Archive for January 2011

Banjir ooo banjir

Dah lama tak tengok banjir macam ni kat Jalan Muar. Rasanya kali terakhir aku tengok air melimpah depan mata macam ni adalah pada Disember 1992 - masa tu sesi persekolahan baru bermula.



Ni la port kami bersarapan pagi-pagi kalau balik kampung. Sobs.

Ni angle dari simpang masuk ke Jalan Muar.
[Kredit gambar]

Uwaaa, macam mana nak balik ni?

Semoga warga Segamat tabah menghadapi bencana ini. Aku cuma mampu mendoakan dari jauh, semoga tiada korban nyawa atau bencana lebih buruk bakal berlaku. Moga keadaan makin bertambah baik hari ni. Aminnn...

Leave a comment

Teringin

Setelah berjaya membeli 2 gadgets from my wishlist tahun lepas, tiba-tiba rasa teringin nak beli ini la pulak.

Oren sangat?

I think this is better. :P

Dah lama dah teringinkan si Vaio ni. Entah bilalah boleh dapat eh?

Okey, cancel iPad. Since aku rasa iPad function pun lebih kurang iPod je, baikla beli netbook. Senang aku nak usung ke mana-mana.

Tapiiiiii, oleh kerana dah ada komitmen besar tahun ni, maka kena tunggu sampai hujung tahun la kot baru boleh beli netbook ni. Sobs..

Leave a comment

Awak ni memang comel la..

He tweeted this today.



And I watched him cried. Ouh. I'm so touched. Dia masih ada lagi naluri kemanusiaan rupanya. Eventhough he staked Rose. But he staked her for a good reason. :)


“I can never forget it, what it’s like to be human. It haunts me. It’s the only thing that’s kept me going”

-Rose on her deathbed

The Vampire Diaries, Season 2 Ep.12 : The Descent

And it's good to see Damon on his bad attitude again! :P

2 Comments

Tak suka..tak suka..tak suka..!

Satu kepantangan aku masa memandu adalah bila ada orang suka 'cucuk' kereta aku dari belakang. Aku memang tak suka. Kalau kat highway boleh terima juga lah, mungkin aku yang tak sedar diri, drive kereta comel lagi nak 'action' dok kat right lane.

Tapi, kalau kat jalan biasa yang 1 lane pun ada hati nak 'cucuk' orang tu apa kes? Huh, sengaja nak tunjuk hebat ke ape?

Mujurlah, aku masih sedar diri, aku drive kereta comel aje. Kalau tak, mesti aku dah drive gaya Gil Ra Im drive kereta Kim Joo Woon ni. Haha.

Gambar ni salah satu scene dalam Kdrama Secret Garden. Cuba tengok muka Hyun Bin tu. Teehee..

Untuk pemandu-pemandu sekelian, kalau anda nak cepat atau mengejar masa sekalipun, tak perlu nak 'cucuk' kereta orang lain ya? Cari alternatif atau tunggu keadaan selamat untuk memotong. Tak perlu nak tunjuk hebat. Orang lain pun bayar cukai jalan juga okayyy?

3 Comments

Busy + Malas

Harap maaf. Saya sedang sibuk dan malas untuk update blog.

Kadang-kadang jealous juga bila ada orang yang super-duper busy, tapi masih ada masa untuk update blog mereka. Adakah sebab terpanggil untuk menjadi blogger jutawan? Heh.

Takpelah. Itu rezeki dan hak masing-masing kan? :)

Tadi selongkar gambar untuk di remove tag, terjumpa gambar-gambar lama. Uwaaaah, semerta timbul rasa rindu kat kawan-kawan. Sobs.



Haha. This is one of my personal favourite. Gambar ala-ala cover album. :P

Sekarang semua dah jadi isteri dan mak orang. Errr, except two of them. :)


Kalau pandai cuba teka kat mana gambar ni diambil? :P

Gambar ni diambil masa last final paper on final semester. Dah nak masuk 9 tahun dah gambar ni. :) Sakan masing-masing bergambar. Yela, kekonon nak 'cherish the moments'. Tapi tak merdeka lagi pun sebab PSM (Projek Sarjana Muda) tak siap lagi. Haha.

