Archive for 2011

2012

[Image source : Google]

Assalamualaikum.

2012 is approaching in a short while. Memang tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas. Esok dah pun 1 Januari. Bermakna dah setahun berlalu. Apa yang dapat diperolehi tahun ni? Hmm...

As for me, Alhamdulillah. Setakat ni dari sudut material, banyak yang aku hajatkan dah tercapai tahun ni. Cuma dari segi lain banyak yang nak kena improve, terutamanya dari sudut kerohanianlah kan? Banyakkkkk sangat lompong yang perlu diisi. Moga tahun mendatang ni dapat dibaiki dan di'upgrade' mana yang kurang tu.

Dari sudut karier pulak pun masih di tahap memuaskan. Alhamdulillah. Tahun 2011 ni rasanya tahun yang paling kurang stress berbanding tahun sebelumnya. Yelah, dah nak masuk tahun keempat pegang jawatan ni, mungkin dah boleh catch up dengan apa yang dipertanggungjawabkan. Bos pun kurang 'bising', client pun kurang bagi masalah. Jadi perjalanan kerja agak smooth tahun ni. Alhamdulillah. Sampai ada orang tegur, "Eh, tak bawa kerja balik rumah sekarang?" Hehe. Aku cuma mampu tersenyum je. =) Moga perjalanan karier juga dipermudahkan tahun depan. Amin.

Kesihatan juga Alhamdulillah. Takde penyakit atau ditimpa penyakit serius. Mudah-mudahan dijauhkanlah. Harap Allah berikan kesihatan yang baik juga untuk hari-hari mendatang. Aminn. =)

Bila sebut 2012 ni kita selalu dimomokkan dengan isu kiamat yang tak habis diperkatakan tu kan? Kekadang nak tergelak pun ada. No, bukan sebab aku tak percaya. (Gila tak percaya, rukun iman tu..!) Tapi kelakar sebab ramai yang taksub ingat 2012 ni bakal kiamat. Ya Allah, kiamat tu memang pasti berlakulah. Cuma itu rahsia Allah. There is no such thing yang kata sekian-sekian tarikh akan berlaku kiamat. Jangan disebabkan ketaksuban kita memikirkan hal kiamat yang akan berlaku tu menyebabkan kita mengabaikan perkara-perkara penting dalam hidup kita. Sibuk sangat fikir tentang kiamat sampai amal ibadat terabai, kerja terabai, anak isteri terabai etc. Sebaiknya tambahkan amal ibadah kita dan dalam waktu yang sama kita masih jalankan tanggungjawab kita sebagai makhlukNYA di atas muka bumi ni. Jangan sesekali leka dan terpengaruh dengan propaganda yang bertujuan untuk melalaikan kita. (Mintak dijauhkan. Amin..)

Last but not least, nak mintak maaf andai ada tulisan di blog ini yang menyinggung sesiapa. Yelah, kekadang niat aku menulis untuk meluahkan rasa hati dan juga menegur secara tak langsung. Tapi sekiranya ada yang tak dapat terima, atau rasa tersinggung dengan apa yang ditulis tu, dengan rendah hati aku mintak maaf bebanyak. Kalau kita berniat baik tapi akhirnya buat orang lain terluka pun dikira berdosa juga kan? Jadi, maafkan daku di atas keterlanjuran itu. =)

Selamat menyambut 2012 buat semua. Moga kehadiran 2012 bakal memberi kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua. Amin. =)

2 Comments

Mana satu lebih seksi? :P

Assalamualaikum.

Lepas tengok gambar desktop yang si Sarina post kat wall aku kelmarin tetiba teringat gambar desktop yang aku pernah post kat sini dulu. Meh kita compare, mana satu lebih seksi. :P

Antara Damon Salvatore

desktop2

dan Puss in Boots;

puss3

Which one do you prefer?



LOL!

P/s: Jangan kata Tarabas yang seksi ya? :P

2 Comments

Aktifkan dirimu

Assalamualaikum.

Lama benar rasanya tak menaip apa-apa di sini. Hmm. Kalau ikutkan, sebenarnya hari-hari pun memang login blogger. Cuma tak tergerak hati nak mengepos di blog. Virus M sangat kuat. :P

Petang tadi 'orang jauh' call aku semata nak suruh aktifkan fb sebab dah lama tak nampak aku post apa-apa kat fb. Haha. Aku dah gelak-gelak je bila disuruh update. Sebenarnya hari-hari pun login. Dan hari-hari pun ada je komen, tapi komen aku kebanyakkannya dalam private group, so memang takkan nampakla keluar aktiviti kat ticker tu. Kebanyakkan masa aku sekarang ni kat twitter and some of blogs yang aku follow. Ha, bagusla tu, lepas tu blog sendiri tak ter 'update'. :P

Oh, sebenarnya nak explain kenapa aku jarang update fb. Okay, selain disebabkan oleh ticker yang menyemakkan pandangan mata tu, aku juga tengah nak tengok sejauh mana drama-drama tak berbayar akan terus dipertontonkan kat fb tu. Heh. Seronok okay?

Sekarang ni memang aku selalu je mention dengan semua orang di sekeliling aku kat office yang aku dah jarang ber fb dengan alasan aku dah bosan. Memang pun. Tapi lebih seronok bila dapat tangkap orang berdrama kat fb tu. And fyi, minggu lepas dah berjaya tangkap seorang. Lalalala. (Happy pulak eh?) Orang itu sangat bersungguh menghamburkan amarahnya di fb. Haih.

Here's the thing, kalau pun tak puas hati atau nak marah sesiapa pun di sekeliling kamu, sila pastikan kamu tak share status tu dengan orang terdekat kamu especially orang yang ada kaitan dengan orang yang dimarahi itu. Bukan apa, elok-elok orang tak berprasangka buruk, terus jadi berprasangka buruk disebabkan apa yang ditulis di dinding kamu itu. Faham? Kalau tak faham, ni nak kasi enlighten sikit. Mudah je sebenarnya;

FIKIR SEBELUM BUAT, BUKAN DAH BUAT BARU FIKIR! :P

Nanti kang tak pepasal memasing bertambah dosa kannn? Jadi untuk selamat, lebih baik sekiranya tak post apa-apa macam yang aku buat sekarang ni kan? :P

So tell me, tindakan unofficial deactivation ni sebenarnya bagus ke tak bagus untuk diri sendiri dan masyarakat? :P

4 Comments

Selepas tahun baru

Assalamualaikum.

Ehem, jangan pelik. Itu memang antara my new year's resolution untuk tahun 1433 Hijrah ni, nak berblogging secara berhemah. Walaupun masa tu tengah marah. Thihi. Boleh tak agaknya tu? :P

Ouh, rasanya belum terlewat lagi nak wish selamat menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Moga hari-hari mendatang bakal meninggalkan impak yang lebih baik daripada hari-hari terdahulu.

Maafkan daku juga di atas kesawangan blog ini sejak sekian lama. Bukan apa, bila internet kat rumah dah okay, tuan punya blog yang dilanda kemalasan. Bukan setakat malas nak update blog, nak online pun malas. Tak tahulah, mungkin dah takde apa yang menarik untuk di explore sekarang ni. Facebook pun dah jarang diupdate. Twitter je yang bernyawa sekarang. Jadi, kalau ada yang merindu, silalah cari saya di twitter ye? :P

Ehem, sempena bulan Muharram ni aku nak share something;

1. Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khususnya Allah melarang kita berbuat zalim pada bulan ini sebagai menghormatinya.

2. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan berpuasa di dalam bulan Muharram.

3. Biasanya kita akan tertumpu pada 1 hari yang kita panggil hari Asyura (10 Muharram)

4. Dikatakan jika kita berpuasa pada hari Asyura, insya Allah dosa kita sepanjang setahun yang lalu akan dihapuskan.

5. Fakta ni aku baru tahu Jumaat lepas masa tazkirah; kita diunjurkan untuk berpuasa 2 hari, sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram atas sebab:

i) Untuk membezakan antara umat Islam dengan Yahudi. (Orang Yahudi sambut hari Asyura untuk memperingati peristiwa Nabi Musa A.S membelah laut dengan tongkatnya)

ii) Untuk sambung puasa hari Asyura dengan hari lainnya sebagaimana kita tak boleh puasa pada hari Jumaat sahaja.

iii) Supaya lebih berhati-hati dalam perlaksanaan puasa Asyura agar tak terlebih atau terkurang hitung bila tibanya hari Asyura. (ini mungkin terjadi sebab orang dulu-dulu yang takde kalendar macam kita sekarang ni)

6. Tetapi jika kita berpuasa pada 10 Muharram pun tak ada masalah. Hukumnya bukan haram atau makruh sekalipun. Cuma sebaik-baiknya digalakkan berpuasa selama dua hari atas sebab-sebab yang disebut di atas tu. =)

Wallahu'alam.

