Archive for February 2011

Self Note (2)

Cara Bersalam Lelaki Dan Perempuan

Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat.

Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam.

Wanita digalakkan sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.

Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.

Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen Melayu tradisi. Insya-Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.

Menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita.

Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya.

[Sumber]

Posted in | Leave a comment

Kalau tak reti senyum, jangan duduk depan kaunter okay? Pergi bancuh kopi kat belakang tu.

Kalau kawan aku kat Segamat tu mual menghadap harinya yang panjang, aku pulak mual menghadap kerenah manusia yang pelbagai hari ni. Hmmph!

Pagi-pagi lagi dah jumpa manusia yang tak reti bersyukur. Diberi kemudahan, tapi suka menyalahgunakan kemudahan yang diberi. Suka sangat ambik kesempatan. Tak faham bila ada orang yang boleh hidup dengan cara macam tu. Tak rasa bersalah agaknya eh tiap-tiap bulan dapat gaji dengan cara macam tu? Jangan sampai aku guna kuasa veto nanti sudah la ya?

Tengahari pulak sibuk berurusan dengan bank untuk urusan berkaitan loan. Ha, ini satu perangai orang kat kaunter (terutamanyalah) yang aku paling tak suka - kedekut SENYUM! Susah sangat ke nak gerakkan bibir tu untuk mengukir senyum? Kalau aku yang tak berapa friendly by default ni pun boleh senyum bila nak berurusan, kenapa orang duduk kat kaunter tu tak boleh senyum? Sepatutnya orang yang di kaunter tu lah lebih dulu senyum untuk sambut pelanggan tau? Kalau kena maki dengan pelanggan pun patutnya diorang kena maintain senyum sebab polisi, 'Customer is always right". Betul tak?

Pernah dulu seorang kawan bercerita, waktu dia dah habis berurusan dengan bank *ehem-ehem* yang terkenal dengan staf-yang-lawa-tapi-kurang-attitude, tiba-tiba terdengar suara salah seorang staf bank (staf ni perempuan okay?) menjerit marah kepada salah seorang pelanggannya. Ehem, cuba teka siapa yang dimarahinya? Seorang WARGA TUA! Di manakah letaknya polisi bank itu ye? Kalau iya pun makcik tu silap, tak boleh ke tegur secara baik? Tak luaknya maruah kita tu kalau berbudi bahasa dengan orang lain. Lagi dapat pahala adalah sebab kita berjaya menggembirakan orang lain.

Aku faham kalau kadang-kadang kita rasa fed-up melayan kerenah pelanggan, tapi cuba fikir, kalau takde pelanggan tu semua, mana datangnya rezeki yang kita dapat tiap-tiap bulan tu?

Rasanya kempen berbudi bahasa tu memang kena diperluaskan la. Bukan setakat jabatan kerajaan saja, setiap kaunter tak kiralah di mana patut implement kempen berbudi bahasa tu kot?

Haila, nak suruh senyum pun susah. Bukannya kena bayar pun kan?

P/s: Mujurlah jumpa kawan lama kat bank pertama yang aku singgah tadi. Jadi takla rasa sakit hati sangat bila one of his colleague tak reti nak senyum bila aku hulur senyum masa berurusan. Heh!

Leave a comment

Katakan boleh..!

Dulu, masa mula-mula dapat lesen kereta, bila orang suruh drive aku akan bagi alasan - takut nak drive kereta orang. Tunggu ada kereta sendiri baru boleh drive.

Bila dah beli kereta sendiri, takut juga nak drive. Tapi mula-mula ajelah. Normal la tu. Sesiapa pun yang baru memandu akan ada perasaan takut tu. Hehe.

Bila dah agak mahir memandu, kalau orang offer drive kereta selain kereta sendiri pun aku akan tolak dengan alasan takut dan khuatir aku akan 'mencederakan' kereta itu. Sebenarnya itu juga adalah salah satu alasan bila malas nak drive - nak duduk dalam kereta sebagai penumpang aje. :D

Tapi semenjak seminggu yang lepas ni terpaksa juga la mengenepikan alasan takut mencederakan kereta orang lain tu. Sebab kalau tak drive kereta yang selain daripada kereta aku tu, memang tak bekerjalah jawabnya seminggu lepas.

Dulu, bila orang suruh drive kereta auto pun tak nak. Alasannya - biasa drive manual tak pandai guna gear auto. Walhal gear auto lagi senang daripada gear manual. Teehee.

Tapi Alhamdulillah, berkat training seminggu ni berjaya juga la drive kereta auto dan manual secara bergilir. Harapnya bila dah drive fully auto ni tak lupa la skill drive kereta manual. Hee..

