Are we ready to go?


Ramai orang sibuk perkatakan tahun baru 2011 yang bakal menjelang dalam tempoh tak sampai sebulan lagi.

Tapi berapa ramai yang aware sebenarnya kita cuma ada lebih kurang 5 hari aje lagi untuk ke tahun 1432 Hijrah? Hmm..

Ada yang kata umat Nabi Muhammad S.A.W. ni akan hidup dimuka bumi setakat 1500 tahun sahaja. Heh, ye ke? Wallahu'alam. Hanya yang Empunya alam ni sahaja yang ada jawapannya. Tak kisahla berapa lama kita hidup pun, janji kehidupan yang kita lalui ni dimanfaatkan sebaiknya. Dan jangan lupa kumpul saham banyak-banyak untuk ke 'sana' nanti.

Tapi agaknya, banyak mana kebaikan yang kita dah buat dan saham yang kita dah kumpul setakat setahun ni?

Kalau aku, harapnya kebaikan yang aku dah lakukan tu adalah kebaikan yang aku sendiri tak sedar aku dah buat. Sebabnya, tak perlulah nak rasa riak dengan apa yang kita dah buat. Bila dah riak, akan jadi tak ikhlas. Saham pun jadi berkurang.

Berapa banyak pulak azam tahun 2010 yang dah tercapai?

Yang belum tercapai pulak berapa banyak? Hmm..

As for me, aku tak rajin nak berazam segala. I live my life as it is. Cuma adalah perancangan sendiri. Tapi takdelah sampai everything must be done within time given. Aku tak suka mengharap. Kalau berharap sangat, then bila apa yang diharapkan tak menjadi, nanti boleh mendatangkan kesedihan berpanjangan. Hehe. So, let it go with the flow. Tak payah nak fikir sangat. @jelir

Yang penting, hidup mesti diteruskan no matter what it takes kan?

Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua. Moga tahun baru ni bakal memberi semangat baru dan beribu kebaikan buat kita. @senyum

Errr wait, 1432 minus 1400 equals to 32 right? Erk! Boleh tak kalau nak terbalikkan jadi 23?blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.