Pelik sangat ke?


This was my experience this afternoon. Yela, apalah salahnya kan sesekali melepak kat sebelah gelanggang bola keranjang kat Segamat tu sambil mengenang sejarah lama sementara menunggu urusan kat pejabat kerajaan tu selesai. Bukan lama pun. Sejam aje. 1 jam ok?

Since takde hati pun nak shopping-shopping, so I decided to spend my time reading a book. Nak lepak kat gazebo dataran tu pun kawasannya tak berapa redup. So, the best choice is kat tepi gelanggang bola keranjang tu. Selain redup dan boleh bersila, tempat itu sangatlah strategik untuk membaca.

Tapi...

Bukan boleh membaca dengan aman pun. Rasanya kalau buat buat analisis, dalam 5 buah kereta atau kenderaan yang lalu, 3 buah kenderaan tu akan tekan hon. Kenapa? Pelik sangat ke bila nampak orang membaca kat tepi jalan? Haih..

Agaknya memang mentaliti masyarakat Malaysia macam ni kot. Memang bukan semua berfikiran macam tu. Tapi kalau pun nampak pelik, tak payah la nak memandang pelik perkara macam tu. Bukan buat maksiat pun. Haila..

Pernah dengar petikan kata-kata, "Sebuah buku merupakan empat penjuru alam, sesiapa yang tidak membaca seperti tidak pernah mengembara."

Memang betul pun. Kadang-kala, tak payah berjalan jauh pun kita boleh bayangkan keindahan tempat yang digambarkan dalam buku yang kita baca.

So, tak payahla nak pandang pelik dan jelik kat orang yang suka membaca kat memana ni eh? Daripada mengumpat orang berbual perkara-perkara yang tak berfaedah, baiklah membaca buku. Betul tak?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.