Self note

Untuk diri sendiri (dan orang lain) agar lebih istiqamah. :)

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

1) Tidak dihampiri syaitan.

2) Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.

3) Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat.

4) Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah menjamin untuknya syurga.

5) Selamat daripada segala sesuatu.

6) Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang yang membacanya.

7) Allah berhak untuk meredhainya.

8) Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat atasnya.

9) Terhindar daripada syirik.

10) Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11) Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12) Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat.

13) Sesiapa yang membaca pada waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke petang. Dan sesiapa yang membaca di waktu petang akan terpelihara hingga waktu pagi.

14) Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah daripada sudut zikir dan doa dan berbagai lagi kelebihan.

Rasulullah (S.A.W) merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil besar,mulia dan hina. Rasulullah (S.A.W) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru hendaklah kita mencontohi sunnah Rasulullah (S.A.W), mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah (S.A.W) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Wallahu'alam.

Dipetik dari sini.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Self note

  1. kak siti, alma'thurat tu surah apa?..

    ReplyDelete
  2. Al-Ma'thurat ni himpunan zikir + doa pendek amalan Rasulullah (S.A.W). Biasa dibaca waktu pagi + petang.

    Kalau perasan kekadang kalau beli booklet yasiin, ada disertakan sekali Al-Ma'thurat.

    lebih detail kat sini : http://melangkahterus.blogspot.com/2009/07/kelebihan-al-mathurat.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.