Archive for October 2010

I wanttt......

Bukak homepage Celcom tadi nampak offer ni. Huaaaa~Nape la kat KL je??? Huhu..


I wanttttt.....

Then surf lagi nak tengok harga gadget kat seberang tambak nampak ni pulak;

Huaaaa~ Nak jugak Ipaddd.... *drool*

Haila, kena kerja kuat-kuat sambil kumpul duit banyak-banyak ni untuk fulfill wishlist untuk tahun depan. Tsk..

Leave a comment

A new gadget in da house

Weee~ Finally dapat jugak gadget yang diidamkan setelah sekian lama. Biasala, orang yang tak kaya tak berapa nak ada duit macam aku ni kenala kumpul duit RM 1 sehari barula dapat beli gadget nih. Tsk..

Tapi, apa ada hal, janji dah dapat kan? Alhamdulillah...@senyum


Terima kasih untuk adikku yang ber'shopping spree' kat seberang tambak kelmarin sebab sudi nak tolong belikan Ipod touch nih. I'm still on my grinning face and tak bukak lagi pun box tuh semalam. @sengihnampakgigi

Apaaaa? Kenapa sampai kena seberang tambak untuk beli gadget ni? Ye, aku tau. Kat sini pun ada.. Tapiiii, kalau kita boleh dapat a good bargain kat sana, why not? Harga sebiji gadget ni kat sini adalah bersamaan dengan harga 1 gadget + beberapa aksesori kat sana. See?


Ni aksesori yang adik aku siap belikan sekali. Screen guard, mini speaker (apple putih tuh), cable organiser dan juga ipod cover. Cis, dahla warna pink. Dia ingat kakak dia ni obses pink ke? Ish, bersyukur, orang dah tolong belikan. Semua sekali tak sampai SGD50 ok? Kalau kat sini? Huh, jangan harap.

Eh, eh. Jangan kata aku tak sokong produk Malaysia pulak. Aku sokong. Banyak je produk Malaysia yang aku beli. Cuma nak buat macam mana bila Apple ni dah jadi idaman hati? kan? kan?


My next target will be Blackberry Torch. Tak ada sesiapa ke nak bagi advance birthday gift untuk tahun depan? Ceh, bajet macam Rizalman Ibrahim orang nak bagi Iphone, BB segala. Haha..

Nak kena kumpul duit RM5 sehari pulak nampak gayanya ni. Berusahalah!

3 Comments

Dengar suara boleh tau umur ke?

Hari ni ada orang call office untuk tanya tentang jawatan kosong.

Dia: Hello. Saya nak tanya ni, kat sana ada kekosongan jawatan tak?

Me: Hmm, ok. (Pause. Tengah fikir ayat yang sesuai nak tanya. Kang salah tanya lain jadinya.) You ni ada accounting qualification ke eh?

Dia: Oh, saya cuma ada SPM. Tapi saya dah kerja 10 tahun experience on accounting, finance and purchasing.

Me: Oh, ok. Buat masa ni memang takde kekosongan, tapi kalau nak bagi resume ok aje. Mana tau, kalau ada kekosongan nanti kita akan panggil.

Dia: Hmm, resume nak saya fax atau email pada akak?

Me: (Erk, AKAK???) Ha, nak fax boleh, nak email pun boleh.

Dia: Ha, nanti saya call akak balik untuk mintak email address eh? Terima kasih..

End of conversation

Heh? Dengar suara pun boleh tau ke orang tu umur berapa eh? (Ayat orang paranoid, haha..). Tapi bila congak-congak aku rasa macam dia lagi tua. Yela, working experience je dah 10 tahun. Hmm..

Yela, fikir positifla.. Orang panggil 'kakak' tu sebab rasa hormat. Sama jugak macam kata bos aku dulu, kalau orang address unmarried woman as PUAN tu tandanya dia hormat. Kalau aku kadang-kadang amin kan aje. Mana tau, jadi doa ke kan?@jelir

Oh ya, jangan lupa sertai kami di sini ya? Thanks...