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah kita kutip pahala berpuasa Asyura. =)

2 Comments

Problems resolved :P

Tengahari tadi dah selamat call TM untuk laporan kerosakan / gangguan servis.

Petang tadi, lebih kurang jam 5 diorang call tanya keadaan telefon dan internet. Oleh kerana aku kat office lagi masa tu, maka diorang just inform yang kerosakan / gangguan servis tu sudah pun dibaiki dari luar - tak tahulah macam mana, tapi yang penting katanya telefon / internet dah okay. Then dia suruh cek bila balik rumah sama ada connection problem tu dah ok atau tidak.

So dengan gigihnya, sampai rumah jam 6 tadi terus switch on router dan angkat gagang telefon. Tone sudah ada. Tunggu sekejap sampai semua lampu kat router menyala, capai iPod dan post status ni kat fb. (Tak tahulah kenapa gatal post kat fb instead of twitter. :P)

internet

I'm quite impressed. Sebab apa, aku pernah alami masalah yang sama 5 tahun dulu (masa tahun 2006 okay -lama dah tu..). Nak tau berapa lama masa yang diorang ambik nak selesaikan masalah? Almost a month! Ini tetiba boleh selesai dalam tempoh kurang 24 jam. Really impressed!

Anyway thank you TM for your fast action. =)

Betul la kan orang kata, hidup kita ni kena ada cabaran baru boleh improve. Kalau tak ada cabaran memang setakat duduk di takuk lama ajela kannnn? :P

Okay, nak cari feeling untuk meeting esok. Uh, serius lama tak meeting dengan bos. Musim appraisal pun dah sampai (tak sedar dah hujung tahun, sob sob). Maka kenalah menghadap bos sebelum staf lain menghadap bos. Haish...

Leave a comment

Speechless.

Dah 3 hari tak dapat online. Sangap okay? Sob sob..

Kenapaaaaaaalah Streamyx ni kejam sangat?

Dah rasa macam nak campak router ke luar pun ada juga ni.

Mujurlah ada device penyelamat ini. Dapat juga google cara troubleshoot internet connection problem melalui skrin kecil ini.

Dapat disimpulkan bahawa, kegagalan penyambungan adalah disebabkan masalah talian telefon di rumah. Penat je dok cabut pasang sana sini sekali rupanya phone rumah takde tone langsung. Cis!

Jadi, saya perlu menghubungi TM dengan kadar segera.

Persoalannya, berapa lamakah masa yang akan diambil oleh technician TM untuk datang baiki kerosakan ini? Hoho.

Tapi kan, hikmahnya dapatla tidur awal 2-3 hari ni. lol!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Baiknya Dia, kan?

Jumpa gambar ni kat Fb tadi. Hmm, hakikatnya kita selalu lupa kan?

baiknya

[Image source : Google]

Alhamdulillah. Moga takkan selalu terlupa.

May Allah bless. =)

Posted in | Leave a comment

ABCDEFGHIJ sampai habis.

Phew, baru tergerak hati nak update blog hari ni. Maaf. Maaf. Maaf.

Biasanya bila kat office mood nak update berkobar, tapi bila sampai rumah mood terus hilang. Tak tahu ke mana. Mungkin dilindungi oleh Encik M besar agaknya. *Muka innocent*

Tapi internet yang suka-suki disconnect pun kadang-kadang jadi penyebab juga. *Muka innocent*

Urm, something crossing on my mind today. Pagi tadi ada orang bagi satu situasi;

Bayangkan diri anda sebagai A. Kemudian si A bercerita dengan B tentang C tanpa mengetahui B dan C sebenarnya saling mengenali. So bila dah tau diorang tu sebenarnya saling mengenali, apa yang korang nak buat? Pergh, tak macam soalan subjektif pulak kan? Hehe.

My answer was, kalau ikut niat nak bercerita, just ignore aje apa yang dah diceritakan. Dah tentu tak sebut nama pun. B pun tak tahu si C yang diceritakan tu adalah orang yang dia kenali. So, that's not a big deal. Sebab niat asal pun bukan untuk memburukkan orang kan?

Tapi... ye, ada tapinya. Disebabkan kawan aku ni tak mau rasa bersalah, dia telah reveal bahawa B itu adalah aku. Hahaha. Adeh. Nak kata tak percaya pun tak boleh kot sebab aku tau dengan siapa dia selalu berkongsi cerita. :)

Dan, aku tak terkejut pun bila hal macam tu berlaku. It's just too common. Banyak sangat berlaku di sekeliling aku ni. Bukanlah kata aku ni menyokong 100 % aktiviti kekasih gelap ni. Cuma, bagi aku kita takkan rasa apa yang orang lain rasa bila kita tak berada dalam situasi dia. Memang, bila tak kena pada diri sendiri, bercakap memang mudah. Senang juga nak mengata itu dan ini pada orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, kita mungkin akan terkedu. Dunia ni bulat ye kakak-kakak dan abang-abang? Hari ni kita mengata dia entah-entah esok lusa kita pun buat benda yang sama. Masa tu nak cakap apa? So, the best way is, nasihatkan dia ikut kemampuan kita atau nak lagi kejam, tak perlu ambil tahu langsung bila dia nak bercerita berkaitan hal-hal itu (yang ni aku dah eksperimenkan pada salah seorang colleague kat office, dia kata memang berbaloi-baloi! =D) dengan kita. Dia akan realise yang kita ni takkan sokong aktiviti dia tu dan mudah-mudahan dia sedar juga apa yang dia buat tu salah.

Untuk aku sendiri, memang harap sangat semoga tak terjebak dengan hal-hal sebegitu dan seboleh mungkin aku cuba elakkan terlibat dalam hal sebegitu. Huh, apa ayat tunggang langgang nih? Kalau cikgu BM baca mesti dia terus letak cross besar. Heh.

Sangat takut sebenarnya kalau benda macam ni terjadi kat diri sendiri. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Mudah-mudahan diriku masih sedar diri di mana bumi yang ku pijak ini. Huhu.

Aminnnnnnn. =)

Posted in | Leave a comment

Wordless Wednesday #11

lesson-in-life--large-msg-130173330066

Image source : Google

Posted in | 2 Comments

1.11.11

Mak aih, tak sedar dah masuk November rupanya. Entah kenapa masuk je bulan November mesti terngiang-ngiang lagu November Rain kat telinga. Sesuai sangatlah kot dengan musim hujan sekarang nih.

Lama betul tak update blog. Sebenarnya banyak hal yang nak update tapi tuan punya blog dilanda virus M besar sepanjang Oktober. Dengan wedding di sana - sini. Ditambah dengan penyakit yang tak diundang 2 minggu lepas. Fuh, memanglah mencabar dan juga mengurangkan kerajinan. Bayangkan satu rumah kena demam okay? Gara-gara food poisoning. Sudahnya sampai hari ni fobia nak makan kat kedai. Selesa bawa bekal dari rumah. Jimat pun jimat! :)

Adoih, bilalah nak jadi rajin nih? BlackBerry ada kat tangan pun tak rajin nak update blog. Apedah!

Ok. Lepasnikitajadirajinupdateblog ya? Okbai!

Eh eh, baru perasan hari ni 1.11.11. Once in a lifetime kot jumpa tarikh nih. Mesti ramai je yang abadikan tarikh ni untuk something special dalam hidup diorang. Hoho. Me? Nothing special, just bumped into this quote this morning;

Being deeply love by someone gives you strength
while loving someone deeply give you courage

– Lao Tzu

Hoh, ye ke? Mudah-mudahan macam tu lah. =)

Lama tak share lagu kan. So hari ni nak share lagu ni. Semalam dah flood kat twitter dan fb. Hari ni nak flood kat blog pulak.



Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same
if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain

: Bruno Mars - It will Rain

Leave a comment

Wordless Wednesday #10

lesson


blogger-emoticon.blogspot.com

Image source : Google

Posted in | Leave a comment

Terkenang-kenang

Pernah tak di kalangan kamu di luar sana yang bila dengar satu-satu lagu ni tetiba ingatan melayang ke satu peristiwa? Or akan teringatkan sesuatu sebab masa lagu tu popular ada sesuatu berlaku dalam hidup?

