A new gadget in da house

Weee~ Finally dapat jugak gadget yang diidamkan setelah sekian lama. Biasala, orang yang tak kaya tak berapa nak ada duit macam aku ni kenala kumpul duit RM 1 sehari barula dapat beli gadget nih. Tsk..

Tapi, apa ada hal, janji dah dapat kan? Alhamdulillah...@senyum


Terima kasih untuk adikku yang ber'shopping spree' kat seberang tambak kelmarin sebab sudi nak tolong belikan Ipod touch nih. I'm still on my grinning face and tak bukak lagi pun box tuh semalam. @sengihnampakgigi

Apaaaa? Kenapa sampai kena seberang tambak untuk beli gadget ni? Ye, aku tau. Kat sini pun ada.. Tapiiii, kalau kita boleh dapat a good bargain kat sana, why not? Harga sebiji gadget ni kat sini adalah bersamaan dengan harga 1 gadget + beberapa aksesori kat sana. See?


Ni aksesori yang adik aku siap belikan sekali. Screen guard, mini speaker (apple putih tuh), cable organiser dan juga ipod cover. Cis, dahla warna pink. Dia ingat kakak dia ni obses pink ke? Ish, bersyukur, orang dah tolong belikan. Semua sekali tak sampai SGD50 ok? Kalau kat sini? Huh, jangan harap.

Eh, eh. Jangan kata aku tak sokong produk Malaysia pulak. Aku sokong. Banyak je produk Malaysia yang aku beli. Cuma nak buat macam mana bila Apple ni dah jadi idaman hati? kan? kan?


My next target will be Blackberry Torch. Tak ada sesiapa ke nak bagi advance birthday gift untuk tahun depan? Ceh, bajet macam Rizalman Ibrahim orang nak bagi Iphone, BB segala. Haha..

Nak kena kumpul duit RM5 sehari pulak nampak gayanya ni. Berusahalah!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to A new gadget in da house

  1. ep!!! duit utk tgk ery poter dh kumpol lom..hahaha

    ReplyDelete
  2. iNa:
    Korek tabung je nanti.. :P

    Noey:
    Wah, sokongan padu. Hehe. Tgh berusaha la nih.. :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.