1 Comment

100 Q's

Pagi-pagi dah kena tagged dengan Iza. Huaaaa~ But thanks. At least sekarang ni aku dah rajin berblog. Hahah..jelir

Sebenarnya kebanyakan soalan ni pernah dijawab kat facebook dulu. Tapi, apa ada hal, jawab ajela..


WHAT WAS YOUR :

1. Last beverage : Air masak. Pagi ni tak sempat nak breakfast.

2. Last phone call : One of my client.

3. Last text message : Maxis.

4. Last song you listened to : Drake - Find Your Love (Hey, hey, hey..)

Aik, mana nombor 5?


HAVE YOU EVER :

6. Dated someone twice : Apakah?

7. Been cheated on: Yes, for sure.

8. Kissed someone and regretted it : No.

9. Lost someone special : Yes, my abah and emak. Uhuk..

10. Been depressed : Yes.

11. Been drunk and threw up : Nope.


LIST THREE FAVORITE COLOURS :

12. black

13. chocolate

14. white


THIS YEAR HAVE YOU (2010) :

15. Made a new friend : Yes, just a few.

16. Fallen out of love : Nope.

17. Laughed until you cried : Entah eh, ada ke?

18. Met someone who changed you : Yes.

19. Found out who your true friends were : Hmm, fikir jap..

20. Found out someone was talking about you : Macam banyak jek..

21. Kissed anyone on your friend's list : Heh? Ada la kot? Tapi kawan-kawan perempuan la..

22. How many people on your friends list do you know in real life : Entah, mungkin hampir semua kot?

23. How many kids do you want to have : Terpulang berapa DIA nak bagi rezeki. Heh, kahwin pun belum.. jelir

24. Do you have any pets : Dulu ada la, lepas mak meninggal semua lari membawa diri..

25. Do you want to change your name : Dulu macam rasa tak cool gakla, tapi bila macam-macam berlaku and I'm still holding on tight, I know my late mom chose this name for a good reason. Alhamdulillah..senyum

26. What did you do for your last birthday : My answer is same with Iza, I'm working on my birthday. Uwaaaaa.. sedih

27. What time did you wake up today : Subuh la

28. What were you doing at midnight last night : Sleeping

29. Name something you CANNOT wait for : Able to complete my exams within time given.

30. Last time you saw your Father : Heh? 24 tahun lepas.

31. What is one thing you wish you could change about your life : Jadi lebih tegas dalam hal-hal tertentu.

32. What are you listening to right now : A list of songs from my Winamp

33. Have you ever talked to a person named Tom : Nope. Kalau mimpi dating dengan Tom Cruise tu boleh consider ke?

34. What's getting on your nerves right now : Orang yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain dan suka pergunakan orang lain untuk kepentingan diri.

35. Most visited webpage : Facebook. For sure. LOL.

36. What's your real name : Adoi, nak kena bagitau ke?

37. Nicknames : Please ask my families and friends.

38.My close friends : Ramai sangat nak list out. But, i think they know who they are. Thanks for being my friends dan bersabar dengan kerenah saya. Haha. Sentimental tetiba.jelir

Relationship Status : Separated? Hahahah, teringat someone's status kat FB which reminds me of a song by Usher - Separated

39. Zodiac sign : Leo. Aum!

40. Male or female : Female

41. Elementary : SKG

42. Middle School : Segamat High School.

43. High school/college : UTM

44. Hair colour : Black

45. Long or short : Nak kena bagitau ke?

46. Height : 160 cm

47. Do you have a crush on someone : Yes, he is Damon Salvatore.

48: What do you like about yourself : Suka spoilt people's first impression on me. Hahaha. *Evil laugh*

49. Piercings : Dulu la. Sekarang takde. Dah terkambus.

50. Tattoos : Nope

51. Righty or lefty : Right.


FIRSTS :

52. First surgery : Never had any.

53. First piercing : Masa darjah 3.

54. First best friend : Hmm, dah hilang dari radar. Mana eh?

55. First sport you joined : Lari kaki 3? LOL.

56. First vacation : Kalau dengan duit sendiri, pergi Pulau Redang la.

58. First pair of trainers : Apakah?


RIGHT NOW

59. Eating : Nope. Maybe in a short while.

60. Drinking : Air masak sajor.

61. I'm about to : Fall asleep.

62. Listening : Iklan kat radio.

63. Waiting : To go home. I'm too sleepy.


YOUR FUTURE :