Hmm, kalau aku kan, bila dengar lagu ini dan ini automatik aku teringat 'rasa' yang aku rasa (heh, ayat apa nih?) waktu arwah mak aku meninggal. Aku alami rasa apa ya masa tu? Entah, tak tahu nak gambarkan. Hanya orang yang dah lalui je boleh faham kot? :)

Ha, kebetulan tadi aku google untuk cari review buku yang aku beli petang semalam, tetiba one of the results keluar pulak lirik lagu Reshmonu. Zaappp, terus teringat sesuatu. Haha. Lagu ni mengingatkan sesuatu yang tak best juga, tapi sebab aku suka lagu ni aku rasa nak share kat sini. ;)




Ehem. Rasanya video yang ini versi bahasa Melayu kot?

Leave a comment

Quick update

Okay, oleh kerana dah ada orang tegur kat BBM tadi kenapa menyepi, maka dengan pantasnya aku nak update blog malam nih. Haha.

Alhamdulillah, still alive and kicking. =) Cuma kemalasan semakin bermaharajalela. Yela, dah off-peak period kan? Maka segala tekanan kerja tidaklah dapat dilepaskan kat sini.

Memang pelik. Ada orang bila sibuk memang takkan update blog, tapi aku akan update blog waktu aku tension dengan kerja. Haha.

Actually ada banyakkkk yang nak ditaip, tapi sangat malas. (Haih, berapa kali dah sebut malas nih?). Okay, let me rephrase. Sangat tidak rajin sekarang ni. :P Kan bagus kalau ada software or device yang boleh convert kata-kata ke bentuk teks? (Rasa macam ada kot, sebab pernah nampak Hyun Bin hantar sms tanpa menaip dalam cerita Secret Garden dulu).

Tapi, bila fikir balik kekadang bila dah datang penyakit tak berapa nak rajin ni, semua benda tu jadi tak rajin nak buat. Maka, tak perlulah nak device ke software bagai. Penyakit M tu memang dah ada. Cuma ada masa tertentu aje akan activate. Teehee. :P

Ok dah, enuff of merapuness hari ni. Sebelum tu, nak share gambar ni. Pinjam daripada blog mummy Armand. Teehee.

Betulkah? Kalau betul, malam ni nak mimpikan siapa eh? :P

2 Comments

Wordless Wednesday #9 - You're darn sweet! ;)

#1


#2

The Vampire Diaries, Season 2 Ep.18 : The Last Dance

Posted in | Leave a comment

Mari kita fikirkan

Dalam keadaan malas nak update blog ni tetiba teringatkan satu perbualan yang berlaku 5-6 tahun lepas.

A: Eh, yang kau ni nak kecoh-kecoh kenapa? Suka hati akulah nak buat apa. Besok kalau mati pun kubur masing-masing kan?

B: Aku ni sekadar menegur aje. Memangla bila mati kubur masing-masing. Tapi andai ditakdirkan kubur aku dok sebelah kubur kau, aku pun kena tempias panasnya tau tak?

Bila ingat sekali imbas memang rasa nak tergelak. Tapi bila fikir balik, rasanya macam relevan juga kot?

Pernah tak kita terfikir yang perbuatan kita kat dunia ni akan beri impak juga pada orang lain di 'sana' nanti?

Marilah renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

Leave a comment

Wordless Wednesday #8 - Kad raya lepas habis raya :P

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Posted in | Leave a comment

43 Perkara Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Posted in | 3 Comments

Pelik kan?

Pelik kan?

Masa kerja tengah berlambak, ada je masa nak update blog. Sekarang ni tengah lapang jadi malas nak update blog. Huhu.

Bukan apa, lately internet connection kat rumah ni macam %^$*& sikit. Haha. Macam malam tadi, nyaris aku nak hempas router tuh ke luar rumah. Mujur tak sempat buat. Huh.

Sebenarnya memang dah bercadang nak call TM dah hari ni. Tapi bila baca komen 'Ankel kat status aku malam tadi, memang Streamyx connection tengah ada masalah sekarang. Kebetulan tengahari tadi pun internet connection kat office pun bermasalah. So tak jadilah nak call TM. Aku cuma sempat google cara trouble shooting sendiri if internet connection bermasalah. Konon-kononnya nak try godek sendirilah kalau internet still juga terputus-putus malam ni.

Alih-alih malam ni connection sangat baik. Belum ada tanda-tanda nak disconnect lagi. Cet!
(Tak tahulah lepas ni macam mana kan? :P). Harapnya oklah. Mudah-mudahan.

Haih.

Dulu zaman takde internet, tenang je hidup tak payah nak fikir nak update itu ini.

Dulu zaman takde internet, waktu tidur memang on time dan sentiasa cukup.

Dulu zaman takde internet, ada banyak masa terluang boleh tonton tv, baca buku dan lain-lain.

Sekarang ni bila satu hari takde internet tak senang hidup ya? Haha.

Pelik kannnn? :P

Leave a comment

Wordless Wednesday #7 - Doodle

^_^

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Posted in | Leave a comment

Post-Raya

Biasanya lepas rasa memang akan dipenuhi oleh aktiviti makan-makan. Open house merata di sana - sini. Memang patut pun ada yang merungut berat badan makin naik sekali ganda daripada penurunan berat badan masa bulan puasa. Hehe :P

As usual, setiap tahun memang my colleague akan buat aktiviti beraya sampai lebam ke rumah staf dalam office kami. Ops, bukan semua staf ya? Cuma beberapa sahaja. Yelah, kalau yang duduk rumah bujang tu jenuhla pulak nak menghidang segala untuk menjamu semua orang. Kan dah menyusahkan tu? Jadinya kami cuma beraya ke rumah orang yang sudi menjemput kami beraya je. Erk, kejam pulak bunyi ayat tuh. Huhuh..

Yang bestnya mak bapaklah, meriah je mengutip duit raya anak-anak masa ni. :P

Tahun ni memang pecah tradisi sebab rumah aku jadi rumah pertama persinggahan mereka. Jenuhla bersilat seorang diri menyiapkan apa yang patut semalam dan hasilnya Alhamdulillah ramai yang berpuas hati. =)


IMG00199-20110910-1526

Ni antara tetamu terakhir yang sampai.

IMG00201-20110910-1527

Ni pulak antara tetamu yang terawal sampai.

IMG00200-20110910-1527

Ini sebahagian je. Nanti aku upload gambar ramai-ramai. Fuh, penuh rumah. Meriah! =)

Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang sudi bertandang. Maaf kalau ada yang terkurang di sana-sini. Biasalah, tahun ni jadi host solo. Tu yang kelam kabut sikit. Tahun lepas kakak ku ada sebagai back up. Hehe. Harap jangan serik ya? =)

2 Comments

Mengurangkan emo

Hmm, since baca buku asyik buat aku rasa emo je, so petang tadi explore bookstore jumpalah komik ni. Lama dah tak beli komik PTS ni. (Sarina, dalam ni ada Twinx Ramadhan. Marilah beli. :P)

Bila fikir-fikir balik, aku rasa ada betulnya apa yang kawan aku cakap masa sembang-sembang hari tu;

- Masa kita berumur awal 20-an dulu, memang semua nampak yang indah-indah je. Semua nampak warna warni . I mean, masa tu semua dok fasa bercinta, tak nampak lagi fasa thunderstorm, hurricane or even tsunami yang betul-betul menunjukkan reality of life depan mata.

- So bila masuk umur 30-an ni dah nampak pelbagai contoh sebenar from reality of life. Yang menambahkan rasa trauma orang macam aku ni. Huh. Hakikat rainbows and sunshine tu semua bukan untuk kita lagi dah. Haha.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Fairy tale don't always have a happy ending kan? :P

So bila aku baca buku yang memang boleh relate dengan reality of life (which is kebanyakannya terjadi di sekeliling aku sekarang ni) aku jadi emo dan sakit hati. Maka untuk mengelak rasa sakit hati tu, marilah kita baca komik bersama-sama. ;)

Jom relaks sambil baca komik!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

My Raya :P

check in2

check in1

*Kronologi sebenarnya dari bawah ke atas.

Raya yang tak berapa nak raya tahun ni. (Macamlah tahun sebelum ni beraya sakan. :P)

Seperti biasa, raya ketiga memang dah selamat balik JB.

Usual routine;

- Ziarah kubur arwah mak + abah.
- Beraya rumah makcik - catching up cerita untuk setahun dengan sedara mara. Haha.
- Beraya rumah kawan-kawan , but sadly tahun ni manage to beraya dua buah rumah sahaja sebab semua orang tak habis beraya rumah mertua @ kampung masing-masing. Artis pun tak balik kampung beraya tahun ni. Lupa daratan dah kot? Ehem! :P
- Petang raya ketiga dah selamat sampai JB semula.

