Dump?

Hari ni ada orang diajukan soalan (which the question is actually for me) yang berbunyi,

"Kakak tu takde kawan lelaki ke?"

Agak sentap juga la bila soalan tu keluar. Haha. Nak je tanya, agak kalau ada kawan lelaki dah tak boleh keluar dengan kawan perempuan ke?

Teringat pulak masa zaman belajar dulu, kebanyakan kawan-kawan perempuan yang dah bercouple, suka 'dump' kawan-kawan sendiri bila ada boyfriend. Bukannya nak mengata, cuma nak berkongsi pengalaman yang aku pernah lalui. They tend to spend time together like there's no tomorrow. Memang betul pun. Kawan-kawan dah tak pandang dah. Apa-apa semua boyfriend di dulukan berbanding kawan-kawan. Boyfriend is their priority, like forever during their uni life. Haiya. Chill la. Besok bila dah kahwin, nak berkepit 24 jam pun takde yang melarang ok?

Tapi yang peliknya lelaki tak pulak macam tu eh? Hmm..

Entah eh, kadang-kadang bila tengok youngsters yang bercouple macam nak rak ni, macam nak je tanya, "Korang ni, bercinta bagai nak rak zaman belajar ni, macam confirm je sampai ke jinjang pelamin eh? Belajar pun entah ke mana-mana sibuk pulak nak bercinta." Haha. Emo pulak. Tak pasal-pasal nanti ada facebook fanpage 'I hate si polan yang menentang couple zaman belajar'. Ouch!

Tapi kan, hakikatnya kawan-kawan masa belajar dulu yang bercinta bagai nak rak dan berakhir di jinjang pelamin cuma 5 @ 6 pasangan je. Selebihnya kecundang. Tak tahu la, mungkin dah tersurat bukan jodoh mereka. @senyum

Ops, what was my first point just now? Lupa sudah..

Oh ye kawan-kawan, eventhough kamu sudah jumpa soulmate kamu, atau bakal mengakhiri hidup bujang dengan soulmate kamu, tolongla jangan lupakan kawan-kawan. Tak rugi apa pun. Lagi menambahkan saham akhirat adalah, sebab kita memanjangkan silatulrahim, kan?

Renung-renungkan dan selamat beramal~blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Dump?

  1. kekadang kan...
    keluar dgn kawan perempuan lg best kot...
    rasenye perempuan lagik memahami perempuan..lagik2 bile sekepala..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. yela. kalau masing2 tgh free, belum ada komitmen. tp kalau dh sibuk 'berchenta' tu kdg2 kawan-kawan pompuan pun dia dh x ingat dah.. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.