Sudah jadi ejen ke?

1

Masa : Beberapa minggu lepas

Lokasi: Dalam panggung wayang


Situasi : Panggilan telefon.


Dia: Hello, kak. Nak tanya sikit boleh?

Me: (Tengah blur) Huh, siapa ni?

Dia: Saya ni (Sebut nama - aku tak ingat siapa). Nak tanya pasal kerja kosong kat kedai akak tu, ada lagi tak?

Me: (Masih blur) Huh? Kerja Kosong? (Sambil dalam kepala fikir, bos ada iklankan vacancy ke baru-baru ni?)

Dia: Ha'ah kerja kosong kat kedai makan. Sebelah kedai akak tu.

Me: (That's it! Bila masa pulak aku ada bukak kedai ni? Rupanya orang ini sudah salah nombor.) Oh, awak salah nombor ni rasanya. Saya tak tau pulak ada kerja kosong kat memana ni.

Dia: Oh, ok. (Terus letak phone)


2

Masa : Petang semalam

Lokasi: 7 eleven berhampiran office.


Situasi : Perbualan dengan adik cashier yang comel.


(Pelik juga bila adik tu ajak 'perempuan yang tak berapa peramah by default' ni berbual).

Dia: Dari mana ni kak? (Agaknya pelik tengok aku bawa purse + handphone + other stuffs - tanpa handbag)

Me: (Terkejut) Huh?

Dia: Oh, akak kerja sini eh? Akak kerja kat mana?

Me: Ha'ah. Office akak kat atas Y**** tu.

Dia: Oh, ada kerja kosong kerani tak kak?

Me: (Duh! Lagi sekali??) Huh? Kenapa? Tengah cari kerja lain ke?

Dia: Ha'ahla kak. Kerja ni bla..bla..bla..bla.. tak syok. Nak kerja kerani. Kerja ni bla..bla..bla..bosan. Tak suka kerja shift.

Me: (Duh, budak-budak sekarang! Nak je cakap - kerja yang nampak selesa ni tak semestinya best dik oii..) Ooo, takpe dik. Nanti kalau ada akak inform eh?

(Siap bayar terus keluar tanpa menoleh lagi. Haha.)


Agaknya kan kalau kali ketiga orang tanya pasal kerja kosong ni patut ke aku bukak agensi pekerjaan?blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Sudah jadi ejen ke?

  1. kak...
    kampeni akak ade nk cr engineer x :P

    ReplyDelete
  2. engineer takde dik, tapi technician toilet ade. maw? :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.