Sebenarnya kan, bukan tak boleh. Boleh aje. Memangla ada rasa takut. Takut tercalar lah. Takut accident lah. Tapi selagi kita treat kereta tu macam kereta sendiri, insya Allah takde apanya. Dan mudah-mudahan masih terhindar lagi daripada sebarang kemalangan masa memandu ni. Aminnn...

.


.


.


.


.


.

Tinggal kenangan. Sobs...

Thanks for the excellent service for the past 5 years. Saya sayang banget sama kamu. Tapi jodoh kita cuma setakat ini sajalah. Sobs. Moga tuan baru kamu juga menyayangi kamu sama seperti saya menyayangi kamu. So long, live well my dear!

2 Comments

Maybe it's time to change

I wish I could stay invisible. But I don't have any specific reason. I just want to. Hmmph..



Maybe it's time to change
And leave it all behind

I've never been one to walk alone

I've always been scared to try

So why does it feel so wrong

To reach for something more

To wanna live a better life

What am I waiting for?

'Cause nothing stays the same

Maybe it's time to change


: Maybe - Sick Puppies

Leave a comment

Dah nak kena...

Ehem. Blog dah hampir bersawang. Lama juga tak update rupanya.

Tadi, one of freelance staff dalam salah satu company bos yang lain datang bertegur sapa;

Dia: Hai, sihat? Lama tak nampak..(Dengan gaya kepoh sambil membelek apa yang ada kat my workstation)

Me: Haha, no comment.

Dia : (Lepas belek-belek those two items yang dalam gambar tu) Ni siap ada strepsils segala ni mesti sakit tekak kan?

Me : (Cuma mampu senyum)

Fuh, lega! Mujur tak kena bebel. Haha. Yela, as I've mention earlier, most of the men in my life adalah 'lelaki yang suka membebel.' Haha.

Pelik juga tak kena bebel hari ni. Hehe. Alhamdulillah.

Harap-harap sakit tekak ni tak melarat sampai batuk dan selesema lah. (Walaupun sebenarnya dah start bersin dah ni. Uwaaa~!)

Ep, redha ye? Sakit itu salah satu ujian dan penghapus dosa-dosa kecil.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 Comments

Sesungguhnya

Terjumpa lagu ni kat fb tadi. Kalau tak tersentuh bila dengar lagu ni tak tahu la eh?



Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menkmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia

Takkan bisa menyentuh nikmatnya

Tanpa tulus di hatinya

: Ungu - Sesungguhnya

Leave a comment

Jangan agungkan sangat Valentine's Day tu sampai lupa apa yang sepatutnya kita sambut esok. :)

Izinkan saya untuk membebel hari ini. Tak tahula kenapa eh? Bosan kot hari ni. Kalau zaman dulu, sebelum duduk kat position sekarang, mesti aku dah sambung cuti dah. Seronok je bermalas-malasan di rumah. Atau keluar berfoya-foya. Huh.

Oih, jangan mengeluh. Tak baik.

Bukan mengeluh, tapi mengenang betapa aku ni tak menghargai waktu-waktu senggang aku dulu. Huhu..

Dulu, bila download movie atau drama series pun sempat je nak cari ruang untuk ditonton. Sekarang ni? Adoi, dah 2 episod The Vampire Diaries aku tak tengok lagi. Kesian Damon. *Tetiba*

Buku pun banyak dah yang ditinggalkan. Tak tahulah sama ada 'rasa' untuk membaca tu dah semakin merudum, atau aku yang malas. Buku yang belum dibaca pun masih banyak lagi dalam rak tu. Haila~

Ehem. Kena perbaiki time management nampaknya ni.

Hari ni ada seorang client set appointment jam 3. Tapi hampeh. Ingatkan si 'M' aje suka berjanji palsu, huruf lain pun sama juga. But, I'm not being a racist here ya? My point is, bila berjanji tu walau dengan sesiapa pun, tolonglah tepati. Kalau lambat setakat 5-10 minit dengan alasan munasabah, mungkin masih boleh dipertimbangkan. Tapi, jangan dibiasakan. Nanti lama-lama jadi 'penyakit'. Tak fasal-fasal jadi geng golongan munafik pulak. :)

Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Silalah hormati dan tepati masa. Jangan suka sangat bertangguh bila buat kerja. Hidup ni bukanlah lama mana pun. Entah-entah, esok lusa dah ditarik masa yang dipinjamkanNYA. Hmm..

