Oh, tolonglah sabarkan saya. Ada rasa nak marah ni. Tapi bukan rasa nak marah pada bos yang dah berjaya membebel banyak-banyak tadi, tapi pada orang yang tak tahu nak bersyukur.

Kenapa? Sebab setelah banyak privillege yang diberi, mereka tak pandai nak menggunakan sebaik-baiknya kelebihan yang diberi. Haih..

Lepas tu bila ada tambahan tugas, dan diberi lebihan 'lecture' masing-masing mulalah merungut.

Ye, aku faham. Aku pernah berada di 'kedudukan' itu. Tapi cuba sesekali kita 'cuba duduk dalam kasut bos' atau dengan kata mudahnya, cuba kita letakkan diri kita dalam kedudukan orang atasan yang bagi kita arahan tu.

Tak semestinya arahan yang kita nampak menyusahkan tu, sebenarnya menyusahkan kita. (Oih, ayat apa ni?)Mungkin dia pun ada alasannya kenapa dia buat macam tu. Lagipun mentaliti orang berniaga ni bukan sama dengan mentaliti orang yang makan gaji ni.

Kalau tak percaya, cuba tanya orang yang berniaga. Mesti jawapan dia sama dengan jawapan aku tadi.

Memang betul la kan, kita akan lebih menghargai kesenangan yang kita usahakan sampai berjaya berbanding kesenangan yang datang bergolek depan mata.

Bila senang dapat, senang juga kita nak ignore kan? Heh..

Wahai pelangi, boleh tak muncul sekali lagi petang ni? Mana tau kot-kot boleh jumpa leprechauns atau pun unicorn?

Oh anyone, humor me pleaseeeee...

P/s: Ops, sebelum terlupa, Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 ya? Moga dikurniakan segala yang terbaik untuk tahun yang akan datang. Amin...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to

  1. aiceh! update blog gune bb la wei!!

    ReplyDelete
  2. Hahahah..Sekarang aku rasa cam mana susah nya jadi bos..Lepas tu dapat lak staf yang spesis yang tak nak dengar kata..Bos is always rite la weiii..Sumpah stress!!

    ReplyDelete
  3. Noey:
    Kaedah mudah bila ada yang nak diupdate + malas nak on komputer + login blogger. Haha. Mau belajar? :D

    p/s: bila maw bagi pin no ni? nanti boleh saya ajar kaedah blogging cara 'malas' ni. Haha. Penting ni untuk masa awak cuti bersalin nanti. :P

    Makmor:
    huwaaaa, tau xpe. tensi bila kena jadi orang perantaraan bos ni. kekadang bukan salah kita pun kita yang dipersalahkan. tu tak kira yang suka ambik kesempatan lagi. memang hidup dalam dilema la. huwaaa~

    masa memula aku dok kerusi tu kan asyik sakit je sebab stress. Haha. Tapi lelama ok je. Aku harap kau pun macam tu juga nanti. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.