Jangan agungkan sangat Valentine's Day tu sampai lupa apa yang sepatutnya kita sambut esok. :)

Izinkan saya untuk membebel hari ini. Tak tahula kenapa eh? Bosan kot hari ni. Kalau zaman dulu, sebelum duduk kat position sekarang, mesti aku dah sambung cuti dah. Seronok je bermalas-malasan di rumah. Atau keluar berfoya-foya. Huh.

Oih, jangan mengeluh. Tak baik.

Bukan mengeluh, tapi mengenang betapa aku ni tak menghargai waktu-waktu senggang aku dulu. Huhu..

Dulu, bila download movie atau drama series pun sempat je nak cari ruang untuk ditonton. Sekarang ni? Adoi, dah 2 episod The Vampire Diaries aku tak tengok lagi. Kesian Damon. *Tetiba*

Buku pun banyak dah yang ditinggalkan. Tak tahulah sama ada 'rasa' untuk membaca tu dah semakin merudum, atau aku yang malas. Buku yang belum dibaca pun masih banyak lagi dalam rak tu. Haila~

Ehem. Kena perbaiki time management nampaknya ni.

Hari ni ada seorang client set appointment jam 3. Tapi hampeh. Ingatkan si 'M' aje suka berjanji palsu, huruf lain pun sama juga. But, I'm not being a racist here ya? My point is, bila berjanji tu walau dengan sesiapa pun, tolonglah tepati. Kalau lambat setakat 5-10 minit dengan alasan munasabah, mungkin masih boleh dipertimbangkan. Tapi, jangan dibiasakan. Nanti lama-lama jadi 'penyakit'. Tak fasal-fasal jadi geng golongan munafik pulak. :)

Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Silalah hormati dan tepati masa. Jangan suka sangat bertangguh bila buat kerja. Hidup ni bukanlah lama mana pun. Entah-entah, esok lusa dah ditarik masa yang dipinjamkanNYA. Hmm..

Oh sebelum terlupa, sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, marilah sama-sama kita berselawat ke atas jujungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Mari bersama-sama hayati segala perjuangan dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan syiar untuk kita hari ini. Jangan asyik fikir nak celebrate Valentine's Day je hari ni sampai lupa apa yang sepatutnya kita sambut esok.

Tak payahla nak terpengaruh dengan propaganda tu semua ya? Buat rugi diri sendiri aje nanti. :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.