64. Want kids : Sila rujuk soalan 23. Dah takde idea sangat agaknya nak buat soalan?

65. Get Married : Insya Allah. Doakan saya bertemu my beloved other half a.s.a.p. Huh, takleh blah sungguh ayat. jelir

66. Career : Planning to have my on biz. Cuma tatau la nak berniaga apa. Heh..


WHICH IS BETTER :

67. Lips or eyes : Heh? Pass.

68. Hugs or kisses : Both.

69. Shorter or taller : Depends.

70. Older or Younger : Both.

71. Romantic or spontaneous : Both.

72. Nice stomach or nice arms : Both.

73. Sensitive or loud : Sensitive, at times.

74. Hook-up or relationship : Relationship la.

75. Trouble-maker or hesitant : I hate trouble-maker.


HAVE YOU EVER:

76. Kissed a stranger : Mak kata jangan sesuka hati nak cakap dengan orang yang kita tak kenal.

77. Drank hard liquor : No.

78. Lost glasses / contacts : Yes.

79. Sex on first date : Gilo ape?

80. Broken someone's heart : Hahahaha. *Evil laugh*

82. Been arrested : Setakat ni belum lagi dan mudah-mudahan takde langsung.

83. Turned someone down : Sila rujuk soalan no. 80.

84. Cried when someone died : Yes.

85. Fallen for a friend : Huh? Macam adala.. jelir


DO YOU BELIEVE IN:

86. Yourself : Insya Allah.

87. Miracles : Bila apa yang diimpikan jd nyata. Tapi sangat jarang la.

88. Love at first sight : Nope.

89. Heaven : Mestila.

90. Santa Claus : Nope.

91. Kiss on the first date : Gilo ape?

92. Angels : Kalau Malaikat, kena la percaya.


ANSWER TRUTHFULLY:

94. Had more than 1 girlfriend / boyfriend at a time : Erm, erm..

95. Did you sing today : Yes

96. Ever cheated on somebody : Yup. Tapi kalau boleh tak nak buat lagi dah

97. If you could go back in time, how far would you go : When I was a kid.

98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be : The day I found out he was a cheater. Sumpah, kalau tau sebelum tu memang taknak jumpa dia lagi dah.

99. Are you afraid of falling in love : Yup, sebab takut kalau kena lalui pengalaman yang sama.

100. Posting this as 100 truths?: Dah post dah pun.

Phew, siap juga. penatTapi aku baik hati, malas nak pass kat sesiapa. Kalau ada sesiapa nak buat, dipersilakan..blogger-emoticon.blogspot.com

4 Comments

Same ol', same ol'..

What a wonderful boring weekend. Ahaks~ Yela, boring sebab 2 hari terperuk kat rumah. With the same old routine.

Sepatutnya pagi Sabtu nak berjogging, tapi akhirnya tak jadi sebab konon-kononnya nak berjogging sebelah petang. Petang Sabtu pulak hujan lebat. Maka sehingga hari ini, planning berjogging cuma tinggal planning. Haha.

Lepas siapkan some usual house chores, bermulalah, aktiviti-aktiviti yang membosankan - duduk bermalas-malasan menghadap lappy sambil;

1. Habiskan episod baru The Vampire Diaries. (Sedih wo, tgk Stefan menitiskan air mata lelakinya, tsk..tsk.. -emo sudah..)

2. Bloghopping

3. Baca cerpen

4. Layan drama Asmara (Most of my friends told me drama ni best. Tapi, rasanya aku dah biasa jumpa typical plot macam ni dalam buku yang aku baca, so takde la kelainan sangat kot?)

5. Layan Kdrama - tapi terpaksa dilupakan sebab video streamnya sangat lembab. Kenapa kat Viikii takde drama tu eh?

6. Jenguk-jenguk perkembangan kat sini. Terima kasih untuk semua yang support page ni ya?

Bosan menghadap lappy, sambung membaca. Walla, dapat jugak habiskan satu buku. Kalau nak tau buku apa, silala ke sini ya?

And there goes my weekend. What about yours?