So, mana-mana individu yang tak sempat jumpa tahun ni harap maaf bebanyak. Ada umur insya Allah kita jumpa lain kali. =)

Untuk mereka yang sms ucap Selamat Hari Raya, terima kasih juga diucapkan. Really appreciate that. Maaf sebab tak dapat nak reply satu-persatu. Uhuk! :P

Tahun ni tiada gambar raya. Harap maklum. :P

Tak lupa, selamat bekerja untuk yang mula bekerja esok. I'm going to start working on Tuesday, so there's no Monday blues syndrome for me this week. Weehoo~! ^_^

Haih, nampak sangat sindrom malas telah menyerang setelah lama tak update blog. :P

3 Comments

Cuti raya!

Finally! Aku dah pun start cuti semalam. Tapi macam tak cuti pun sebab tetap kena naik office menyudahkan kerja. But yeah, finally it's done. Naik cuti ni nanti mesti menganga tak tau nak start kerja apa. Haha.

Hari ni pun melepak menghabiskan masa kat rumah je. Habiskan kdrama yang dah di'sedut' tapi tak sempat nak ditonton. Pelik. Masa kerja belum siap + tengah tunggu masa nak cuti, macam banyak je benda yang nak dibuat. Dah cuti terus blur. Sempat pulak layan Prince of Persia lagi sekali ni. :P

Ok, back to the main topic.

Sedar tak sedar dah dekat sebulan dah puasa. Insya Allah panjang umur dapatla sambut raya minggu depan. Sedih tapi dalam masa yang sama excited sebab dapat cuti lama. Wee~!

Ouh, and as usual di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan selamat bercuti untuk kamu, kamu dan kamu sekelian. Ampun dan maaf atas semua kekhilafan sama ada disedari atau pun tidak. Buat yang memandu, berhati-hati dan semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Semoga syawal kali ini memberikan kebahagiaan buat kita semua. Amin. ^_^

P/s: Not to forget, thanks for all your well thoughts and wishes for my birthday during last weekend. May Allah bless all of you. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Self Note (4)

Terjumpa ni dalam salah satu email yang nak dilupuskan;

40 Kesilapan ibubapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Wallahu'alam. =)

Posted in | Leave a comment

Mengundur 15 hari

Alhamdulillah, dah setengah bulan kita berpuasa. As at today, aku masih lagi berjaya berpuasa penuh. Yeay! ^_^

Tapi yang sedihnya bila dah masuk setengah bulan ni, maknanya tak berapa hari je lagi kita dapat enjoy privillege sepanjang bulan puasa ni. Lagilah tambah sedih bila radio dah start pasang lagu raya ni. Entah kan dapat ke tidak rasa nikmat bulan Ramadhan ni tahun depan? :(

Hmm, apa-apa pun kita enjoy je privillege untuk beberapa hari lagi ni. Moga kita berkesempatan untuk bertemu lagi tahun depan. Aminn. :)

Tadi masa kat surau, aku terdengar perbualan 2 orang makcik. Bukan bertujuan nak membuka aib atau memalukan orang lain. Cuma rasanya boleh jadi peringatan untuk diri sendiri. Lagipun aku rasa conversation diorang sangat comel. :)

Makcik 1 : Eh, hari ni dah start baca doa Qunut kan? Malam ke 16 kan?

Makcik 2 : Hmm, rasanya lah.

Makcik 1 : Masa bila eh baca doa Qunut? Lepas imam baca (surah Al-Fil- rakaat ke 8) ke (surah Al-Masad - rakaat ke 20) eh? Tak ingat dah.

Makcik 2: Bukan lepas rakaat terakhir witir tu ke?

Me: (senyum jek)

Seriously aku pun tak sure bila start baca Qunut ni. Aku ingatkan masa 10 malam terakhir. Rupanya malam ke 16. :) Yang aku ingat Qunut memang dibaca masa rakaat terakhir witir.

Biasalah kan, nama pun setahun sekali. Logikla kalau tak ingat pun. :)

Haih, rindulah zaman pergi terawih dengan arwah mak dulu. (Al-Fatihah) T_T

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Down with flu~


Haish. Baru jek berangan nak buat rekod tahun ni. Konon nak berpuasa tanpa sakit. Tanpa demam atau selesema mahu pun batuk. Uhuk!

Tapi siapalah kita nak menidakkan kuasa DIA kan? Walau dah elak minum ais sepanjang bulan puasa ni pun, aku tetap kena sakit tekak. And to make it worse, hari ni dah start bersin pulak. Tertekan oh bila puasa kena selesema nih. :(

Nak buat macam mana kan? Redha ajelah. Sendiri yang salah, hari-hari tak cukup tidur . :-|

So, marilah sama-sama menjaga kesihatan supaya dapat berpuasa dalam keadaan yang selesa. Semoga sentiasa diberikan tahap kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah puasa. Amin..

2 Comments

Siapa kata puasa tak best?

Posted in | Leave a comment

Cuma ada 3 minggu lagi

Alhamdulillah, dah genap seminggu kita berpuasa. Tinggal lagi 3 minggu lagi untuk kita enjoy privillege yang kita akan dapat sepanjang Ramadhan ni. Harapnya dapatla dimanfaatkan semaksimum mungkin ya? :)

Tadi sempatla tonton video pasal Wardina mendidik anaknya berpuasa. Alhamdulillah, kagum sebenarnya dengan usaha dia berkongsi cara pendidikan anak-anak dia lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pendidikan agama ni. Mungkin ada yang kata dia ambik kesempatan dengan title 'selebriti'nya tu. Tapi pada aku, dia berkongsi benda baik untuk semua orang. Tak salah kot? Itu mungkin salah satu cara dia untuk berdakwah dan berkongsi ilmu. Dan mungkin salah satu tanggungjawab sosial juga kan?

Bila tengok video tu tadi rasanya memang betul pun apa yang dikatakan Wardina, nak mendidik anak bersolat dan berpuasa bukan dengan cara paksa. Biarkan anak-anak faham motif dan objektif kenapa dia kena bersolat dan berpuasa. Bukan bersolat dan berpuasa hanya kerana mengikut-ikut. Pengisian dari awal tu yang penting untuk mengelakkan anak-anak terpesong bila besar nanti.

Hmm, lagi satu peringatan untuk diri sendiri ni. :)

Bila fikir-fikir balik, sepatutnya bila bulan puasa time management akan jadi lebih baik sebab tak payah fikir nak breakfast dan lunch tapi aku rasa puasa kali ni aku gagal untuk menguruskan masa dengan baik. Time management memang fail abis. Even balik awal setiap hari pun, quality time yang aku ada setiap hari kurang dari 2 jam. Bawa balik kerja office pun memang tak sempat sentuh. Haih. Macam mana nak cuti kalau kerja tak dapat nak siap nih?

Memangla bos dah bagi approval (walaupun bersyarat), tapi kalau kerja tak siap takkanla aku senang-senang hati je nak cuti kan? Haish. I am not that selfish. :P

Esok dah nak kena menghadap 'orang besar' pulak. Memang makin kurangla masa untuk menyiapkan kerja. Huaaa~! Siapa nak tolong ni? :(


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Emosi atau terlebih sensitif ni?

Aku pun tak tahulah kenapa hari ni jadi terlebih sensitif. Mungkin sebab berpuasa atau memang sekarang ni aku dah berhati tisu juga? Ehem..

Yup aku tau, mungkin bila habis je baca entry ni ada yang akan berkata, "Ala, macam bagus-bagus je. Kahwin pun belum, ada hati nak cerita tentang parenthood segala." Yeah, I admit that. Aku belum berkahwin dan belum ada anak. Tapi tak bermakna aku tak boleh tegur benda yang salah kan?

Oleh kerana memikirkan aku dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang dah bergelar ibu dan bapa, maka aku rasa tak salah kot nak berkongsi tentang cerita ni kat blog. Dan mungkin akan jadi bahan rujukan untuk masa depan sekiranya aku terlupa tentang ini bila aku dah jadi emak nanti. =)

Setiap kali teringat sms Ann petang tadi automatik bergenang air mata bila teringat macam mana budak lelaki berumur 6 tahun menahan lapar selama 2 hari. Boleh bayangkan tak? Aku rasa diri aku sendiri bila tak makan 1 hari pun dah ada rasa macam nak terkam orang bila kena provoke. Ini kan pulak kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Kesian sungguh!

