Ujian tu tanda ingatan

Alhamdulillah. Tuan punya blog sedang dilanda dugaan kesihatan. Batuk yang agak teruk sampai effect ke kepala. Entah kenapa. Adakah itu salah satu petanda untuk bercuti panjang lagi? Teehee..

Yela, annual leave ada 12 hari lagi tau?

Tapi memang aku sekarang ni dikelilingi oleh orang-orang sakit. Terbaru ni, one of my colleague disyaki kena denggi. Haih. Fobia sungguh bila sebut suspect denggi ni. Aku pernah lalui dulu. Walaupun dah lama, tapi fobia tu masih ada. Memula kena demam yang teruk, sampai nak bangun pun tak larat. Then, bila kebah, demam tu berulang-ulang. Konon malas nak ke klinik, tapi bila dah naik bintik merah kat badan terus cuak. Barulah nak kelam kabut ke klinik. End up doktor tu advice suruh ke hospital aje malam tu.

Oleh kerana kedegilan aku yang tak nak tidur wad, malam tu aku cuma banyakkan minum air masak atas nasihat abang aku. Oh, abang aku dah ada pengalaman menghadap anak-anak dia kena denggi sebelum tu. Jadi, adik dia yang baik ni pun ikutlah saranan abangnya itu.

Keesokan harinya barulah ke hospital. Terima kasihlah kat abang aku dan kawannya yang handsome tu sebab bersusah payah menghantar adiknya yang degil ni ke hospital. Sampai hospital, setelah melalui prosedur yang bermacam-macam tu kena cek darah la pulak. Adeh. Dahla susah nak cari urat tuh. Sampai 2-3 tempat kena cucuk okay? Manala aku ni tak fobia? Haih..

Mujurlah setiap kali ujian darah tu kadar platlet darah masih dalam keadaan yang tak membimbangkan. Alhamdulillah. Berkat kena leter dek adik-beradik dan big bos yang prihatin tu, aku banyakkan minum air masak dan 100 Plus. So, tak sempat nak melarat!

Kesetiaan aku dengan Hospital Sultanah Aminah tu cuma bertahan 3 hari je. Haha. Fobia weh nak kena cucuk lengan tu. Ingat tak sakit ke? Tapi Alhamdulillah, lepas tu kesihatan makin bertambah baik. Cuma berat je yang menurun sampai 3kg. Oh, belum boleh lawan rekod 5kg masa kena chicken pox dulu. Heh.

Cuma bila dah pernah kena macam ni aku memang fobia bila kena demam. Kalau setakat selesema atau batuk tu boleh bertahan lagi kedegilan untuk jumpa doktor tu. Tapi bila demam, memang doktor dan klinik boleh jadi sahabat karib. Teehee..

So, untuk anda sekelian, jagalah kesihatan tu. Di musim cuaca yang tak menentu ni memang banyak penyakit yang singgah. Moga terhindar daripada penyakit yang berbahaya. Amin..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.