Ehem, walaupun aku rasa Asmara tu typical drama, tapi aku suka lagu-lagu dalam drama tu. One of the song is from Anggun. Rasanya lagu ni ada dalam filem Sepi jugak kot?



Oh, one more. Inilah drama terbitan Rosyam yang dia tak berlakon jadi hero ok? Haha..@jelir

Leave a comment

Zero Negativity Day - Only a day to chase away those negative feelings

Kalau kita tanya kawan-kawan kita sekarang ni kan, apa laman web pertama yang akan dibuka setiap pagi? Rasanya kalau tak semua pun mungkin 90% daripada responden akan menjawab, "FACEBOOK!".

Betul kan?

Tak dapat dinafikanla, Facebook memang membawa pengaruh terbesar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Jadi tak pelikla kalau kita biasa jumpa pelbagai status dalam newsfeed kita kan?

Cuba bayangkan, bila bangun pagi dengan semangat baru. Bersemangat untuk memulakan hari yang baru. Dan juga, bersemangat waja untuk meneruskan pekerjaan yang tertangguh hari sebelumnya. Capai handphone - log in facebook.

Kawan 1 - It's a sad day.

Kawan 2 - Adoi, ingat jalan raya tu bapak kau yang punya? Aku pun bayar road tax juga la. ****h punya orang!

Kawan 3 - Sama-samalah kita berdoa semoga hari yang ini akan lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. (Sounds typical la pulak.. Nvm..)

Jadi, setakat mana semangat anda tadi? Adakah makin merudum? Atau semakin meningkat? Hmm..

Oh, tidak.. Ini bukanla untuk menghalang anda log in facebook anda setiap pagi. Cuma terfikir bagaimanakah kita boleh 'menapis' aura negatif yang menyelubungi hari kita yang indah itu? Bagaimana nak menepis aura negatif tu daripada mempengaruhi hari kita yang bersemangat tu?

So, here's the thing;

Apa kata kita cuba satu hari. SATU HARI sahaja dalam setiap bulan untuk post hal-hal yang positif sahaja. Walau macam mana marah pun kita hari tu, kita cuba positifkan seboleh mungkin. Macam mana? Ada berani?


Sekiranya anda sependapat dengan saya, maka sertailah kami di sini

Ini adalah projek kecil-kecilan di kalangan manusia yang mencintai hari-hari yang penuh keindahan (Ceh, ayat tak boleh blah).

Copied from Iza's blog:

A little non-profitable project by me and few kindhearted-full-of-love friends of mine , Eleana Kamal, Hamimah Nozari, Siti Hajar, Teacher Sue and of course the crazy Dr. Neezam.

You can click the link above, or >>here<<, or the photo above, or tadaaaa.. I've prepared a little Like Box at the right side of this blog. All you have to do is click LIKE and invite all your friends.

Owh please click like please click like please please please...

If you are a blogger, please feel free to blog about this. Just a small gesture towards a better mind setting. You can copy the photo above, and the link to use is >http://www.facebook.com/pages/Zero-Negativity-Day-The-15th/161369413883732<>

So probably by now u must be asking why should I join?

WHY NOT?

Just one day of no hatred, no angry updates, no whining and less exclamation marks!!!!!!!!!!!!

(Yes, like that. You think that's annoying? Well try this !!!!#@%&!@$#%)

So please click LIKE and invite/suggest all your friends. Just one day every month. Hope it could turn to be a habit and good trend setting.

One day a month. That is the 15th. Just one day. And there's no way we could do this alone. We need you!

Please click like please click like please please please... just one day with only rainbows, unicorns, and leprechauns.

Anyway you can still click LIKE in >>here<<. Let's change it together. Remember, one small step a day, take the negativity away.



Spread love, avoid negativity in life.

Leave a comment

Not so friendly by default

Minggu lepas sempatla singgah supermarket untuk beli hadiah for newborn baby. Haih, kawan-kawan aku ni dah berpakat ramai-ramai agaknya bersalin hujung tahun ni. Hehe..

Then, macam biasa lepas pilih apa yang berkenan untuk diberi kepada si comel, aku pun pergi bayar. Melihatkan kedua-dua hadiah yang aku nak bayar tu berwarna pink, cashier tu pun ramah bertanya;

Cashier: Ni mesti baby girl kan?

