Our weekend getaway :)

Weee~! Setelah sekian lama bercadang nak ke sini dan setelah sekian lama juga dihidangkan oleh gambar-gambar kawan-kawan yang pernah ke sini kat facebook tu, finally we were here yesterday. Alhamdulillah. =)

Perjalanan dimulakan seawal 7.30 pagi. Sebenarnya takdelah jauh mana pun, nama pun dari JB kan? Tapi biasala, prosedur kastam kedua-dua negara je dah makan masa hampir setengah jam. Di campur dengan traffic jam lagi, maka kami selamat tiba di Universal Studios Singapore (USS) lebih kurang jam 9.30 pagi.


So, we were finally here! Pemandangan dari entrance. Masa ni USS belum buka lagi. So, we were spend our time by capturing moments here and there. :)


Trip to Madagascar. Dapat snap gambar ajela, sebab theme park ni ditutup sementara untuk maintenance. Kalau ikutkan pembacaan dari website, kat sini ada river boat ride (aku bet boat ride ni mesti ada ala-ala roller coaster experience juga. :P) and King's Julien Beach-Party Go-Round (Uh-oh, sounds exciting!).

Selepas Madagascar, kita ke dunia Shrek pula. Ini adalah pemandangan di depan rumah Shrek. :)

Welcome to Far Far Away.

Dekat Far Far Away ni ada 4 exciting places to explore. Tapi rupanya kami cuma masuk 2 tempat aje. Tak jumpa pun si Donkey Live dengan Magic Potion Spin tu. Hmm. Takpelah. Dapat masuk 2 tempat tu pun rasa enjoy dah. Memula kami masuk Enchanted Airways - experienced dragon ride yang agak 'gila'. Hehe. Si Mat Salleh yang dok sebelah aku tu boleh relax je lepas tangan masa kat atas tu. Siap boleh nak naik lagi sekali. Haha.

Then masuk Far Far Away Castle untuk tayangan Shrek 4D Adventure. Gambar atas ni pemandangan dalam Far Far Away Castle.

Memula masa masuk dalam ni rasa macam takde motif je ambik 4D glasses tu. Then bila masuk bilik tayangan kat sebelah tu barulah aku faham apa kegunaan 4D glasses tu. First experience tengok 4D movie. Sungguh real sampai Donkey bersin pun boleh terpercik kat muka okay? Haha. And I am really enjoy the moments here. :) Oh, sorry takde gambar masa kat dalam bilik tayangan cause they were prohibited any photo and video capturing.


Theme park yang kedua dijejaki. The Lost World. Kat dalam ni ada 5 tempat untuk diterokai. Wah, ayat. Ada Water World, Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Amber Rock Climb dan Dino-Soarin. Yang aku masuk cuma 1 - Jurassic Park Rapids Adventure. Kalau nak tau, diorang dah siap mention kat depan pintu masuk masa nak queue - waiting time is 35 minutes. Memang betul pun. Kalau tak sanggup tunggu, boleh keluar queue. Tapi sebenarnya berbaloi menunggu untuk trip yang tak sampai 10 minit tu. Awal-awal trip memang rasa relax je, sampai pengakhiran trip hambik, basah sebab boat ride tu dijatuhkan dari tempat tinggi. Fuh, terasa macam berada kat Niagara Falls. :P


Lepas lunch kami start explore sekitar Ancient Egypt. Kalau bernasib baik, dapatla bergambar dengan watak-watak dari zaman Mesir Purba macam perempuan kat atas ni. :)

Dalam theme park ni ada 2 tempat yang boleh kita explore iaitu Revenge of The Mummy dan juga Treasure Hunters. Dapatla merasa naik roller coaster dalam Revenge of The Mummy tu. Huh, really a scary experience for me. Hehe. Kalau anda rasa gayat seperti saya, jangan sesekali mengada nak naik roller coaster ye? :P Dalam ni pun tak dapat snap gambar. Memang dilarang sama sekali bawa kamera.

This is the last theme park yang sempat dijejaki. Sci - Fi City. Dalam ni ada Battlestar Galactica : Human & Cyclon (ada roller coaster, tapi 2-2 tutup - tak tahu sama ada belum siap atau temporarily close for maintenance) dan Accelerator (ini pun tak masuk sebab pening naik roller coaster The Mummy tak hilang lagi).

Habis berjalan-jalan kat theme park, kami menyusuri jalan-jalan di sekitar New York dan Hollywood. :)


Feeling macam tengah berjalan-jalan kat oversea. :P


Last but not least, shopping time at USS Store. Macam-macam souvenir yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Ada sunglasses, mug, fridge magnet, beg, t-shirt dan macam-macam lagilah. Hanya bawa duit dan spend it 'wisely' here. :)

Finally sampai JB lebih kurang jam 8.30 malam.

Fuh, penat. Tapi sangat enjoy. Yela, macam yang aku pernah mention dulu. Penat takkan terasa bila kita spend time dengan orang yang buat kita happy. :) Thank you guys. Rasa macam ikut rombongan sekolah je. Hehe.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi, make sure passport anda masih valid and start to book your tickets early kalau anda bercadang untuk menghabiskan weekend di sini. Tak rugi okay. Untuk maklumat lanjut, boleh explore kat sini. :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Our weekend getaway :)

  1. memang pun. walaupun penat tapi berbaloi. :)

    ReplyDelete
  2. nana mengidam nak pg sini... bestnyeeee

    ReplyDelete
  3. best nana. nak senang ambik pakej je. tataula KL ada ke tak. Kalau dari JB ni pakej dalam lingkungan RM 200++ je. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.