Saya sempurna bila...

Oleh kerana hari ini adalah hari zero-internet buat saya, maka gigihla menaip entry ni kat notepad handphone ni. Ceh, mengada. Itu pun nak bagitau.

Hmm, sebenarnya semalam pihak admin Zero Negativity Day ada buat permintaan untuk buat entry tentang 'Saya sempurna bila...'. Jadi untuk tidak menghampakan harapan kamu, kamu, kamu dan kamu, maka saya ingin berkongsi rasa kesempurnaan hidup saya. Saya rasa saya sempurna bila;

1. dapat menghirup udara pagi yang nyaman. (As if la kan, dapat hirup udara segar dan nyaman kat bandar ni...)

2. berjaya menyempurnakan kewajipan harian saya.

3. berjaya menyiapkan kerja atau tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

4. dapat berkumpul bersama ahli keluarga - tak kira apa ocassion sekalipun and spend some quality time with them. :) Yela, bila masing-masing dah berkeluarga @ berkomitmen, bukan senang nak kumpul beramai-ramai sekaligus tu weh..

5. dapat spend some quality time for myself - shopping ke, bersantai sambil membaca ke, it quite good enough for me though. ;)

6. dapat jumpa kawan-kawan lama, tak kira lah kawan sekolah rendah @ menengah @ uni sekalipun. Rasa sempurna sebab berjaya memanjangkan silatulrahim. Tak gitu? ;)

7. dapat menahan diri daripada mengeluarkan amarah sesuka hati. Bukan apa, nanti bila dah marah orang barulah rasa menyesal. Bak kata bijak pandai, terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata buruk padahnya ya?

8. bila dapat menyudahkan entry yang ni. Haha, boleh??? :P

Rasa macam banyak dalam kepala tadi. Tapi bila dah taip rasa macam sikit pulak. Hoho. Macam mana tu?

Fyi, entri ini adalah entri suka-suka dan ia tidak berantai, tetapi sekiranya anda berminat untuk meneruskannya, dipersilakan dan jangan malu untuk share link entri anda di fan page Zero Negativity Day ya?

Have a nice day, people! ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.