Hari pertama saya

I know, it's a bit late. Tapi tiba-tiba terasa nak buat compilation of my first day at school bila tengok gelagat adik-adik yang melangkahkan kaki ke sekolah buat kali pertama.

Macam pagi Isnin lepas, sempat juga intai tadika kat belakang rumah ni, tengok ramai tak mak ayah yang dok menunggu anak-anak kat luar tadika tu. Then, kat fb pun kawan-kawan sibuk share gambar anak-anak di hari pertama persekolahan. Wah. Advance sungguh zaman sekarang kan? Anak baru lahir - publish gambar thru fb, anak masuk sekolah pun - publish gambar thru fb. Dunia di hujung jari katanya kan? Hehe..

Dah, jangan nak lari topik.

Ni antara hari pertama yang aku ingat la eh;

1) Hari pertama di Tadika

Masa registration, arwah abah yang hantar. Ingat lagi, daftar kat Tabika Perpaduan Kemas yang dekat dengan Rest House Segamat tu (tak tau la rest house ni ada lagi ke tak eh?). Blur habis. Dahla tak biasa keluar rumah. Biasa dunia hanya bertumpu di kalangan emak-abah-adik-beradik dan jiran tetangga je (masa tu duduk quarters kat Jalan Hassan, so jiran tetangga pun ada berapa kerat ajela). Jadi memang quite blur la masa first day tu.

Lepas siap registration abah tanya, "Nak ikut abah balik ke nak balik naik van?"

Senyap. Berat mulut masa tu. Sanggup tunggu arwah abah ulang balik soalan semata nak angguk bila abah tanya, "Nak ikut abah balik ke?". Haha. Ye, saya memang berat mulut dulu. Sekarang pun datang juga angin berat mulut tu kadang-kadang. Teehee..

Tapi dok tadika ni tak lama pun, rasanya adalah dalam 2-3 bulan kot. Kawan-kawan pun tak sempat nak kenal sangat. Sebab lepas arwah abah meninggal arwah mak ajak pindah dan automatik aku pun pindah tadika. Masa ni barulah start berkawan and ramai juga la kot yang ada dalam friend list kat fb tu.

2) Hari pertama di sekolah rendah

Ha, masa ni takde la nak 'teriak' bila mak tak tunggu kat luar kelas okay? Hehe. Yela, most of the faces are familiar. Kebanyakan penghuni kelas darjah satu itu adalah bekas pelajar tadika dulu juga. Adalah juga muka-muka baru, tapi tak adalah ramai sangat. So takde masalah la nak adapt.

Yang penting tiada unsur teriakan di hari pertama persekolahan ye adik-adik? :D

3) Hari pertama di sekolah menengah

Pun blur jugak. Yelah, dulu sekolah rendah tak ramai. Kalau total up, memang jumlah student darjah 1 -6 tak sampai pun 200 orang. So bila masuk sekolah menengah ni, jumpa lagi ramai manusia. Tapi as long as masih boleh jumpa dengan best friend masa sekolah rendah dulu, pemikiran tu rasa ok je. Dahla dapat duduk sekelas. Memang rasa heaven la.

Namun kegembiraanku tak bertahan lama mana pun. Masa perhimpunan petang (oh, masa ni sekolah sesi petang), nama aku dengan beberapa orang lain kena panggil untuk diasingkan masuk kelas rancangan khas (RK). Hmm, terpisah juga dengan kawan baik. Sobs. (Sampai sekarang pun tak tahu mana dia menghilang. Hmm..)

Sungguh tak best bila terasing dari orang lain ni. Dah la kena duduk kelas di hujung dunia. Lepas tu, masa tu cuma ada beberapa orang je dalam kelas tu. (Iza + Teacher Sue, aku tak sure whether korang included ke tak dalam 'kelas terbuang' ni eh?) Yang aku ingat ada dalam kelas masa tu adalah si radio announcer itu (Haha, I don't want to mention her name. Nanti orang kata mau tumpang glamour pulak kan? :P) dan Marlia. The rest masuk masa minggu kedua persekolahan. Barulah terasa masuk sekolah. Kalau tak, rasa macam kena kuarantin je. :P

Ni kira macam a beginning to a new journey la kot? Masuk alam remaja yang penuh cabaran. ;)

4) Hari pertama di uni

Ha, masa ni lagi gila-gila punya blur. Masa registration tu okla, ada arwah mak, abang dan kakak aku tolong selesaikan procedure. Lepas tu dok blur nak cari kolej. Dahla kawasan uni tu besar. Hehe. Mujur ada pak guard yang baik hati tunjuk direction (masa ni jela baik hati, bila part saman student tu jadi tak baik. :P).

Sampai kolej, lepas kemas barang sikit-sikit, bermulalah kehidupan berdikari aku masa ni. Sobs. Sedih wo, kena tinggal. Dahla tak pernah berpisah jauh dengan mak masa tu. (Walhal JB - Segamat bukan jauh mana pun) Homesick semedang. Bila ingat emak je mesti bergenang air mata. Tsk. Tapi tak adalah sampai baca majalah Ujang pun boleh menangis ye? Haha. But finally, managed to survive juga. Alhamdulillah. =)

2 hari kena menghuni kolej rasa sangatla tak best. Masuk second intake memang la tak kena lalui minggu orientasi, tapi susah nak cari kawan satu course. Dapat room mate pun course lain. So, nak tak nak kena tunggu hari Isnin juga la.

Luckily, masa tengah tercangak-cangak mencari kelas di hari pertama kuliah, aku terserempak dengan Pak Doktor di depan fakulti. Fuh. Dia la yang tunjukkan kat mana kelas pertama aku hari tu. Thank you Doc, jasamu kan ku kenang sampai bila-bila. ;)

Masuk kelas pun blur juga, sebab dah ter-miss 2 minggu punya lectures. So, kena la pandai-pandai catch up - pinjam notes segala. But, quite an interesting experience juga la. Bukan semua orang berpeluang rasa pengalaman macam ni kan? ;)

Hmm, itu la sedikit sebanyak kupasan hari pertamaku di 'sekolah'. Hehe. Biasala kan, bila hal tu tak berapa familiar dengan kita, memang kita rasa susah. Tapi as long as kita mampu adapt dengan the new environment, catch up dengan segala updates yang kita rasa kita perlu tahu, insya Allah ia akan jadi mudah buat kita. Yang penting, jangan sesekali lupakan DIA dalam setiap apa pun yang kita buat. Insya Allah, Dia akan permudahkan jalan tu. =)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Hari pertama saya

  1. ha ha..si radio announcer tu bespren ko dulu kan ja?
    yg aku tau dulu aku lg cengeng..dah la dok asrama..tak de kawan..kera sumbang..hu hu
    kita sekelas dulu kan ja? ish..ilang ingatan lak kejap..seingat aku kita split kelas masa form 2 ker form 3 erk? kitaorang kena sekelas ngan budak RKB..

    ReplyDelete
  2. haha. weh, bukan bff kau ke tuh? siap ada acronym segala masa form 5 dulu. ops! Haha.

    ha, kita sekelas masa form 1 je. sobs. serius aku suka masa sekelas ngan korang. syok gila sebab takde lelaki. ikut suka hati je nak buat apa. macam-macam ragam korang ek? sampai asyik kena bebel ngan ustazah jamilah. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.