Tetiba rasa macam nak ulang baca buku Tentang Dhiya balik lah. Kenapa? Sebab latar belakang cerita tu banyak mengingatkan tentang zaman belajar zaman dulu kala. :P

Dah, nak sambung buat kerja. Daaa~!

5 Comments

Jatuh chenta :P

Saya sudah jatuh chenta sama lagu ini la. Fuh.

First time dengar beberapa hari lepas kat radio (sebab dah lama tak dengar radio) macam kagum sekejap dengan arrangement lagu ni. Sangat touching, ditambah lagi dengan vokal penyanyinya. Memang cair lah! Haha. blogger-emoticon.blogspot.com

Kemudian cuba juga cari videonya di youtube. Cuma ada previewnya sahaja di sini. Wah, memang tabik spring lah!blogger-emoticon.blogspot.com


Inilah lagunya, daripada OST Hikayat Merong Mahawangsa - Sedetik Lebih (Anuar Zain).blogger-emoticon.blogspot.com






Wah, teruja lah nak menonton movie nih. Ada tak sesiapa yang bermurah hati nak belanja movie ni bulan Mac nanti?blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Self note

Untuk diri sendiri (dan orang lain) agar lebih istiqamah. :)

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

1) Tidak dihampiri syaitan.

2) Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.

3) Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat.

4) Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah menjamin untuknya syurga.

5) Selamat daripada segala sesuatu.

6) Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang yang membacanya.

7) Allah berhak untuk meredhainya.

8) Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat atasnya.

9) Terhindar daripada syirik.

10) Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11) Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12) Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat.

13) Sesiapa yang membaca pada waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke petang. Dan sesiapa yang membaca di waktu petang akan terpelihara hingga waktu pagi.

14) Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah daripada sudut zikir dan doa dan berbagai lagi kelebihan.

Rasulullah (S.A.W) merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil besar,mulia dan hina. Rasulullah (S.A.W) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru hendaklah kita mencontohi sunnah Rasulullah (S.A.W), mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah (S.A.W) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Wallahu'alam.

Dipetik dari sini.

Posted in | 2 Comments

Pardon me, I'm busy now.

Yeay! Nampaknya kemalasan semakin bermaharajalela kebelakangan ini.

Yelah, Januari dah muncul. Maknanya aku dah mula masuk zon sibuk. Ya, deadlines will be here and there again, as usual. :)

Tapi masih mampu berdiri, insya Allah dan mudah-mudahan masih diberi kemampuan untuk menghadapi semua itu. Amin..

Mudah-mudahan juga segala urusan awal tahun ni dipermudahkan. Aminnn..


Please come back again, later!

Leave a comment

Our weekend getaway :)

Weee~! Setelah sekian lama bercadang nak ke sini dan setelah sekian lama juga dihidangkan oleh gambar-gambar kawan-kawan yang pernah ke sini kat facebook tu, finally we were here yesterday. Alhamdulillah. =)

Perjalanan dimulakan seawal 7.30 pagi. Sebenarnya takdelah jauh mana pun, nama pun dari JB kan? Tapi biasala, prosedur kastam kedua-dua negara je dah makan masa hampir setengah jam. Di campur dengan traffic jam lagi, maka kami selamat tiba di Universal Studios Singapore (USS) lebih kurang jam 9.30 pagi.


So, we were finally here! Pemandangan dari entrance. Masa ni USS belum buka lagi. So, we were spend our time by capturing moments here and there. :)


Trip to Madagascar. Dapat snap gambar ajela, sebab theme park ni ditutup sementara untuk maintenance. Kalau ikutkan pembacaan dari website, kat sini ada river boat ride (aku bet boat ride ni mesti ada ala-ala roller coaster experience juga. :P) and King's Julien Beach-Party Go-Round (Uh-oh, sounds exciting!).

Selepas Madagascar, kita ke dunia Shrek pula. Ini adalah pemandangan di depan rumah Shrek. :)

Welcome to Far Far Away.

Dekat Far Far Away ni ada 4 exciting places to explore. Tapi rupanya kami cuma masuk 2 tempat aje. Tak jumpa pun si Donkey Live dengan Magic Potion Spin tu. Hmm. Takpelah. Dapat masuk 2 tempat tu pun rasa enjoy dah. Memula kami masuk Enchanted Airways - experienced dragon ride yang agak 'gila'. Hehe. Si Mat Salleh yang dok sebelah aku tu boleh relax je lepas tangan masa kat atas tu. Siap boleh nak naik lagi sekali. Haha.

