Baru vs Baharu

Perasan tak, kebanyakan dari kita memang jarang menggunakan kemudahan yang ada. Termasukla aku sendiri. Huhu.

Sebenarnya dah lama nak cari apa beza antara perkataan baru dengan baharu tu. Selalu sangat jumpa dalam buku, jadi aku nak tau la kat mana sebenarnya tempat atau ayat paling tepat untuk penggunaan perkataan baru dan baharu tu.

Jadi lepas gigih meng 'google' maka jumpalah penerangan tu di sini. See? Betul kan? Kita (read: Saya) jarang menggunakan kemudahan teknologi sekarang ni. Haih..



Apa yang dapat aku simpulkan di sini;

1) Baharu - untuk penggunaan kata adjektif atau kata sifat.
Contohnya : Ainun telah membeli baju baharu di pasar malam.

2) Baru - untuk kata bantu
Contohnya:
i) Ainun baru tiba di pasar malam.
ii) Ainun telah berjaya menurunkan berat badannya baru-baru ini.

Terima kasih Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP). kenyit

Oh, sambil mencari tu sempat juga explore apa yang ada di situ. Dan apa yang aku jumpa sangat mengujakan.


DBP ada keluarkan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu dalam bentuk fail pdf. Boleh download terus dari sana.

Hmm, tapi aku musykil. Kenapa masih ramai lagi yang suka taip sms menggunakan bahasa alien yang susah difahami. Or am I too old to understand that?

FYI bahasa alien adalah bahasa bowdark budak-budak zaman sekarang yunk sukeww yang suka menaip dengan tambahan abjad kesukaan mereka. Mungkin mereka rasa 'cool' bila menaip macam tu (konon). Cool ke kalau orang susah nak baca? Ouch!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Baru vs Baharu

  1. saya pun x paham kak siti nowadays nyer sms..ntah mana dtang words diaorang ntah.. so, u r not too old to understand, coz i didn't understand it too. n i am not old. :D

    ReplyDelete
  2. yup.. you're too old for those kind of words...

    *larikkk..*

    ReplyDelete
  3. Noey:
    hahaha. ye, kita belum tua lagi untuk semua itu. Eh, ada juga tau orang sebaya kita mengeja macam tu. Kekadang terfikir jugak, kesian cikgu BM diorang kan? Penat2 mengajar, macam tu jadinya. Hehe.. :P

    Archiq:
    Premis 1: I am too old for those kind of words.

    Premis 2: You and me = same age.

    Premis 3 : You're too old too.

    LOL! :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.