Me: Ha'ah. Memang musim kot? Ramai yang bersalin baby girl sekarang ni.

Cashier: Ha'ah. Kekadang memang macam tu. Kawan-kawan yang kerja kat sini pun bila bersalin, kalau yang keluar tu lelaki, lelaki je. Bila turn perempuan, perempuan je semua.

Me: Itula, ni 3 orang kawan yang bersalin, semua dapat baby girl.

Cashier: Hehe, lepas tu mesti nama nak letak dekat-dekat kan? Sampai kita ni kadang-kadang boleh jadi confuse nak kenal anak-anak diorang.

Me: Ha'ah. Kadang-kadang macam trend pulak, bila letak 1 nama, semua orang nak letak nama itu jugak. Penyudahnya kita yang confuse. Hehe..

Lepas dah siap bayar semua tetiba aku terfikir, "Eh, macam mana aku yang not-so-friendly by default ni boleh beramah mesra macam tu sekali?" Hmm..hmm.. Confuse tak?

Sebenarnya kalau ada topik yang boleh dibualkan ok je kot nak jadi peramah sekali sekala...@senyum

Leave a comment

Faizal Tahir, sila beri laluan.. :P

Kalau ada orang tanya lagu apa yang boleh membuatkan aku terdiam dan menghayati lagu dengan sesungguh hati sekarang ni, jawapannya adalah lagu ini;



Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

: Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain

Oh tidak, saya tak bercinta sekarang ye? Jadi, sila jangan buat spekulasi...

Ok, Faizal Tahir boleh ke tepi sekarang. Haha...

2 Comments

Teremosi

Tak tahu nak gambarkan macam mana yang aku rasa sekarang ni. Tapi lepas dapat tahu semalam rasa macam nak kata, "Ey, boleh tak jangan nak sibuk-sibuk duduk kat sini jugak?" I know, bumi Tuhan ni bukan milik aku sorang. Tapi...... tak sukalaaaaaaaaaa. Haih..

Ok, try not to vent my anger here. Tapi, tetap rasa tak sukaaaaaaaaaaaaaa. Kenapa mesti nak duduk sini jugakkkkkkkkkkk? Haih..

Itu yang tetiba rasa nak cari kerja luar dari Johor.

Terima kasih atas keprihatinan kalian. Walhal emosi je lebih. Padan muka. Siapa suruh ambik tau? Kan dah teremosi sendiri? Hoho.. Tapi, mana tau, one fine day kot-kot dapat rezeki terpijak kat luar Johor, kan?

Lupa sudah janji dengan bos nak sambung balik study yang dah terbengkalai lama tu. Lupa sudah janji nak kena ambik exam next year.

Ok, lepas dapat cert la cari kerja lain. Amacam? blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

But you don't even know I'm alive.. :(

Tetiba teringat zaman muda-muda remaja bila dengar lagu ni.

Jeff Timmons dan Nick Lachey yang comelll! (Masa tu la) Haha..



I wish you'd look at me that way
Your beautiful eyes looking deep into mine
Telling me more than any words could say
But you don't even know I'm alive

: Invisible Man - 98 Degrees


Haish, pathetic sungguh bunyinya...putuscinte

Leave a comment

Pelik sangat ke?


This was my experience this afternoon. Yela, apalah salahnya kan sesekali melepak kat sebelah gelanggang bola keranjang kat Segamat tu sambil mengenang sejarah lama sementara menunggu urusan kat pejabat kerajaan tu selesai. Bukan lama pun. Sejam aje. 1 jam ok?

Since takde hati pun nak shopping-shopping, so I decided to spend my time reading a book. Nak lepak kat gazebo dataran tu pun kawasannya tak berapa redup. So, the best choice is kat tepi gelanggang bola keranjang tu. Selain redup dan boleh bersila, tempat itu sangatlah strategik untuk membaca.

Tapi...

Bukan boleh membaca dengan aman pun. Rasanya kalau buat buat analisis, dalam 5 buah kereta atau kenderaan yang lalu, 3 buah kenderaan tu akan tekan hon. Kenapa? Pelik sangat ke bila nampak orang membaca kat tepi jalan? Haih..

