Penghujung

Bila dah sampai penghujung Ramadhan ni nak buat apa pun macam tak bersemangat dah. This only applies to me la. Orang lain aku tatau. Buktinya? Malam ni tersangatla malas nak on lappy tuh. Online semua guna phone jek. Sambil layan CSI : Miami (Oh, Mr. Jesse Cardoza tu sgt hotla, haha.. :p) sambil tukar2 jugak tengok Maut. Kesian. Dah berzaman tayang kat tv baru dapat tengok sampai habis hari ni.

Hmm, kenapa rasa malas eh? Adakah sebab dah nak cuti? Atau sebab Ramadhan bakal berakhir? Haih, how time flies so damn fast nowadays. Rasa macam tak sempat bernafas je bila masa pantas sangat bergerak skrg ni.

Dulu-dulu, bila nak raya je mesti rasa excited. Nak balik kampung (gaya macam kampung tu jauh sangat kan?), nak tayang baju baru, kasut baru dan segala yang baru bergantila bila tiba hari raya. Hehe. Mesti dah siap mention dalam kad raya yang kita hantar kat kawan-kawan tu kan? So now, where all those passions gone? Haih. Zaman serba moden dengan teknologi ni jarang orang nak menghantar kad raya dah. Semua sibuk dengan sms dan fb. Kad raya tu dah tinggal sejarah agaknya lepas ni.

Cuma sekarang ni, tradisi yang belum luput cumalah lagu raya. Belum mula puasa pun dah ada yang sibuk dengan lagu raya. Tapi aku memang dah tak suka dengar lagu raya sejak 11 tahun dulu. Mengelak dengar selagi boleh. :) Kalau dengar pun lagu tertentu jek.

Tapi bila dah nak raya ni teringin nak main bunga api la. Nak cari bunga api la. Weekend ni boleh layan bunga api dengan budak-budak kecik tu. Hehe..

Oih, apa motif entry ni sebenarnya eh? Confuse sudah..:p

Anti-climax sungguh orang ini. Haha..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Penghujung

  1. Noey:
    :D

    Makmor:
    Tu antara lagu raya yang aku boleh dgr la. fav tuh. hihi.. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.