Then masuk Far Far Away Castle untuk tayangan Shrek 4D Adventure. Gambar atas ni pemandangan dalam Far Far Away Castle.

Memula masa masuk dalam ni rasa macam takde motif je ambik 4D glasses tu. Then bila masuk bilik tayangan kat sebelah tu barulah aku faham apa kegunaan 4D glasses tu. First experience tengok 4D movie. Sungguh real sampai Donkey bersin pun boleh terpercik kat muka okay? Haha. And I am really enjoy the moments here. :) Oh, sorry takde gambar masa kat dalam bilik tayangan cause they were prohibited any photo and video capturing.


Theme park yang kedua dijejaki. The Lost World. Kat dalam ni ada 5 tempat untuk diterokai. Wah, ayat. Ada Water World, Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Amber Rock Climb dan Dino-Soarin. Yang aku masuk cuma 1 - Jurassic Park Rapids Adventure. Kalau nak tau, diorang dah siap mention kat depan pintu masuk masa nak queue - waiting time is 35 minutes. Memang betul pun. Kalau tak sanggup tunggu, boleh keluar queue. Tapi sebenarnya berbaloi menunggu untuk trip yang tak sampai 10 minit tu. Awal-awal trip memang rasa relax je, sampai pengakhiran trip hambik, basah sebab boat ride tu dijatuhkan dari tempat tinggi. Fuh, terasa macam berada kat Niagara Falls. :P


Lepas lunch kami start explore sekitar Ancient Egypt. Kalau bernasib baik, dapatla bergambar dengan watak-watak dari zaman Mesir Purba macam perempuan kat atas ni. :)

Dalam theme park ni ada 2 tempat yang boleh kita explore iaitu Revenge of The Mummy dan juga Treasure Hunters. Dapatla merasa naik roller coaster dalam Revenge of The Mummy tu. Huh, really a scary experience for me. Hehe. Kalau anda rasa gayat seperti saya, jangan sesekali mengada nak naik roller coaster ye? :P Dalam ni pun tak dapat snap gambar. Memang dilarang sama sekali bawa kamera.

This is the last theme park yang sempat dijejaki. Sci - Fi City. Dalam ni ada Battlestar Galactica : Human & Cyclon (ada roller coaster, tapi 2-2 tutup - tak tahu sama ada belum siap atau temporarily close for maintenance) dan Accelerator (ini pun tak masuk sebab pening naik roller coaster The Mummy tak hilang lagi).

Habis berjalan-jalan kat theme park, kami menyusuri jalan-jalan di sekitar New York dan Hollywood. :)


Feeling macam tengah berjalan-jalan kat oversea. :P


Last but not least, shopping time at USS Store. Macam-macam souvenir yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Ada sunglasses, mug, fridge magnet, beg, t-shirt dan macam-macam lagilah. Hanya bawa duit dan spend it 'wisely' here. :)

Finally sampai JB lebih kurang jam 8.30 malam.

Fuh, penat. Tapi sangat enjoy. Yela, macam yang aku pernah mention dulu. Penat takkan terasa bila kita spend time dengan orang yang buat kita happy. :) Thank you guys. Rasa macam ikut rombongan sekolah je. Hehe.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak pergi, make sure passport anda masih valid and start to book your tickets early kalau anda bercadang untuk menghabiskan weekend di sini. Tak rugi okay. Untuk maklumat lanjut, boleh explore kat sini. :)

4 Comments

Hari pertama saya

I know, it's a bit late. Tapi tiba-tiba terasa nak buat compilation of my first day at school bila tengok gelagat adik-adik yang melangkahkan kaki ke sekolah buat kali pertama.

Macam pagi Isnin lepas, sempat juga intai tadika kat belakang rumah ni, tengok ramai tak mak ayah yang dok menunggu anak-anak kat luar tadika tu. Then, kat fb pun kawan-kawan sibuk share gambar anak-anak di hari pertama persekolahan. Wah. Advance sungguh zaman sekarang kan? Anak baru lahir - publish gambar thru fb, anak masuk sekolah pun - publish gambar thru fb. Dunia di hujung jari katanya kan? Hehe..