Oh sebelum terlupa, sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, marilah sama-sama kita berselawat ke atas jujungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Mari bersama-sama hayati segala perjuangan dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan syiar untuk kita hari ini. Jangan asyik fikir nak celebrate Valentine's Day je hari ni sampai lupa apa yang sepatutnya kita sambut esok.

Tak payahla nak terpengaruh dengan propaganda tu semua ya? Buat rugi diri sendiri aje nanti. :)

Leave a comment

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi (Heh!)
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:


  • Wanita yang suka mengumpat.
  • Sombong dan bongkak.
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
  • Hisap rokok.
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki.
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian.
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit.
  • Pembohong dan suka mencari alasan.
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki.
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka.
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang.
  • Tak bertanggungjawab langsung.
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh.
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah.
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego.

Dipetik dari; sumber

Leave a comment

Ia tidaklah semudah itu...




I'm so glad you made time to see me
How's life, tell me how's your family
I haven't seen them in a while
You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up and I know why

Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses and I left them there to die

So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying I'm sorry for that night
And I'd go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing that I'd realized what I had when you were mine
I'd go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days I haven't been sleeping
Staying up playing back myself leaving
When your birthday passed and I didn't call
And I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side and
Realized I loved you in the fall

And then the cold came,
The dark days when fear crept into my mind
You gave me all your love and all I gave you was goodbye

So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying I'm sorry for that night
And I'd go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing that I'd realized what I had when you were mine
I'd go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time

I miss your tan skin, your sweet smile, so good to me, so right
And how you held me in your arms that September night,
The first time you ever saw me cry
Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
If we loved again I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it but I can't
So if the chain is on your door, I understand

But this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying I'm sorry for that night
And I'd go back to December
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing that I'd realized what I had when you were mine and
I go back to December, turn around and make it alright and
I go back to December, turn around and change my own mind and
I go back to December all the time

: Taylor Swift - Back To December

Leave a comment

Hari yang tensi :|

Hari ini adalah hari yang sangat membuatkan daku tensi. Huh.

Ya, everytime bila kena attend BOD meeting ni mesti tensi lah.

Satu - mesti kena menunggu. Kali ni mujur tak kena tunggu lama berbanding previous year.

Kedua - kena menjawab soalan-soalan yang aku rasa aku tak perlu nak jawab. Watdefish la!

Contoh soalan yang aku rasa macam nak cekik orang yang bertanya itu adalah;

1. Kenapa this expenses boleh naik almost 50% from last year?

2. Apa yang terkandung dalam expenses ni? Kenapa tahun ni ada? Kenapa tahun lepas tak ada?

Wehhhhh, tiba-tiba rasa nak bertukar ke warna hijau! Fyi, my job is only to make sure the accuracy of the accounts and show the fair view of the accounts, okay? Bukannya tugas aku pun untuk terangkan satu persatu kenapa benda tu jadi begitu, kenapa yang ini jadi begini. Haish..

Kalau nak suruh aku bagi suggestion untuk memperbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki tu boleh la. Ini tanya soalan-soalan macam aku ni pekerja dalam organisasi diorang. Pergila tanya pada individu yang sepatutnya. Huh!

Tapi aku tau, sebenarnya orang itu bertanya begitu-begini untuk menutup 'sesuatu' di situ. Takpelah, kata orang-orang lama, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh berdebuk ke tanah jua. Tunggu ajela. :)

Tapi dalam tensi - tensi ni pun ramai je kawan-kawan yang mampu buat aku tersenyum. Alhamdulillah. Terima kasih ya?

Salah satunya, kawanku yang mau berposing ala-ala Ian Somerhalder dan kucingnya si Ginger .

Tapi ini Makmor dan si Milah.



Sungguh Melayu kan? :P

Kalau rasa-rasa ada anak gadis yang berkenan nak mintak autograph kat diari (seperti yang dikatakan oleh beliau), bolehla ke blog beliau ye?

Ouh warning ni, pakcik ni single tapi unavailable ye? Dan beliau bukanlah boyfriend saya (Lol!). Sekian, terima kasih. :P

Leave a comment

Lelaki + kucing = adalah sangat cute okay?

Ouh, encik berdua yang berada di Ipoh dan di Rawang, sila jangan perasan okay? :P


[Sumber gambar]

Semalam terjumpa gambar ni thru this cat owner's tweet. Terus teringat pada si Mystery yang sangat montel itu. Huh. Geram okay?

Ouh, teringat juga kucing yang pernah dibela waktu zaman remaja sekolah dulu. Kucing yang aku panggil adik. Hihi. Agaknya dah arwah dah kot? :(

Ehem nak tau tak siapa owner kucing ni?