Aku pelik juga kenapa boleh jadi macam tu. Bila cikgunya tanya kenapa tak makan, katanya mak balik lewat. So dia decided untuk makan kat masjid je. Yelah, kebetulan bulan puasa ni kan orang rajin bersedekah makanan. Tapi malangnya sampai kat masjid pun makanan dah habis. Apa yang dia boleh buat cuma minum air je untuk cover rasa lapar tu. Kesian kan? (Aku dah fikir, kenapalah mak dia tergamak biarkan anak kelaparan macam tu? Dia tak teringat ke jerih payah dia mengandungkan budak tu dalam tempoh 9bulan 10 hari tu?)

Then kata Ann, hari ni dia moody kat dalam kelas and end up tidur depan toilet. Siasat punya siasat baru tau yang keluarga budak ni bermasalah. Ayahnya dah bukak branch baru (berkahwin lain), jarang balik rumah. Tapi setiap kali balik asyik bergaduh dan maknya akan menangis. Salah seorang abangnya pulak dah terjebak dengan jenayah juvana. Haih. Kesian bila fikirkan. Nak salahkan siapa bila semua benda ni berlaku?

Bunyi macam drama kan?

Aku rasa memang ini hakikatnya kot. Bila parents bermasalah, mesti anak-anak jadi mangsa. Bosan di rumah sebab parents asyik bergaduh, atau parents dah sibuk bawa haluan masing-masing, mula lah cari hiburan di luar. Kalau jumpa dengan kawan-kawan yang okay, Alhamdulillah. Mungkin pengaruh buruk dapat dikurangkan. Tapi kalau jumpa dengan kawan-kawan yang bawa pengaruh buruk, memang buruklah padahnya. Itu yang jadi penyebab kebanyakan gejala sosial hari ni. (Nauzubillah..)

Pernah dengar tak ada orang kata, anak-anak tu diibaratkan macam kain putih yang menjadi amanah dan tanggungjawab untuk ibu bapa? Ibu bapalah yang patut berperanan mencorak 'rupa' anak-anak tu. Kalau dari awal diberi didikan yang betul, insya Allah perjalanan mereka pun akan 'smooth' la. Kalau tak, memang sebaliknya lah kan? Namun ada juga yang dah diberi pendidikan yang baik tapi masih 'sesat' dalam perjalanan. Mungkin akibat silap perhitungan la tu kot? Hmm..

Bila jadi kes macam ni biasanya memang anak-anakla yang menjadi mangsa kan? Mak dan ayah yang bermasalah, anak yang kena tanggung akibat. Sedih bila teringatkan budak ni tadi. Bukan apa, takut jadi tabu bila dia besar nanti. Silap-silap berdendam dengan mak ayah dia sebab tak hiraukan dia masa sekarang ni. Tapi harapnya taklah. Keadaan masih mampu diselamatkan lagi tu. Mudah-mudahan keluarga mereka berjaya atasi kemelut ni. Amin..

Jadi, kawan-kawanku yang sudah bergelar ibu dan bapa, tolonglah jangan libatkan anak-anak dalam permasalahan orang dewasa ni. Mereka tak bersalah. Seperti yang pernah dipesan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman, apa pun masalah suami isteri, jangan bertengkar depan anak-anak. Buruk akibatnya untuk perkembangan mental anak-anak. (Huh, gaya entry dah macam pakar motivasi dah.) Kita pun tak mau generasi kita nanti jadi generasi yang bermasalah kan? Maka, tolonglah bersama-sama selamatkan generasi anda dulu untuk kebaikan masa depan mereka. =)

P/s : Selingan untuk hari ini ----> sila klik :P

Posted in | 2 Comments

Wordless Wednesday #4

[image credit: here]

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Posted in | Leave a comment

Hari kedua :)

Alhamdulillah, dah masuk hari kedua puasa. Dan kali pertama bangun sahur. Hehe. Siapa yang kenal aku memang taula aku ni bukan jenis yang bangun sahur. Cuma entah, tiba-tiba hari ni nak bangun sahur. :)

Harapnya hari ni tak sakit kepala macam semalam. Sayang bila kena skip terawih sebab sakit kepala. Dahla bukan selalu dapat terawih. Huhuh.

Mujurlah sekarang ni kerja pun dah tak menambun macam sebelum ni. Boleh je balik rumah berlenggang kangkung tanpa extra beg dan bebanan lain. Jadi dapatla bertenang-tenang di bulan puasa ni. :)

Dah lama tak rasa tenang macam ni. Syukur sangat. Kalau tak, memang asyik fikir hal kerja memanjang. Nak buat benda lain pun kadang-kadang rasa macam bersalah sebab kerja tak siap lagi. Haih.

Harap dapat siapkan satu job yang ada dalam tangan ni sebelum cuti (yang belum dapat approval lagi, haha. :P).

Uih, dah subuh. Jom solat! :)

Selamat meneruskan ibadah puasa juga! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! ^_^

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.

- Riwayat Ahmad, An Nasai & Al-Baihaqi.

Selamat menyambut Ramadhan untuk kamu, kamu dan kamu. And have a blessed Ramadhan, everyone! :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Wordless Wednesday #3 - Mandi hujan di pagi Rabu. ^_^

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Posted in | Leave a comment

Takzirah Jumaat #1

Tiba-tiba teringat intipati tazkirah pagi tadi.

Cuba bayangkan eh, kat akhirat nanti tiba-tiba kita ditanya;

Berapa lama masa yang kita spend untuk berblog dalam sehari?

Berapa lama masa kita spend untuk ber'facebook' dalam sehari?

Berapa lama masa yang kita spend untuk ber'tweet' dalam sehari?

Berapa lama masa yang kita spend sehari untuk membaca suratkhabar?

Berapa lama masa yang kita spend sehari untuk menonton tv, menghadap komputer, menonton kdrama?

(Ni memang untuk diri sendiri lah ni)

Dan comparekan dengan soalan ini;

Berapa lama pulak kita spend membaca QURAN dalam sehari?

Huh, malu nak jawab kan sebab kita spend LEBIH banyak masa untuk perkara-perkara di atas berbanding kita spend untuk baca QURAN dalam sehari?

Lumrahla tu kan? Kita lebih cenderung untuk buat perkara-perkara lagha berbanding perkara-perkara baik yang dituntut ni. :)

Tapi Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk perbaiki diri.

Kadang-kadang terfikir, why not instead of buat program membudayakan membaca tu kita buat program membudayakan pembacaan Quran pulak. Barulah seimbang duniawi dan ukhrawi kan?

Eh, sebenarnya dah ada pun kan, cuma kempen tak meluas. Haih.

Tapi takpela, at least kita ingat-mengingati sesama sendiri kan? :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Posted in | Leave a comment

Wordless Wednesday #2


Penat dah nak jawab soalan berulang kali;

"Kenapa maintain no pendafaran lama?"

Salah satu sebabnya adalah kerana ini. Kupon ni valid untuk 3 bulan. Once I've decided to buy my current car, kupon baru je renew. Rugi oh nak burn macam tu je. Maka, maintain la nombor pendaftaran lama itu.

Ada faham? Okay, sila jangan tanya lagi. Terima kasih! =)

Posted in | Leave a comment

Wahai mata, boleh tak postpone rasa mengantuk tu untuk tempoh 2-3 jam lagi?

Sempat la nak layan En. Damon (ceh, apa kes ntah nak juga layan kat tv walhal dah tengok tahun lepas. Cuma tak khatam lagi that season. D'uh!)

Sempatla nak siapkan kerja yang rasanya lama gileeee tertunggak. Yang jadi lama gileeeee tu bukan sebab kurang produktiviti ya? Tapi disebabkan akaun yang macam *#!+@! tuh. Lepas tu the officer pun SANGAT tak membantu. Huh. But finally dah sampai final stage pun. Alhamdulillah. Phew!

Sempatla nak habiskan baca buku. Haish, stok buku melangit sudah. Kekadang terpaksa juga angkut ke office, curi masa lunch hour untuk baca. Itu pun ada hati nak tambah stok buku. Hish. *ketuk kepala sendiri*

And it's almost August. Tapi stok kerja bertimbun lagi oh. Cemana la nak cuti ni? Kena berusaha gigih juga untuk siapkan semua kerja by mid August so that akhir bulan boleh bercuti dan bersambung dengan cuti raya. Weee~! Eh, yang nak excited bagai ni kenapa? Bukan nak balik raya lama pun? :P

Haha. Itulah perasaan orang yang SUSAH nak bercuti bila dapat bercuti okay?

