Salam Aidilfitri 1431H

Perasan tak, bila dah dekat nak raya je mesti keluar iklan-iklan raya yang ala-ala sentap dan bakal membawa keinsafan (kononnya la) kepada audience? Syarikat korporat pun macam berlumba-lumba produce iklan yang spesies gitu untuk tv station. Tapi sejauh mana kita mampu menyerap mesej yang disampaikan kat dalam iklan tu? Hmm..

So as usual, sempena raya yang bakal menjelang tiba ni aku ambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon kemaafan atas kekhilafan kata yang termaktub dalam blog ni. Kadangkala bukanlah bermaksud menyindir, tetapi cuma bertujuan untuk ingat mengingati sesama kita. Tapi jika ada yang terasa, aku mohon maaf atas keterlanjuran itu.

Buat yang memandu, pandulah dengan cermat. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Semoga syawal kali ini memberikan kita kegembiraan dan kebahagiaan. Amin..@senyum

Klip video ni khusus untuk mereka yang masih ada mak ayah. Please, do cherish them while they still around. Jangan menyesal bila kita dah tak berpeluang mencium tangan mereka dan tak berpeluang lagi berbakti kepada mereka suatu masa nanti.



I miss my mum..@sedih (Al-Fatihah..)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Salam Aidilfitri 1431H

  1. tp perasan x...tahun nih kekurangan 1 iklan yg betul2 menyayat hati..sebab kehilangan arwah yasmin ahmad...
    ape2 pun..selamet hari raya jugek ^_^

    ReplyDelete
  2. ha'ah. iklan petronas tahun ni pun ala-ala jek. tak berapa nk touching mcm tahun-tahun sudah.

    yep, selamat hari raya jugek. maaf zahir + batin. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.