Kalau tak reti senyum, jangan duduk depan kaunter okay? Pergi bancuh kopi kat belakang tu.

Kalau kawan aku kat Segamat tu mual menghadap harinya yang panjang, aku pulak mual menghadap kerenah manusia yang pelbagai hari ni. Hmmph!

Pagi-pagi lagi dah jumpa manusia yang tak reti bersyukur. Diberi kemudahan, tapi suka menyalahgunakan kemudahan yang diberi. Suka sangat ambik kesempatan. Tak faham bila ada orang yang boleh hidup dengan cara macam tu. Tak rasa bersalah agaknya eh tiap-tiap bulan dapat gaji dengan cara macam tu? Jangan sampai aku guna kuasa veto nanti sudah la ya?

Tengahari pulak sibuk berurusan dengan bank untuk urusan berkaitan loan. Ha, ini satu perangai orang kat kaunter (terutamanyalah) yang aku paling tak suka - kedekut SENYUM! Susah sangat ke nak gerakkan bibir tu untuk mengukir senyum? Kalau aku yang tak berapa friendly by default ni pun boleh senyum bila nak berurusan, kenapa orang duduk kat kaunter tu tak boleh senyum? Sepatutnya orang yang di kaunter tu lah lebih dulu senyum untuk sambut pelanggan tau? Kalau kena maki dengan pelanggan pun patutnya diorang kena maintain senyum sebab polisi, 'Customer is always right". Betul tak?

Pernah dulu seorang kawan bercerita, waktu dia dah habis berurusan dengan bank *ehem-ehem* yang terkenal dengan staf-yang-lawa-tapi-kurang-attitude, tiba-tiba terdengar suara salah seorang staf bank (staf ni perempuan okay?) menjerit marah kepada salah seorang pelanggannya. Ehem, cuba teka siapa yang dimarahinya? Seorang WARGA TUA! Di manakah letaknya polisi bank itu ye? Kalau iya pun makcik tu silap, tak boleh ke tegur secara baik? Tak luaknya maruah kita tu kalau berbudi bahasa dengan orang lain. Lagi dapat pahala adalah sebab kita berjaya menggembirakan orang lain.

Aku faham kalau kadang-kadang kita rasa fed-up melayan kerenah pelanggan, tapi cuba fikir, kalau takde pelanggan tu semua, mana datangnya rezeki yang kita dapat tiap-tiap bulan tu?

Rasanya kempen berbudi bahasa tu memang kena diperluaskan la. Bukan setakat jabatan kerajaan saja, setiap kaunter tak kiralah di mana patut implement kempen berbudi bahasa tu kot?

Haila, nak suruh senyum pun susah. Bukannya kena bayar pun kan?

P/s: Mujurlah jumpa kawan lama kat bank pertama yang aku singgah tadi. Jadi takla rasa sakit hati sangat bila one of his colleague tak reti nak senyum bila aku hulur senyum masa berurusan. Heh!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.