Agaknya memang mentaliti masyarakat Malaysia macam ni kot. Memang bukan semua berfikiran macam tu. Tapi kalau pun nampak pelik, tak payah la nak memandang pelik perkara macam tu. Bukan buat maksiat pun. Haila..

Pernah dengar petikan kata-kata, "Sebuah buku merupakan empat penjuru alam, sesiapa yang tidak membaca seperti tidak pernah mengembara."

Memang betul pun. Kadang-kala, tak payah berjalan jauh pun kita boleh bayangkan keindahan tempat yang digambarkan dalam buku yang kita baca.

So, tak payahla nak pandang pelik dan jelik kat orang yang suka membaca kat memana ni eh? Daripada mengumpat orang berbual perkara-perkara yang tak berfaedah, baiklah membaca buku. Betul tak?

Leave a comment

Latest crush?

Uhuk.. Minggu ni takde episod baru. Maka marilah kita duduk diam-diam sambil mencuci mata.

Siapa ni? Oh, inilah Mr. Mason Lockwood, si werewolf from The Vampire Diaries season 2. Nampak cool kan? Hihi.. Harap-harapnya his appearance in this series bukan setakat 5-6 episod sajor..blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi rasanya my crush on him still last longer. Teehee..blogger-emoticon.blogspot.com

Agak-agaknya Mr. Damon Salvatore ni baca komik tak? Haha..

3 Comments

Pantun

*Klik gambar untuk pautan ke blog ini.

Jumpa pantun ni masa blog hopping. Haila. Kalau jumpa pantun ni masa tahun lepas mesti rasa macam, woh orang ini perli aku ke?

Tapi bila jumpa pantun ni hari ni aku rasa nak tergelak. Hmm, kelakar kan?

Memang betul la kata orang, bila kita dah immune dengan kesakitan tu, kita takkan rasa apa-apa dah. Alhamdulillah, syukur!senyum

Pesanan penaja: Even kita dah kenal lama seseorang tu pun tak semestinya orang tu takkan tergamak nak menipu kita. Yela, mungkin dia kata dia menipu tu untuk kebaikan, but the fact is dia tak berlaku jujur. Oh, tiba-tiba rasa nak dengar lagu Radja la. (Haha. Sempat berdrama pulak...) Um, apa-apa pun, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Sebab kata orang, what you give, you'll get back. Wallahu'alam..

Leave a comment

Bahulu ikan

Gambar ihsan enche' Google

Teringat masa raya hari tu, ada siapa entah yang keluarkan statement,

"Dulu aku ingatkan bahulu ikan tu adalah kuih bahulu yang diperbuat daripada ikan."

LOL!

Bahulu ikan itu adalah kuih bahulu yang berbentuk ikan, bukan diperbuat daripada ikan ye anak-anak? Yang diperbuat daripada ikan itu namanya keropok. gatai

Bila zaman dah berubah ni, bahulu udang pun ada juga.

Gambar ihsan enche' Google

Tapi janganla ingat kuih bahulu ni berperisa udang pula ye?

2 Comments

Your life, your choice..

Ok, sebenarnya kepala dah bercelaru dengan pelbagai fakta. Tu sebab dah lama tak update blog (alasan..).

Kenapa bercelaru? Sebab sedang berusaha menapis fakta-fakta supaya tak terpesong dari landasan yang betul.

Sebenarnya lepas baca blog Iza pasal Freemason dan illuminati tu, tanganku pun gatal la klik ke blog The Other Khairul ni and end up kat satu blog yang si Khairul ni hyperlink kan - ada topik tentang dunia akhir zaman. Kalau sesiapa yang perasan, video ni banyak di share di facebook kebelakangan ini.

Lepas tu ada terbaca notes kat facebook tentang planet Nibiru yang dikatakan akan melintasi bumi somewhere around 2012. Konon dunia bakal kiamat tak berapa lama lepas tu. Haih. Bukan aku tak percaya hari kiamat. Hish, kan salah satu daripada rukun Iman tu? Tapi kita kena ingatla kan, siapa yang lebih berkuasa? Kiamat tu tetap akan berlaku. Sama ada cepat atau pun lambat. Cuma bila ia akan berlaku tu, bukanlah kita yang menentukannya. Tak perlu la nak speculate kiamat akan berlaku lagi beberapa tahun ke ape ke? Semua tu bukan dalam bidang kuasa kita pun..