.


.



.



.



.



Tada!


[Sumber gambar]

Cute kan? Kan? Kan? Hihi..

But seriously, aku rasa lelaki yang suka kucing ni adalah sangat comel. Dan cute. Sama macam lelaki yang suka melayan kanak-kanak. Soooo sweet! Bukan apa, biasanya lelaki kan agak 'kureng' nak melayan hal-hal sebegitu. Mungkin tak semua. Atau aku je yang jarang jumpa kot? Hmm..

4 Comments

Kita Punya Pilihan

Oleh kerana aku dalam proses nak melupuskan 'inactive social network account' yang aku ada, ada banyak entry dari blog friendster yang akan aku kongsi kat sini.

Salah satunya adalah ini, dipetik dari sini;

ADA DUA biji benih tanaman yang di sebuah ladang yang subur. Benih yang pertama berkata, “Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku dalam-dalam di tanah ini, dan menjulangkan tunas-tunasku di atas kerasnya tanah ini. Aku ingin membentangkan semua tunasku, untuk menyampaikan salam musim semi. Aku ingin merasakan kehangatan matahari, dan kelembutan embun pagi di pucuk-pucuk daunku.”

Dan bibit itu tumbuh, makin menjulang.

Bibit yang kedua bergumam, “Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu, apa yang akan kutemui di bawah sana. Bukankah di sana sangat gelap? Dan jika aku teroboskan tunasku ke atas, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang? Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput-siput mencuba untuk memakannya? Dan pasti, jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak, akan lebih baik jika aku menunggu sampai semuanya aman.”

Dan bibit itupun menunggu, dalam kesendirian.

Beberapa minggu kemudian, seekor ayam mengais-ngais tanah itu, menemukan bibit yang kedua tadi, dan segera menelannya!

Memang, sering saja ada pilihan dalam hidup. Selalu saja ada lakonan-lakonan yang harus kita jalani. Namun, seringkali kita berada dalam pesimis, kengerian, keraguan, dan kebimbangan-kebimbangan yang kita ciptakan sendiri.

Kita kerap terbuai dengan alasan-alasan untuk tak mahu melangkah, tak mahu menatap hidup. Kerana hidup adalah pilihan, maka, hadapilah itu dengan gagah. Dan kerana hidup adalah pilihan, maka, pilihlah dengan bijak.

Leave a comment

Tiba-tiba terfikir...

Orang tua-tua ops, orang lama selalunya banyak pantang larang kan?

Balik kampung hari tu, masa lalu kat kawasan belukar tiba-tiba terlintas ini di fikiran;

Orang lama dulu pernah pesan, kalau terserempak dengan ular dalam perjalanan, jangan teruskan perjalanan. Sebab katanya ular itu memberi petanda buruk dan sekiranya kita meneruskan perjalanan mungkin ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. (Wallahu'alam).

Tapiiii cuba fikir, kalau masa tu kita dalam perjalanan balik ke rumah, takkan nak patah balik pula kot? Hmm..

Apa pun, sila jangan terpengaruh dengan pantang larang itu. Tak semua pantang larang perlu kita ikut. Kalau dah sampai tahap mencabar kekuasaan yang Esa tu, takkan nak ikut juga kan? Kalau betul berlaku pun mungkin secara kebetulan je. Tak perlu nak taksub sangat okay? :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Kesian dia..

Sementara tunggu si dia ni siap dicuci, baiklah manfaatkan masa ni untuk update blog. Memang tak boleh blah ayat tu. Lol!

Kesian wo kat si dia ni. Makin nak ditinggalkan, makin banyak pula kecederaannya di sana-sini. Uhuk..

Hari tu, kena cium kat traffic light. Semalam, kena scratch pula. Alahai. Kesian...

Memang sakit hati pun bila ingatkan hal semalam. Kelakarkan pemandu-pemandu kat Malaysia ni? Nak kata kiasu pun iya jugak. Dah elok bagi signal, still juga tak nak bagi kita lalu. Kalau tak bagi signal tu, aku admit la, memang salah aku. Ni dah tau jalan sesak, orang bagi signal nak masuk pun kedekut nak bagi. Tolongla bertimbang rasa sikit boleh tak? Bukan awak seorang je yang bayar cukai jalan tu tau? Huh!

