Mumbling

Rasa macam dah lama tak jumpa bos. Petang tadi barulah dapat jumpa dan bersembang kosong dengan dia setelah sekian lama kami tak jumpa. Ceh, gaya penceritaan macam lokasi kedudukan tu jauh sangat. Tapi memang jauh la kot kalau berjalan kaki. =P

Entah eh, kadang-kadang aku rasa walau marah atau bengang sekali pun dengan dia, aku tak boleh nak simpan rasa marah tu lama. Bila jumpa automatik akan jadi ok. Hmm, wonder ilmu apa yang dia pakai sampai aku tak boleh nak simpan rasa marah tu dalam tempoh yang lama.

Oh, janganla bos terjumpa blog ni. *pray*pray*pray*

Tadi dia kata banyak hal yang perlu diupdate and seems like he needs my help. Tapi aku malas nak offer. Haha. Kejam kan? Bukan apa, banyakkkkk hal dan kerja aku sendiri yang belum diurus. Sibuk pulak nak menguruskan hal orang lain. Sangatlah tak efisyen okeh?

Tak tahulah apa motif belajar paper management kat uni tapi hidup sendiri tak berapa nak terurus. Heh.

*****
Ok, tiba-tiba terfikirkan ni. Pernah tak terjadi dalam hidup kalian, bila tengah bersedih atau rasa down sebab something, tiba-tiba seseorang yang rapat dengan kita datang menghulurkan kata-kata semangat, walhal dia tak tahu pun kita sebenarnya dilanda kemurungan disebabkan perkara di atas. Haih, tunggang terbalik dah ayat itu. Teehee.

Kalau adalah dikalangan kawan-kawan kita macam tu memang sangat beruntung. Dan sayalah orang yang sangat beruntung itu. Alhamdulillah.

Terima kasih buat kawan-kawan yang prihatin, walau hanya dengan pertanyaan mudah, 'Are you ok?', sebenarnya ia membawa makna yang besar kepada orang yang ditanya tu.


Terima kasih juga buat yang meminjamkan kata-kata ini hari ini. It really means a lot to me. =)

Bersyukur sangat kan dikelilingi manusia penyayang dan prihatin ni? Alhamdulillah.. (^_^)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.