Dah, jangan nak lari topik.

Ni antara hari pertama yang aku ingat la eh;

1) Hari pertama di Tadika

Masa registration, arwah abah yang hantar. Ingat lagi, daftar kat Tabika Perpaduan Kemas yang dekat dengan Rest House Segamat tu (tak tau la rest house ni ada lagi ke tak eh?). Blur habis. Dahla tak biasa keluar rumah. Biasa dunia hanya bertumpu di kalangan emak-abah-adik-beradik dan jiran tetangga je (masa tu duduk quarters kat Jalan Hassan, so jiran tetangga pun ada berapa kerat ajela). Jadi memang quite blur la masa first day tu.

Lepas siap registration abah tanya, "Nak ikut abah balik ke nak balik naik van?"

Senyap. Berat mulut masa tu. Sanggup tunggu arwah abah ulang balik soalan semata nak angguk bila abah tanya, "Nak ikut abah balik ke?". Haha. Ye, saya memang berat mulut dulu. Sekarang pun datang juga angin berat mulut tu kadang-kadang. Teehee..

Tapi dok tadika ni tak lama pun, rasanya adalah dalam 2-3 bulan kot. Kawan-kawan pun tak sempat nak kenal sangat. Sebab lepas arwah abah meninggal arwah mak ajak pindah dan automatik aku pun pindah tadika. Masa ni barulah start berkawan and ramai juga la kot yang ada dalam friend list kat fb tu.

2) Hari pertama di sekolah rendah

Ha, masa ni takde la nak 'teriak' bila mak tak tunggu kat luar kelas okay? Hehe. Yela, most of the faces are familiar. Kebanyakan penghuni kelas darjah satu itu adalah bekas pelajar tadika dulu juga. Adalah juga muka-muka baru, tapi tak adalah ramai sangat. So takde masalah la nak adapt.

Yang penting tiada unsur teriakan di hari pertama persekolahan ye adik-adik? :D

3) Hari pertama di sekolah menengah

Pun blur jugak. Yelah, dulu sekolah rendah tak ramai. Kalau total up, memang jumlah student darjah 1 -6 tak sampai pun 200 orang. So bila masuk sekolah menengah ni, jumpa lagi ramai manusia. Tapi as long as masih boleh jumpa dengan best friend masa sekolah rendah dulu, pemikiran tu rasa ok je. Dahla dapat duduk sekelas. Memang rasa heaven la.

Namun kegembiraanku tak bertahan lama mana pun. Masa perhimpunan petang (oh, masa ni sekolah sesi petang), nama aku dengan beberapa orang lain kena panggil untuk diasingkan masuk kelas rancangan khas (RK). Hmm, terpisah juga dengan kawan baik. Sobs. (Sampai sekarang pun tak tahu mana dia menghilang. Hmm..)

Sungguh tak best bila terasing dari orang lain ni. Dah la kena duduk kelas di hujung dunia. Lepas tu, masa tu cuma ada beberapa orang je dalam kelas tu. (Iza + Teacher Sue, aku tak sure whether korang included ke tak dalam 'kelas terbuang' ni eh?) Yang aku ingat ada dalam kelas masa tu adalah si radio announcer itu (Haha, I don't want to mention her name. Nanti orang kata mau tumpang glamour pulak kan? :P) dan Marlia. The rest masuk masa minggu kedua persekolahan. Barulah terasa masuk sekolah. Kalau tak, rasa macam kena kuarantin je. :P

Ni kira macam a beginning to a new journey la kot? Masuk alam remaja yang penuh cabaran. ;)

4) Hari pertama di uni

Ha, masa ni lagi gila-gila punya blur. Masa registration tu okla, ada arwah mak, abang dan kakak aku tolong selesaikan procedure. Lepas tu dok blur nak cari kolej. Dahla kawasan uni tu besar. Hehe. Mujur ada pak guard yang baik hati tunjuk direction (masa ni jela baik hati, bila part saman student tu jadi tak baik. :P).

