Learning how to filter your mind

Aku selalu terfikir kalau terjumpa status yang agak sentap di facebook atau twitter, mereka yang tulis status sebegitu tak risau ke ada orang yang bakal terasa dengan apa yang diluahkan tu. Yela, mungkin apa yang di tulis itu ditujukan untuk orang lain, tapi orang lain pun mungkin tersentap sama.

And then, I came across this blogpost by justkhai. Sedikit petikan dari entri ini;

Source: www.justkhai.com

Aku terbayangkan kalau tiba-tiba aku terbuang tabiat tertulis status yang agak-agak sentap andaikata aku sakit hati bila ada orang ambil barang aku tanpa keizinan aku malam tadi. Dah tentulah orang yang dalam rumah aku boleh agak aku marah dengan siapa. Lepas tu mesti komen-komen yang panjang berjela daripada ahli keluarga aku. Sampai bergaduh-gaduh. Adeh, tak ke sengal namanya tu?

Dan aku juga pernah terserempak 'drama sebabak' seorang perempuan muda yang bergaduh dengan boyfriend menulis status dalam keadaan marah. Yeah, we tend to hurt others when we mad, kan? Tapi, tak perlulah nak marah sampai macam tu sekali. Ok, fikir baik-baik. Bila kita tulis status sebegitu, berapa ramai kawan-kawan yang akan menyabarkan kita? Berapa ramai pulak yang akan 'membakar' kita dengan kata-kata cabaran supaya kita keluar daripada kemelut itu?

Ala, cari lain aje. Satu pergi sepuluh mari - Kawan 1

Sabar ajela, dugaan je semua tu - Kawan 2


Babe, what's up? Mind to share? - Kawan 3


Kan aku dah kata dulu, dia tu tak boleh percaya. - Kawan 4


Cari lain sudah~ - Kawan 5


Hmm.. Apa tujuan dia tulis status sebegitu? Nak perhatian? Nak berdrama? Atau sekadar nak meluah rasa? Wallahu'alam..

Memang betul, itu dinding facebook kamu. Tapi kadangkala kita perlu jugak belajar how to filter whatever thoughts crossing your mind. Fikir sebaik-baiknya sebelum post sesuatu di facebook, twitter or what-so-ever social networking yang kamu ada. Silap perhitungan boleh membawa petaka kepada diri sendiri. Masih ingat lagi kes penghinaan ke atas almarhum Sultan Johor? Kes Famous Amous? Itulah bahana tak berfikir panjang sebelum menulis sesuatu.

Tak salah nak meluah apa yang kita rasa, tapi lebih baik sekiranya kita berfikir sebelum melakukan sesuatu terutamanya bila nak menconteng sesuatu di dinding facebook anda. Kadangkala berdiam itu lebih baik. Fikirkanlah..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Learning how to filter your mind

  1. aku rather baca "alamak harini heels i patah di parking lot" dari *ehemyouknowwho* yang suka menembak tak tentu pasal di fb dengan penggunaan ..... !!!! ..... dan !!!!! lagi.

    dahla aku tak dapat nak faham dia tulis apa, dia tulis pasal siapa. and i bet orang disindir tu pun takde dalam friend list dia.

    cukuplah perangai pelik seorang budak di segamat yang suka melaporkan penurunan salji di tempat dia.

    lebih baik dari *ehem* budak yang kena berdas-das di fb by her boyfriend cuz she fb too much!

    alas!

    ReplyDelete
  2. haha. that much more refering to urself kan? hihi..

    tapi aku sangat tak suka kalau status mengutuk orang dengan sumpah seranah sekali. adoi, tak tau ke satu dunia boleh baca sumpah seranah dia tu. and then dia tak fikir ke 1 dunia boleh sumpah seranah dia balik?

    hish, jadi marilah kita memulakan kempen berbudi bahasa di mana-mana sahaja!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.