So, sesiapa yang senang dapat approval bercuti tu silalah hargai sebaiknya ya?*sobs*

Adeh, mengantuklaaaa.. Aci tak kalau tongkat mata ni dengan batang mancis? :P

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

15 hari lagi

Sedar tak sedar hari esok dah masuk hari ke 15 bulan Sya'aban. Hmm.. Agak-agak kalau ada yang belum habis ganti puasa tu, cepat-cepatla habiskan ganti puasa ya? Tak berapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan.

Sekejap sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je sambut Ramadhan tahun lepas. Rasa macam baru je pindah rumah. Dah setahun rupanya dok rumah ni. Memang pantas masa berlalu. =)

Biasanya waktu macam ni kalau tawaf shopping complex mesti dah start bersepah dah booth yang jual baju raya dan kurma. Start je puasa, booth kuih raya pun muncul sama. Memang nampak sangat orang kita ni mengejarkan raya berbanding fadhilat yang boleh kita kutip sepanjang Ramadhan ni. Haih.

Memangla objektif Syawal tu untuk meraikan kemenangan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tu. Tapi kalau mengejarkan 'kemenangan' tanpa berusaha sebaiknya pun tak berapa bagus juga kan? =)

Tiba-tiba teringatkan novel Contengan Jalanan. Agaknya berapa ramai yang sanggup backpacking macam Fend dan Chad tu semata-mata untuk merasai suasana 'sebenar' Ramadhan tu eh? Berapa ramai yang sanggup keluar dari kepompong keselesaan semata-mata untuk memperbaiki diri? Dan berapa ramai yang sedar yang hidup kita ni taklah panjang mana pun untuk disia-siakan? (huh, peringatan untuk diri sendiri juga ni)

Harapnya tak terlewat untuk 'tersedar'. Tak payah nak tungguh sampai 12th hour untuk berubah. Dah rugi banyak masa tu. =)

Oh baru teringat. Malam ni dah tukar buku baru dah. Teringat kata-kata ustaz yang conduct tazkirah kat office setiap pagi Jumaat tu,

"Buku amalan kita ni ditukar masa malam ke 15 bulan Sya'aban. Baguskan, awal-awal tukar buku ni mesti buku cantik je. Yelah, lepas tukar buku je dah masuk bulan puasa. Lepas tu tak tahulah macam mana rupanya."

Yela, ibarat macam buku laporan makmal masa zaman sekolah dulu. Awal-awal tahun cantik je. Bila masuk akhir tahun, macam-macam rupa jadinya. Sama juga dengan buku catitan amalan kita tu kan? Entah boleh maintain ke tak suci bersih sampai tahun depan. Itu pun kalau sempat sampai, kalau setakat setakat separuh jalan je? Ish, tak sanggup nak bayangkanlah.

Mudah-mudahan masih sempat nak perbaiki mana-mana yang kurang tu.

Mudah-mudahan masih sempat menyambut dan merasai nikmat Ramadhan tahun ni.

Aminn. =)

3 Comments

Wordless Wednesday #1

P/s: Ann, I think u should read this book too. :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Posted in | Leave a comment

Happy 5th Anniversary!

Adehhhhh, lama sungguh la daku meninggalkan blog ini. Last entry cerita tentang kesihatan yang tak berapa okay. Alhamdulillah dah sihat pun. Cuma selesema je yang degil. Biasanya batuk yang degil. Kali ni selesema pulak yang payah nak pergi. Tak tahulah kenapa.

Okay, aku pun tak sedar rupanya Julai 2011 ni merupakan tahun kelima aku berblog. Hmm. Alhamdulillah. Tak sangka boleh bertahan selama in. Hehe.

Ingat lagi, dulu-dulu (7-8 tahun lepas), Abang Singlet pernah suruh aku create blog. Yela, dia kan otai. Masa selalu berYM dengan dia dulu selalu je suruh aku masuk blog dia. Kiranya akula antara pengunjung setia blog dia dulu tu kot? :P Nak tahu tak apa jawapan aku masa tu? Kalau tak salah macam ni la conversation kami masa tu;

Abang Singlet (AS): Weh, buatla satu blog. Nanti bolehla aku baca aktiviti harian kau.

Me: Uh, malas lah. Buat apa? Bukan ada siapa nak baca pun. Lagi pun macam takde apa nak diceritakan kat situ.

AS: Ala, nanti aku la yang baca.

Me: Tak nak lah. Seganla nak tulis entah apa-apa kat blog.

Haha. Kelakar kan? Masa tu selalu fikir, seganla nak kongsi aktiviti harian sendiri kat blog. Lepas tu selalu fikir takde apa yang nak diceritakan. Bila dah mula berblog ni, ada je yang nak diceritakan. Jadi fakta yang kata takde apa yang nak diceritakan itu sangatlah tidak tepat. :D

Blog pertama kat friendster tu pun tak bertahan lama sebab aku rasa kat situ ramai kawan-kawan yang kenal rapat akan baca apa yang aku tulis. Rasa segan untuk express apa yang dirasa kat situ. Oh, dan juga manusia yang aku kalau boleh tak mahu dia ambil tahu apa-apa pun tentang aku juga berada di situ. Heh. Then barulah create account blogger ni. Dengan pertolongan Brad [terima kasih banyak =)]. So, here we are now. =)

Cuma sampai sekarang ni rasanya kewujudan blog ini hanya diketahui oleh segelintir kawan-kawan sekolah dan ahli keluarga (mungkin, ngeee). Biasa yang jadi pengunjung setia adalah kawan-kawan forum BS dulu. [Terima kasih juga =)]

Being typical me, aku bukanlah seorang yang suka expose myself to public. Segan la. Aku rasa this is the only place yang aku boleh express myself honestly. Tapi masih lagi bertapis okay?

Kalau tiba-tiba ada kawan-kawan yang mengenaliku terjumpa blog ini, Haiiiiii diucapkan (hyper tetiba, hehe). Jangan segan-segan nak tegur kalau ada silap fakta atau kot-kot ada yang terasa ada entry yang terkena batang hidung sendiri. Maaflah kalau ada yang terasa eh? Huhu. Terima kasih banyak sebab sudi singgah. =)

Ceh, bajet popular pulak. :P

Hmm, agaknya berapa lama lagi blog ni akan bernyawa eh? *Wondering*

4 Comments

Sakit itu salah satu nikmat hidup. Alhamdulillah.

Lama dah tak demam. Dan rasanya tak pernah lagi collapse sebab demam lepas abis hadap deadline. Tahun ni merasa. Hehe. Pertama kali demam tahun ni dan pertama kali demam lepas abis deadline. Fuh. Pengalaman tuh. =)

Salah sendiri juga sebenarnya. Dah tau bangun pagi Khamis tu ada tanda-tanda sakit tekak redah juga hujan pergi bank, hantar document client. End up, balik rumah malam tu terus rasa nak tidur bungkus. Haha.

Sungguh pun demam, tetap rasa seronok sebab dapat settlekan kerja on time. Alhamdulillah. =)

Hari Jumaat pun gigih juga nak bekerja. Tapi lepas jam 11 dah tak larat. Call big boss mintak half day. Haha. Walhal boleh je dapat MC kalau gi klinik. Tapi itulah dia. MALAS. Bukan takut makan ubat ye? :P

Hari ni walaupun demam dah kebah tapi rasa sangat malas mau berbuat apa-apa. Tapi kena juga gagahkan diri untuk mengemas. Bilik sendiri pun dah tak berapa nak terurus sebab sibuk kerja aje. Heh. Oleh itu, marilah kita mula mengemas~!

Tapi nak mula dari mana ni? Haila...

4 Comments

Malas mode

Random:

1.
(Dalam kereta dengan 2 orang kawan - baru balik kenduri kahwin)

Kawan 1: Sorang kawan kita dah selamat. Orang belakang ni pulak insya Allah bulan 10 nanti. Kau bulan bila pulak ja?

Me: Aku? Bulan tak nampak lagi. (:P)

Kawan 2: Ala, cakap jela bulan 10 ke, bulan 12 ke tapi tahun tak tahu lagi.

Me: Takmo. Tu dah macam bagi harapan dah tu. (Haha.)


2.
(Sms dengan orang jauh)

Dia: So, ni lepak terus sana la eh?

Me: Ha'ah. Insya Allah esok pagi balik JB. Penatttt oh.

Dia: Ala, naik **** pun penat? Hahaha. Nampak sangat kau TUA dari aku.

Me: Siot. Aku belum 31 okay? Haha. Pastu kenapa mesti nak highlight gak **** tu? Cis! :P

*


*


*


*


Anddddddd last but not least,

*Gambar ihsan dari facebook Abang Singlet. :P

Selamat pengantin baru buat Iza dan Hafidz. Moga dilimpahkan kebahagiaan hingga ke syurga. Aminn.. =)

2 Comments

Sadisss...




Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Chorus:
Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

: Padi - Kasih Tak Sampai

Leave a comment

Hibernate mode

Uish, maaf..maaf..maaf.. Lama betul tak update blog. Bila masuk hibernate mode ni memang sebenarnya tengah tak menang tangan menghadap kerja. Huh..

Sekarang ni pun bila balik rumah, on router pun semata nak download kdrama. Hehe. Itulah ajela pengubat stress sekarang ni.

Sedar tak sedar, bila tengah banyak kerja macam sekarang ni, masa bergerak sangatlah pantas. Rasa macam nak pause je suh berhenti sekejap. Haih.

Macam semalam bebudak trainee pass log book untuk sign, terus buat muka pelik kenapa diorang hantar log book tu awal-awal minggu. Aku boleh suruh diorang hantar hujung minggu ni. Rupanya diorang mintak sign untuk minggu lepas punya job. Walhal minggu sebelum tu memang aku mintak diorang hantar hari Isnin. Wargh, kenapaaaaa boleh tak perasan masa bergerak dengan pantas nih??

Boleh tak tolong berhenti untuk saya tarik nafas sekejap? :(

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Tolonglah faham :(

Aku dah mula rasa menyampah bila ada orang tak reti nak hormat privacy orang lain.

Boleh tak faham yang hari cuti tu hari untuk berehat, bukan hari untuk segala mak-nenek-pertanyaan-yang-berulang-kali-ditanya tu?

Ini bukan merungut, but I think you should respect my privacy. Bukan nak jadi kejam, tapi sepanjang 7 hari dalam seminggu ni rasanya hari Ahad ni ajela waktu yang boleh dipergunakan untuk diri sendiri okay?

Jadi, sila call esok. Sekian, terima kasih. :)

*Luahan dari hati orang yang sedang stress sebab banyak kerja.*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

7 Comments

Pelupusan imej baik

Sedar atau tidak, kita (esp ME) mudah melupuskan imej baik seseorang selepas kita tau ada sesuatu yang buruk telah dilakukan oleh orang yang selama ni sentiasa tunjukkan imej baik tu di depan kita.

Macam susah nak digest bila imej baik tu tiba-tiba dilupuskan oleh sesuatu hal yang memang tak kita sangka. (To tell the truth, I just can't help myself from deleting those 'good images' from my mind right now. Haish...)

Entahla, memanglah kita ni bukan manusia sempurna. Dan memang takde manusia yang sempurna pun dalam dunia ni. Tapi bila orang yang kita nampak 'agak sempurna' dari segala segi tu yang mencemarkan imej baik dia sendiri, kita nak kata apa kan?

Lumrah la kan manusia, memang tak lepas dari kesilapan. Mungkin dia lupa kot, perkara buruk ni walau tutup macam mana pun, suatu hari nanti terbongkar juga. Cuma cepat atau lambat je orang boleh discover.

Hmm, kesian. Bukan pada dia sahaja, tapi untuk semua orang yang terlibat dalam kehidupan dia. Tak fikir agaknya macam mana penerimaan orang yang rapat dengan dia andai kisah ni terbongkar (Ouh, I know, LOTS of people would love to hear this scandalous news :P).

Tapi takpelah, itu aib orang. Mana tau hari ni kita buka aib dia, esok lusa orang lain pulak tolong buka keaiban kita. Dunia ni sentiasa berputar selagi belum kiamat. Jadi, apa-apa yang kita buat tu adalah balasannya.

Kalau hari ni kita buat jahat kat orang, jangan terkejut esok lusa orang lain buat perkara yang sama pulak pada kita.

Aku harap aku masih mampu simpan gambaran imej yang 'tercemar' ni sendiri.

Dan aku juga harap aku boleh restore gambaran 'imej baik' tu dalam kepala dan pemikiran ni macam keadaan asal. Boleh tak agaknya eh?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 Comments

Bertabahlah!

Entah kenapa hari ni rasanya dah berjaya berkali-kali menipu diri sendiri yang hari ni adalah hari Jumaat. Hakikatnya hari ni hari Khamis la dey! -_-"

Ini mungkin sindrom orang nak bercuti awal. Atau sindrom orang yang tak dapat nak bercuti. Sadisss.

Yela, pagi ni singgah office HQ tengok ramai rupanya yang dah bercuti. Ces, sungguh tak aci. I'm already stranded here. Nak cuti sah-sahla tak boleh. Memang nampak sangat pentingkan diri kalau 'sengaja' nak bercuti waktu macam ni. Lagi bila bos dah call petang tadi nak confirmkan boleh tak start audit kat office client next week. Jadi, janganla berangan nak cuti waktu macam ni ha?

Hmm, syukur..syukur.. Masih ada kerja menanti. Kalau takde kerja nanti susah juga kan? =)

So bila dah start list out kerja I was like; omoooooo banyaknya kerja bulan niiiii. Harap-harap boleh siapla semua within this month. Bimbang juga sebenarnya. Tapi pasrah jela. Mudah-mudahan dapat siapkan sebelum deadline. Or else, I'm gonna be DEAD! :P

And all that I need now is some crazy distraction such as err, Dokko Jin sshi? Haha. Serius, mamat ni memang mampu buat kita ketawa hanya dengan riak muka serius dia tu.


Famia kata dalam secene ni ada terselit entiti. Huhuh, tak berani nak tengok ulang kali scene ni. :-S


Wah, cepatla Jumaat. Nak cuti. Memangla cuti hujung minggu je pun. Tapi sekurang-kurangnya dapat juga merehatkan otak daripada hal-hal kerja (Walaupun sebenarnya ada kemungkinan juga kerja-kerja tu dibawa balik. Sobs).

Nak buat macam mana kan, pasrah ajela. Ini jalan hidup yang dipilih. Maka hadapilah ia dengan tabah. Haha. Wish me luck ya? =)

2 Comments

My mini office

Banyak sangat dokumen sampai dalam kereta pun terselit fail. Tak sempat nak angkut naik office. Bukan apa, kadang-kadang tak ingat ada fail kat seat belakang tu. Kadang-kadang bila teringat pulak tangan dah tak mampu nak angkut. Penuh dengan barang sendiri. Maka tersadaila fail-fail tu kat situ.

Ada sesiapa tak nak tolong angkut naik office ni?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Kerna aku tahu engkau tetap indah



Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan...

: Andai Ku Miliki Semalam - Search

Leave a comment

Walking down the memory lane

Sebenarnya masih tak mampu nak tahan senyum lepas baca one of the stories dalam buku ni semalam. Bolehla pulak mamat tu buat song dedication kat radio untuk perempuan yang dia suka. Comel. Sweet. Tapi kalau kena kat diri sendiri memang tak keluar rumah la kot? Hahah..

So disebabkan lagu itulah hari ni aku dok selongkar cd-cd mp3 semata nak mencari lagu-lagu lama dan akhirnya terjumpa pulak lagu Search yang dicari sejak sekian lama. (Sebenarnya dah tak ingat burn kat cd yang mana satu. :P)

This is one of my favourite track since about 16 years ago. Tak percaya? Silalah percaya.

Lagu tu sebenarnya ada cerita sedih. Tapi bukan untuk akulah. Haha. Kalau disclose kat sini karang kot abang aku terbaca naya jek. :P

Entahla apa motif ntah buat entry ni agaknya eh?

Ouh, untuk Makmor inilah, yang status fb tu maksudkan ye? Jangan nak speku yang bukan-bukan. :P

Leave a comment

=(

Dalam keadaan sakit kepala semalam sempat juga capai handphone semata-mata nak Google tentang ni;



And I just realised that I've all these symptoms since looooong time ago.

Makin tua berumur ni makin banyak penyakit yang datang eh? Sigh..

P/s: Terima kasih untuk manusia yang 'tolong' mendatangkan stress itu semalam. :(

2 Comments

Di kala bosan menunggu

Dah bertahun lalu lalang kat sini baru perasan, tower tu dah menyamar jadi pokok. -_-"

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 Comments

Tak suka tapi suka

Okay aku pernah mention yang aku tak suka dia. Tapi aku suka la tengok baju-baju yang dia pakai dalam drama 49 Days ni.

Salah satunya baju yang ini. Gambar takde front close up la. But look nice. Hari tu pernah nampak gambar someone pakai baju macam ni. Kat mana agaknya dia beli eh?


And really love this shirt too. Look soooo nice. Not too fit or too loose to wear. Just nice.