Sampai kolej, lepas kemas barang sikit-sikit, bermulalah kehidupan berdikari aku masa ni. Sobs. Sedih wo, kena tinggal. Dahla tak pernah berpisah jauh dengan mak masa tu. (Walhal JB - Segamat bukan jauh mana pun) Homesick semedang. Bila ingat emak je mesti bergenang air mata. Tsk. Tapi tak adalah sampai baca majalah Ujang pun boleh menangis ye? Haha. But finally, managed to survive juga. Alhamdulillah. =)

2 hari kena menghuni kolej rasa sangatla tak best. Masuk second intake memang la tak kena lalui minggu orientasi, tapi susah nak cari kawan satu course. Dapat room mate pun course lain. So, nak tak nak kena tunggu hari Isnin juga la.

Luckily, masa tengah tercangak-cangak mencari kelas di hari pertama kuliah, aku terserempak dengan Pak Doktor di depan fakulti. Fuh. Dia la yang tunjukkan kat mana kelas pertama aku hari tu. Thank you Doc, jasamu kan ku kenang sampai bila-bila. ;)

Masuk kelas pun blur juga, sebab dah ter-miss 2 minggu punya lectures. So, kena la pandai-pandai catch up - pinjam notes segala. But, quite an interesting experience juga la. Bukan semua orang berpeluang rasa pengalaman macam ni kan? ;)

Hmm, itu la sedikit sebanyak kupasan hari pertamaku di 'sekolah'. Hehe. Biasala kan, bila hal tu tak berapa familiar dengan kita, memang kita rasa susah. Tapi as long as kita mampu adapt dengan the new environment, catch up dengan segala updates yang kita rasa kita perlu tahu, insya Allah ia akan jadi mudah buat kita. Yang penting, jangan sesekali lupakan DIA dalam setiap apa pun yang kita buat. Insya Allah, Dia akan permudahkan jalan tu. =)

2 Comments

I wish I knew it earlier :P


Taken from here

3 Comments

Encik M sudah datang

Oih, nampaknya tuan punya blog ni dah diserang penyakit M awal-awal tahun ni. Hmm..

Sebenarnya banyak draft dalam kepala, cuma tak terzahir untuk menaip je. Yela, dengan networking problem kat office sejak minggu lepas aku jadi malas nak berbuat apa pun. Haha. Walhal boleh je nak taip kat notepad Blackberry tu. Tapi sebab si huruf M tu dah menguasai, maka kemalasan pun berleluasa la. Eleh, alasan aje kan? Balik awal hari-hari pun buat apa entah. Hehe..

Ala, bila lagi nak enjoy these sweet freedom moments ni kan? Nanti bila dah start sibuk mesti dah takde masa dah nak buat kerja-kerja lagha yang aku suka buat ni. Huhu, tak lama lagi dah. Minggu depan dah masuk zon sibuk semula. Tapi masih sempat lagi nak berfoya-foya minggu ni.

Dah. Nak sambung layan games ni pulak. Eh, sejak bila layan games kat fb ni?

Ha, bila ia ada kaitan dengan CSI, haruskah ia diabaikan? Hehe.

Marilah join. Boleh menambahkan sumber tenaga saya. Jadi cepatlah dapat selesaikan kes. =P


Tu la, dulu dah elok-elok belajar sains tulen pergi gatal tukar bidang. Siapa suruh? blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Selamat kembali ke sekolah! ;)

Those are not mine. It belongs to my niece.

Tahun baru ni kat rumah dah ada budak sekolah, so ada banyakkk do's and don't's yang kena applies kat rumah nampaknya. Tsk..

Bila tengok buku-buku teks ni rasa teringin nak kembali ke sekolahlah.

Tapi nak lompat, tak nak lalui tingkatan 2 lagi sekali. Sebab aku rasa aku melalui tahun yang sangat panjang masa tahun 1994 tu. Dalam kepala ni pun kenangan masa tingkatan 2 la yang paling banyak berbanding kenangan tingkatan 1 dan 3. Kenapa entah..

Nantilah, bila dah dapat figure out aku bagitau eh? :P

Till then, selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak yang bersekolah, cikgu-cikgu sekolah dan juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. :)

Oooh lupa! Nazirah pun masuk darjah 1 esok. Harap-harap dia tak buat 'scene' la macam budak-budak yang kena melalui hari pertama kat sekolah. Haha.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.