Not so friendly by default

Minggu lepas sempatla singgah supermarket untuk beli hadiah for newborn baby. Haih, kawan-kawan aku ni dah berpakat ramai-ramai agaknya bersalin hujung tahun ni. Hehe..

Then, macam biasa lepas pilih apa yang berkenan untuk diberi kepada si comel, aku pun pergi bayar. Melihatkan kedua-dua hadiah yang aku nak bayar tu berwarna pink, cashier tu pun ramah bertanya;

Cashier: Ni mesti baby girl kan?

Me: Ha'ah. Memang musim kot? Ramai yang bersalin baby girl sekarang ni.

Cashier: Ha'ah. Kekadang memang macam tu. Kawan-kawan yang kerja kat sini pun bila bersalin, kalau yang keluar tu lelaki, lelaki je. Bila turn perempuan, perempuan je semua.

Me: Itula, ni 3 orang kawan yang bersalin, semua dapat baby girl.

Cashier: Hehe, lepas tu mesti nama nak letak dekat-dekat kan? Sampai kita ni kadang-kadang boleh jadi confuse nak kenal anak-anak diorang.

Me: Ha'ah. Kadang-kadang macam trend pulak, bila letak 1 nama, semua orang nak letak nama itu jugak. Penyudahnya kita yang confuse. Hehe..

Lepas dah siap bayar semua tetiba aku terfikir, "Eh, macam mana aku yang not-so-friendly by default ni boleh beramah mesra macam tu sekali?" Hmm..hmm.. Confuse tak?

Sebenarnya kalau ada topik yang boleh dibualkan ok je kot nak jadi peramah sekali sekala...@senyum

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.