. Boleh aje. Memangla ada rasa takut. Takut tercalar lah. Takut accident lah. Tapi selagi kita treat kereta tu macam kereta sendiri, insya Allah takde apanya. Dan mudah-mudahan masih terhindar lagi daripada sebarang kemalangan masa memandu ni. Aminnn...

.


.


.


.


.


.

Tinggal kenangan. Sobs...

Thanks for the excellent service for the past 5 years. Saya sayang banget sama kamu. Tapi jodoh kita cuma setakat ini sajalah. Sobs. Moga tuan baru kamu juga menyayangi kamu sama seperti saya menyayangi kamu. So long, live well my dear!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Katakan boleh..!

  1. woooooooooo...trd sudah keluar ka????
    bila buley test naek

    ReplyDelete
  2. no no no. kasi ai naik myvi dulu. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.