Your life, your choice..

Ok, sebenarnya kepala dah bercelaru dengan pelbagai fakta. Tu sebab dah lama tak update blog (alasan..).

Kenapa bercelaru? Sebab sedang berusaha menapis fakta-fakta supaya tak terpesong dari landasan yang betul.

Sebenarnya lepas baca blog Iza pasal Freemason dan illuminati tu, tanganku pun gatal la klik ke blog The Other Khairul ni and end up kat satu blog yang si Khairul ni hyperlink kan - ada topik tentang dunia akhir zaman. Kalau sesiapa yang perasan, video ni banyak di share di facebook kebelakangan ini.

Lepas tu ada terbaca notes kat facebook tentang planet Nibiru yang dikatakan akan melintasi bumi somewhere around 2012. Konon dunia bakal kiamat tak berapa lama lepas tu. Haih. Bukan aku tak percaya hari kiamat. Hish, kan salah satu daripada rukun Iman tu? Tapi kita kena ingatla kan, siapa yang lebih berkuasa? Kiamat tu tetap akan berlaku. Sama ada cepat atau pun lambat. Cuma bila ia akan berlaku tu, bukanlah kita yang menentukannya. Tak perlu la nak speculate kiamat akan berlaku lagi beberapa tahun ke ape ke? Semua tu bukan dalam bidang kuasa kita pun..

Hmm, daripada kita fikir bila Dajjal nak keluar, bila nak berlakunya kiamat, baiklah kita upgrade amal ibadah kita. Tambah mana yang kurang. Perbaiki mana yang dah koyak rabak tuh. Mudah-mudahan kita terhidar daripada fitnah si Dajjal itu. Amin...

Bukan apa, kekadang aku jadi pelik dengan manusia yang mudah terpengaruh dengan forwarded emails sampai nak suruh orang lain forward kepada orang lain. Dah macam surat berantai jadinya. Teringat pulak pasal surat berantai yang dari penjaga makam Rasulullah masa zaman sekolah dulu - kalau tak buat salinan, akan ada kecelakaan kepada diri sendiri atau ahli keluarga. Eh, siapa awak yang nak tentukan apa yang akan jadi kepada saya bila saya tak fotokopi surat tu? Adoi, memang boleh terpesong akidah jadinya. Hish, nauzubillah..

Then, skrol punya skrol lagi terjumpa pulak iklan ni kat youtube. Cuba bayangkan kalau kita berada kat tempat mangsa-mangsa kemalangan itu. Mudah-mudahan kita semua masih belum terlewat untuk upgrade amal ibadah kita. Amin..



Nota: Ini bukan entri edisi tunjuk pandai yek, but just my 2cents. Heh. Kang tak pepasal ada yang simbah cat pulak depan rumah ni nanti. blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.