Zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu -_-"

Rasanya dalam 2 ke 3 minggu ni memang kecoh tentang sms 'ayah mintak tolong top-up handphone'.

Memula aku baca tentang ni kat status fb Puan Anuey. Lepas tu terbaca pulak tentang ni kat blog Amirez.

Finally, pagi ni sms ni masuk kat inbox aku.

Tu yang buat aku confuse. Nak ketawa ke nak menangis?

Aku rasa nak ketawa sebab kebodohan manusia ni nak menipu orang lain tanpa menyedari bapa orang yang nak ditipu tu berada di mana. Entah-entah masa dia hantar sms tu, bapa penerima sms tu betul-betul ada depan mata si penerima sms. Sah kantoi di situ.

Aku rasa nak menangis sebab, ayah aku dah meninggal dunia. Takkan la orang yang dah dikebumikan berpuluh tahun boleh hantar sms mintak anak top up handphone. Agak-agaklah weih!

Siapa punya kerja agaknya ni ya? Kalau ye pun, nak mintak tolong menipu kami warga tempatan ni, ubahla dulu gaya bahasa sms tu. Dah sah-sahla ayat tu bukan ayat orang tempatan. Ingat kami nak percaya?? Tak tahulah kalau ada juga yang tertipu.. -_-"

Oh btw, I'm calling my dad abah, bukan ayah. Sekali lagi kantoi di situ.

To the sender, anda tidak berjaya. Silalah cari hasil pendapatan daripada sumber yang halal ye? Jangan fikir nak senang dengan cara mudah aje.

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.