Pengajaran juga tu untuk diri sendiri, kalau tengah drive - tak kira la kenderaan besar atau pun kecil, bertimbang rasalah pada kenderaan lain terutama pada kenderaan yang lebih kecil ye? Bukan kita seorang je yang bayar cukai jalan okayyy? Ha, kan dah keluar ayat cliche sekali lagi. :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Random di pagi Sabtu

1) Sebenarnya masih mengantuk. Tapi salah sendiri, gatal melayan KMovie yang sedih itu sampai jam 1 pagi. Haha. Mujur mata tak bengkak. Pathetic betul layan cerita sedih malam-malam buta. :P

2) Tak sabar nak balik kampung. Jiran sebelah rumah bagitau semalam, "Belakang rumah kita dah macam laut." Huhu. Banjir kali ni memang terukla kalau air boleh cecah sampai pokok manggis belakang rumah tu. Sayang pulak takde gambar.

3) Hari ni dipenuhi sesi 'catching up' bersama kawan-kawan. Tengahari ni insya Allah nak jumpa ex-colleague + ex-trainee, petang nanti pulak sessi 'catching up' bersama 'anak-anak remaja' Segamat yang lahir pada tahun 1980. Lol!

4) Ouh, tak lupa juga ada catching up session bersama sepupu - sepapat dan sedara - mara di majlis perkahwinan salah seorang sepupu esok. Perlukah saya membawa putik kapas banyak-banyak untuk menahan soalan-soalan cepucemas? Lol!

5) Entri ni ditaip bila rasa nak membebel tapi malas nak on lappy.

6) Dah, nak bersiap. Packing pun tak siap lagi. Haha.

Sekian. Daaa~!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Hari bermalas-malasan adalah semalam, bukan hari ini.

Semalam adalah hari rasmi untuk bermalas-malasan. Hihi.. Sempatla marathon episod 9 sampai episod 11 Kdrama Secret Garden ni. Seriously, aku setuju dengan Cik Ailebiu ni. Cerita ni memang lawak. Dah lama tak tengok Kdrama yang sengal macam ni.

Tapi, bila dah masuk second half, dah mula terasa tempias-tempias sedih. Huhu..





Ni scene masa Kim Joo Won ikut Gil Ra Im shooting. Jadi extra. Dah kena panah pun boleh delay nak rebah tu sebab geli nak baring atas tanah. End up dia baring atas badan orang lain. LOL!

Ni ayat Kim Joo Won masa dia ralit tengok scene Gil Ra Im dengan martial arts director, Director Im. (Psst, Director Im tu hot woo, six pack abs lagi. :P)
Alice In The Wonderland syndrome; There is such a disease. A mysterious vision confusion as though looking the wrong way through a magnifying glass, that has you looking into a fairy tale day after day. A curious yet sad syndrome. It's certain that I'm a victim of this syndrome. If that's not the case, then why in the world do all the moments with that woman , who isn't anything, become a fairy tale?

- Kim Joo Won


Mari cuci mata;

.

.

.

.

Inilah martial arts director itu. Hihi..

Leave a comment

Ewww~!

Found this clip at Arina's profile this morning.




Credit to Anwar Hadi :)

"Dan bukankah Islam ajar kita bersederhana? Tak perlunya spelling over the top ni."

Right on your face, huh? Haha.

Memang nampak macam lawak dan poyo. TAPI, cuba lihat pada perspektif dan mesej yang nak disampaikan tu. Aku rasa ramai je yang menyampah dengan ejaan-ejaan dan bahasa yang dikatakan 'comel' itu. Lebih-lebih lagi adik-adik yang masih bersekolah tu. Euwww~!

Sampai hari ni masih lagi tak dapat nak figure out kenapa wujudnya bahasa yang dikatakan 'comel' ini. Apa perlunya nak menaip dengan tambahan character macam tu? Tak ke menyusahkan? Adoi la.

Agaknya adik-adik sekelian ni, tak terbawa-bawa ke dalam penulisan di sekolah tu? Kesian cikgu-cikgu nak memahamkan penulisan yang konon-konon 'comel' tu. Huh..

Untuk kali ini aku nak mintak sekali lagi. Adik-adik, TOLONGLAH taip sms ke, chat ke dengan bahasa yang lebih berhemah ok? Bukan semua orang boleh faham bahasa yang dikatakan 'comel' itu. Orang - orang tua lama seperti saya ni tak boleh nak tangkap bahasa 'comel' adik-adik tu. Lagipun, apa guna kita belajar bahasa Melayu tu dari kecik sampai besar ni tapi akhirnya kita sendiri yang merosakkan bahasa yang indah tu? Respect la sikit bahasa ibunda kita tu. Kalau adik-adik tak sayangkan bahasa, ramai lagi yang sayang bahasa tu. So PLEASE, do spell properly ya?

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.