Hmm, daripada kita fikir bila Dajjal nak keluar, bila nak berlakunya kiamat, baiklah kita upgrade amal ibadah kita. Tambah mana yang kurang. Perbaiki mana yang dah koyak rabak tuh. Mudah-mudahan kita terhidar daripada fitnah si Dajjal itu. Amin...

Bukan apa, kekadang aku jadi pelik dengan manusia yang mudah terpengaruh dengan forwarded emails sampai nak suruh orang lain forward kepada orang lain. Dah macam surat berantai jadinya. Teringat pulak pasal surat berantai yang dari penjaga makam Rasulullah masa zaman sekolah dulu - kalau tak buat salinan, akan ada kecelakaan kepada diri sendiri atau ahli keluarga. Eh, siapa awak yang nak tentukan apa yang akan jadi kepada saya bila saya tak fotokopi surat tu? Adoi, memang boleh terpesong akidah jadinya. Hish, nauzubillah..

Then, skrol punya skrol lagi terjumpa pulak iklan ni kat youtube. Cuba bayangkan kalau kita berada kat tempat mangsa-mangsa kemalangan itu. Mudah-mudahan kita semua masih belum terlewat untuk upgrade amal ibadah kita. Amin..



Nota: Ini bukan entri edisi tunjuk pandai yek, but just my 2cents. Heh. Kang tak pepasal ada yang simbah cat pulak depan rumah ni nanti. blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Learning how to filter your mind

Aku selalu terfikir kalau terjumpa status yang agak sentap di facebook atau twitter, mereka yang tulis status sebegitu tak risau ke ada orang yang bakal terasa dengan apa yang diluahkan tu. Yela, mungkin apa yang di tulis itu ditujukan untuk orang lain, tapi orang lain pun mungkin tersentap sama.

And then, I came across this blogpost by justkhai. Sedikit petikan dari entri ini;

Source: www.justkhai.com

Aku terbayangkan kalau tiba-tiba aku terbuang tabiat tertulis status yang agak-agak sentap andaikata aku sakit hati bila ada orang ambil barang aku tanpa keizinan aku malam tadi. Dah tentulah orang yang dalam rumah aku boleh agak aku marah dengan siapa. Lepas tu mesti komen-komen yang panjang berjela daripada ahli keluarga aku. Sampai bergaduh-gaduh. Adeh, tak ke sengal namanya tu?

Dan aku juga pernah terserempak 'drama sebabak' seorang perempuan muda yang bergaduh dengan boyfriend menulis status dalam keadaan marah. Yeah, we tend to hurt others when we mad, kan? Tapi, tak perlulah nak marah sampai macam tu sekali. Ok, fikir baik-baik. Bila kita tulis status sebegitu, berapa ramai kawan-kawan yang akan menyabarkan kita? Berapa ramai pulak yang akan 'membakar' kita dengan kata-kata cabaran supaya kita keluar daripada kemelut itu?

Ala, cari lain aje. Satu pergi sepuluh mari - Kawan 1

Sabar ajela, dugaan je semua tu - Kawan 2


Babe, what's up? Mind to share? - Kawan 3


Kan aku dah kata dulu, dia tu tak boleh percaya. - Kawan 4


Cari lain sudah~ - Kawan 5


Hmm.. Apa tujuan dia tulis status sebegitu? Nak perhatian? Nak berdrama? Atau sekadar nak meluah rasa? Wallahu'alam..

Memang betul, itu dinding facebook kamu. Tapi kadangkala kita perlu jugak belajar how to filter whatever thoughts crossing your mind. Fikir sebaik-baiknya sebelum post sesuatu di facebook, twitter or what-so-ever social networking yang kamu ada. Silap perhitungan boleh membawa petaka kepada diri sendiri. Masih ingat lagi kes penghinaan ke atas almarhum Sultan Johor? Kes Famous Amous? Itulah bahana tak berfikir panjang sebelum menulis sesuatu.