Close up 1

Close up 2


Close up 3

Haih. Sukela. Mana nak cari eh? Kakak Iza, can you please help me? Please..please...please.. *buat muka comel ala-ala Puss In Boots*

2 Comments

Butang suka :')

Kira memang dah ketinggalan sangat dah ni. Orang lain siap ada yang beribu-ribu 'like' sekali post entry (kalah si FT you. Haha). Tapi aku baru je selamat install pagi tadi. Terima kasih la kat Kak Izawati (memang kena panggil kakak untuk dapat diskaun banyak bila shopping nanti. Haha) sebab tolong remind me to put this so-called 'like' button kat blog underground ni.

Jadi, setelah meng'google' cara-caranya, berjaya juga letak butang 'suka' itu di sini. Hehe. Ya, sebelum ni memang malas sebab tak kuasa nak peningkan kepala melayan coding. Tapi sebenarnya senang je bila tau guna fungsi [CTRL+F]. D'uh!

Dannnn, ini buktinya;


Malangnya tak boleh nak preview kat lappy sebab office dah block FB access. Terpaksala preview guna handphone. Alhamdulillah, berjaya juga. =)

Teringin nak letak juga? Bolehhhh. Anda boleh cuba cara-cara seperti yang terdapat di blog ini. Sekiranya tak menjadi, feel free to google it by yourself ya? =)

Leave a comment

Kelebihan bekerja di hari cuti.

Ye, hari ini saya bekerja. Tau, orang kat Rawang tu dah gelak guling-guling sampai Batu Caves dah. Ceh, tu mesti rindu rumah lama tuh. Yelah, orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat tergolek-golek, tak gitu Ama? :P

Ouh, tak payah pelik. Memang ada 3 public holidays yang kami akan bekerja. Hari Wesak ini salah satunya. Nak cuti boleh je, kalau ada keperluan. Tapi daripada melanguk aje duduk rumah baik kerja, ye tak? Haha. Ayat penyedap hati.

Kalau ikutkan sebenarnya kerja di hari cuti ni ada juga kelebihannya. Bukan tak ada langsung. Memanglah bosan nampak orang lain cuti di saat kita sedang bekerja. Tapi, dari sudut positifnya banyak je kelebihan yang kita tak nampak.

Mind you, kelebihan ni hanya terpakai untuk orang yang 'terpaksa' bekerja di hari cuti ye? Bukan untuk yang bekerja sendiri yang memerlukan mereka bekerja setiap hari. Ops! Hehe..

Kalau ikutkan aku lebih suka bekerja di hari cuti ni. Segalanya nampak tenang je. Ada juga beberapa kelebihan yang boleh di 'highlight'kan kat sini;

1. Tak perlu nak menempuh kesesakan jalan raya di pagi hari. Well, as for me, keluar rumah lagi 10 minit nak ke jam 9 pun sempat lagi menyelamatkan punch card daripada bertukar ke warna merah. Yelah, main road sangat lengang. Boleh drift dengan jayanya untuk ke tempat kerja. Haha. Ouh, sila jangan tiru aksi ini tanpa pemantauan profesional ya? :P

2. Nak tapau breakfast dan lunch pun tak perlu berebut. Sebab dah sah-sahla berapa kerat aje yang kerja hari ni kan?

3. Parking space yang lengang. Boleh suka hati nak pilih kotak parking yang dekat dengan pintu masuk. Dan juga tanpa gangguan penguatkuasa MBJB (ni untuk orang yang tak ada kupon parkinglah kan?)

4. Dapat bekerja dalam keadaan bertenang-tenang je sebab tak ada gangguan panggilan telefon tak kiralah daripada bos atau pun client. Memang aman dunia!

Itu jela kot yang aku nampak setakat ni. Lagipun bukan selalu kena kerja waktu public holiday ni. Sesekali aje. Lagipun, cuti-cuti tu semua akan di'compile' untuk dijadikan cuti raya nanti. Jadi, tak payahla nak merungut kalau nak cuti raya lama ye?

Okay, orang kat Rawang tu boleh sambung gelak berguling. Agak-agak boleh sampai Segamat tak kali ni? :P

5 Comments

Warming up :P

Entah kenapa, bila login blogger je rasa nak menaip entry tu terus lenyap. Poof!

Apakah yang telah terjadi ye?

Adakah kesibukan hal dunia ni menyebabkan otak aku jadi tepu lalu malas menaip? Huh, alasan sungguh! :P

Tapi gaya sibuknya kalah sibuk orang yang nak kahwin kat Segamat tu. Kalah juga sibuk CEO kat Rawang tu. Ops! Haha.

Entahla eh? Mungkin Jo Hyun Jae telah berjaya menarik semua semangat menaip entry. Haha. Semua alasan semata. :P

Ouh, got a new crush summore. :P




Handsome kan Chris Hemsworth niiii? *Lap hidung*


Dah-dah. Mari berpijak di dunia nyata. Tinggi sangat tuh. :P

Ouh sebelum terlupa, nak ucap selamat hari guru untuk semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajarku (termasuk juga guru-guru tak formal), rakan-rakan yang bergelar guru atau bakal-bakal guru dan juga sesiapa juga yang bergelar guru. Moga segala ilmu yang dicurahkan bakal melahirkan insan cemerlang di masa depan. (Uhuk, apa ucapan gaya macam nak melobi undi je ni? :P). Dan semoga Allah sentiasa memberkati kalian. Aminn. =)

2 Comments

Doa 12 Pintu Kebaikan

Dapat doa ni dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah masa dengar Sinarfm pagi tadi.


Maksudnya:

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”


Jom kita amalkan! =)

Posted in | Leave a comment

Self note (3)

Jumpa fakta ni masa browsing salah satu e-novel.

‘Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati’.

Hmm, quite confusing right?

Kenapa orang lain yang buat kita kecil hati, then kita pula yang berdosa?

Penerangannya begini;

1. Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

2. Kenapa? Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

3. Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

4. Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

5. Kesimpulannya; jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..

Wallahu'alam...

Perkongsian ilmu dikutip dari sini. Terima kasih. =)

P/s : Lepas ni mudah-mudahan diriku ini tidak mudah berkecil hati. Aminn.. =)

Posted in | Leave a comment

Senyummu juga sedihmu adalah hidupku

Cheesy woh tajuk. Hahah..

Disclaimer : Lagu ini tiada kaitan dengan kehidupan tuan empunya blog ini ya? :P

Leave a comment

I'm spending my two and half days off with...

1. Surveying a new gadget to buy. Hahah. Please refer to my previous entry. :P

2. Melawat kakak yang warded at Hospital Batu Pahat. Hee, actually we (me and my sis) were not going to the hospital pun. Cuma tunggu kepulangan kakak ke rumah. Saja je nak exaggerate. :P But quite a surprise sebab keluar highway je kesesakan sudah menunggu. Haih. Agaknya memang bandar kecil ni dilanda sindrom kesesakan bila cuti panjang.
Jadi, planning untuk pulang ke kampung untuk ikut menghantar rombongan peminangan terbatal dengan sendirinya. Sekian, terima kasih.

3. Menghadiri kenduri kahwin anak salah seorang staf bos (in one of his associate companies). Tak suka bila kena attend kenduri orang yang akan menyebabkan aku akan jadi strangers kat situ. Yela, siapa suruh attend kenduri seorang diri kan? :P

4. Ha, yang ni aku paling kagum. I've already watched 7 eps of Kdrama 49 days. Haha. Selalu nak habiskan satu episod satu hari pun sikit punya payah. Now I got the solution; watch streaming only, tak payah gatal nak download. Kalau download mesti asyik delay je nak tengok. Hopefully dapat habiskan lagi 7 episod sebelum start episod 15 dan 16 minggu ni.



Ouh, suka Encik Han Kang nih. Such a cool guy. (Eleh, sebenarnya most of Kdrama heroes semua lebih kurang macam tu kot? Arrogant yet so cool (or cold?) type of person kan? :P) Tapi dia ni datang dengan pakej SMART sekali. Haha. Nak tau kenapa, kenalah tengok. =]

Tapiiiii watak yang aku paling tak suka (setakat ini lah) si perempuan ni. Shin In Jung. She's such a traitor! Macam mana dia boleh claim diri dia tu as a best friend, tapi dalam masa yang sama dia khianati kawan baik dia? Heh! Eh, teremo pulak. :P

Oh, kalau ada yang blur, nak tau macam mana jalan ceritanya, bolehla layan drama series ni kat mysoju ataupun dramacrazy. And it's free for sure. :P

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.