Dengar suara boleh tau umur ke?

Hari ni ada orang call office untuk tanya tentang jawatan kosong.

Dia: Hello. Saya nak tanya ni, kat sana ada kekosongan jawatan tak?

Me: Hmm, ok. (Pause. Tengah fikir ayat yang sesuai nak tanya. Kang salah tanya lain jadinya.) You ni ada accounting qualification ke eh?

Dia: Oh, saya cuma ada SPM. Tapi saya dah kerja 10 tahun experience on accounting, finance and purchasing.

Me: Oh, ok. Buat masa ni memang takde kekosongan, tapi kalau nak bagi resume ok aje. Mana tau, kalau ada kekosongan nanti kita akan panggil.

Dia: Hmm, resume nak saya fax atau email pada akak?

Me: (Erk, AKAK???) Ha, nak fax boleh, nak email pun boleh.

Dia: Ha, nanti saya call akak balik untuk mintak email address eh? Terima kasih..

End of conversation

Heh? Dengar suara pun boleh tau ke orang tu umur berapa eh? (Ayat orang paranoid, haha..). Tapi bila congak-congak aku rasa macam dia lagi tua. Yela, working experience je dah 10 tahun. Hmm..

Yela, fikir positifla.. Orang panggil 'kakak' tu sebab rasa hormat. Sama jugak macam kata bos aku dulu, kalau orang address unmarried woman as PUAN tu tandanya dia hormat. Kalau aku kadang-kadang amin kan aje. Mana tau, jadi doa ke kan?@jelir

Oh ya, jangan lupa sertai kami di sini ya? Thanks...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Dengar suara boleh tau umur ke?

  1. kakak
    KAKAK...ooo KAKAK....
    lalalalala
    burung KAKAK tua...hinggap dijendela
    lalalalalalalala

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.