Tak salah nak meluah apa yang kita rasa, tapi lebih baik sekiranya kita berfikir sebelum melakukan sesuatu terutamanya bila nak menconteng sesuatu di dinding facebook anda. Kadangkala berdiam itu lebih baik. Fikirkanlah..

2 Comments

Al-kisah

Masa dok beraya semalam, terbaca kat paper tentang filem ni kat salah sebuah rumah yang telah disinggah. Jadinya pagi ni terus cuba cari trailer atau preview kat youtube. So, here it is;



Oh, ada Stephen Rahman Hughes di situ..

To tell the truth, memang agak kagumla tengok trailer filem nih. Tahniah buat penerbitnya. Terus gigih meng'google' tentang Hikayat Merong Mahawangsa nih. Itu la, orang suruh belajar sejarah dulu main-main. Kan dah kena google bila dah tak ingat apa yang dah belajar dulu? jelir

Terus juga teringat cikgu sejarah masa form 1. Teringat sebutan 'asykar-asykar' (askar-askar) nya itu. Teringat juga betapa gigihnya beliau menyanyi lagu sekolah masa perhimpunan. Hehe. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada beliau. Amin..

Leave a comment

Tired + Happy = ?

This is why I love my smartphone very much (walaupun dah ada niat nak tukar, haha..) Bukan apa, bila sibuk macam hari ni (ya, hari ni sangat sibuk walaupun hari Ahad. Haih..), saya masih boleh bersenang-senang melayari internet tanpa switch on lappy. Fuh, mudah kan? :p

Hari ini dipenuhi aktiviti makan-makan . Al-maklumla, penghujung syawal ni, semua berebut-rebut mengadakan rumah terbuka. Yang beruntungnya, kami yang dijemput ni la. Kenyang tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Hehe. Terima kasih buat tuan rumah yang menjemput ya? :D

Hari ini walaupun penat ke sana ke mari tapi tetap rasa seronok. Memang betul la kata orang, kalau kita spend time dengan orang yang membuatkan kita gembira atau seronok, penat dan letih tu bukanlah satu isu besar. Betul kan? :D

Tired but so happy. Terasa seperti mahu memberhentikan masa. Thanks untuk semua yang membuatkan saya happy hari ini. I heart my family so much! ;)

Leave a comment

Terdesak sangat ke?

Petang semalam, as usual layan la siaran radio masa on the way balik kerja. Oleh sebab tangan gatal alih siaran sana-sini, end up, dengar la hotfm jam. Masa tu ada topik pasal terdesak. Dan, nak dijadikan cerita adalah a caller yang buat drama petang semalam which is aku rasa sangatla memalukan perempuan. marah

Radio announcer (RA) : yer Cik X, apakah yang membuatkan anda rasa terdesak sekarang ni?

Cik X: Hmm, saya ni terdesak nak cari pasangan hidup. (I was like - WHAT? Berani sungguh!)

RA: Kenapa pulak?

Cik X: Yela, kawan-kawan saya semua dah kahwin, saya je yang masih bujang.

RA: La, umur awak berapa sekarang ni?

Cik X: Baru 26 tahun. (I was laughing like a minute when she said she was 26. Adoi.. relaxla, muda lagi tu..)

RA : Ala, baru 26 tahun. Muda lagi. Cuba awak tengok si Fafau tu, relax je..

Cik X: Dia takpe, dah biasa. (Suka hati jek nak judge life orang lain macam tu kan?)

The rest of the conversation aku dah tak berapa ingat.

Tapinya, kalau pun anda belum bertemu pilihan hati tak perlu la nak annouce satu dunia yang anda sedang mencari calon suami.

Yeah, it sounds kinda crap to me. Memang hal ni sangat sensitif bagi perempuan yang belum berkahwin. Tapi tak perlu la nak tunjuk kita ni terdesak.

Haih, kalau anda tak tahu malu, ramai lagi perempuan yang malu ye bila anda dengan beraninya menunjukkan tahap ke'terdesak'an anda itu? Huh..blogger-emoticon.blogspot.com

4 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.