Archive for September 2010

Oh so random!

- Bila saya marah, saya lebih suka diam . It just because I don't want to vent my anger recklessly. Sebab bila dah marah sesuka hati nanti mula la nak menyesal. Haih..

- Sangat tak suka bila ada orang sesuka hati nak upload gambar saya merata. If I want to upload, I'll upload it by myself. I don't need any assistant to do it for me, thank you. Kalau gambar ramai-ramai tu memang ada exceptional la ye?

- Sangat bosan bila takde kerja urgent ni. Rindu pulak saat-saat berebut-rebut mengejar deadline. But within 3 months, my hectic life cycle will begun, again -_-"

- Tiba-tiba rasa macam nak cuti lagi la. Annual leave balance saya sangatla banyak.blogger-emoticon.blogspot.comTapi bila nak cuti n eh?

- Forensic Heroes II dah start kat ntv7. Yeay! Sungguh malas nak tunggu video stream. Haha..

- Sangat teringin nak layan Playful Kiss. Tapi, since wifi signal macam hampeh sekarang ni, 1 episod pun belum lepas. Haish.. Hyun Joong sshi, wait for me ya? blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Ooooh, eh?




You Should Stay Away From Purple

You are outgoing and down to earth. You're the typical guy or gal next door.

You don't think you're better than anyone else, and you're very practical. People really take a liking to you.

Purple sometimes represents decadence and pettiness. You prefer to treat everyone equally.

Purple can also point to extreme introversion. You are too outgoing for a color like that!


Leave a comment

Dump?

Hari ni ada orang diajukan soalan (which the question is actually for me) yang berbunyi,

"Kakak tu takde kawan lelaki ke?"

Agak sentap juga la bila soalan tu keluar. Haha. Nak je tanya, agak kalau ada kawan lelaki dah tak boleh keluar dengan kawan perempuan ke?

Teringat pulak masa zaman belajar dulu, kebanyakan kawan-kawan perempuan yang dah bercouple, suka 'dump' kawan-kawan sendiri bila ada boyfriend. Bukannya nak mengata, cuma nak berkongsi pengalaman yang aku pernah lalui. They tend to spend time together like there's no tomorrow. Memang betul pun. Kawan-kawan dah tak pandang dah. Apa-apa semua boyfriend di dulukan berbanding kawan-kawan. Boyfriend is their priority, like forever during their uni life. Haiya. Chill la. Besok bila dah kahwin, nak berkepit 24 jam pun takde yang melarang ok?

Tapi yang peliknya lelaki tak pulak macam tu eh? Hmm..

Entah eh, kadang-kadang bila tengok youngsters yang bercouple macam nak rak ni, macam nak je tanya, "Korang ni, bercinta bagai nak rak zaman belajar ni, macam confirm je sampai ke jinjang pelamin eh? Belajar pun entah ke mana-mana sibuk pulak nak bercinta." Haha. Emo pulak. Tak pasal-pasal nanti ada facebook fanpage 'I hate si polan yang menentang couple zaman belajar'. Ouch!

Tapi kan, hakikatnya kawan-kawan masa belajar dulu yang bercinta bagai nak rak dan berakhir di jinjang pelamin cuma 5 @ 6 pasangan je. Selebihnya kecundang. Tak tahu la, mungkin dah tersurat bukan jodoh mereka. @senyum

Ops, what was my first point just now? Lupa sudah..

Oh ye kawan-kawan, eventhough kamu sudah jumpa soulmate kamu, atau bakal mengakhiri hidup bujang dengan soulmate kamu, tolongla jangan lupakan kawan-kawan. Tak rugi apa pun. Lagi menambahkan saham akhirat adalah, sebab kita memanjangkan silatulrahim, kan?

Renung-renungkan dan selamat beramal~blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

I'm putting my heart back together (^_^)

Suka ulang-ulang lagu ni. Yeah!blogger-emoticon.blogspot.com



Well, I never saw it coming.
I should've started running

A long, long time ago.

And I never thought I'd doubt you,

I'm better off without you

More than you, more than you know.

I'm slowly getting closure.

I guess it's really over.

I'm finally getting better.

And now I'm picking up the pieces.

I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'
Cause the day I thought I'd never get through,

I got over you.


: Over You - Daughtry

Leave a comment

Cerita raya 2

Maaf atas kelewatan update.blogger-emoticon.blogspot.com Keadaan kesihatan yang tak menentu punca kelewatan di samping signal wi-fi yang macam biskut, sekejap ada sekejap tiada. Haih.. Banyak sungguh alasan bila dah malas kan?blogger-emoticon.blogspot.com

Ok, mari kita sambung;

Raya ke -4


Aktiviti meronggeng di rumah dan juga di Tebrau City. Layan Piranha. Tak best. Tak suka cerita itu. Sila jangan tengok. Haha.. Oh, hero nya adalah pelakon yang bawa watak Jeremy Gilbert dalam The Vampire Diaries.@jelir

Raya ke -5

Tengahari - Sambung beraya di Segamat. Again, biarkan gambar yang bercerita. @senyum

Ni antara kawan-kawan yang dah jarang ditemui. Eh, boleh ke guna ayat tu? Tapi memang jarang jumpa la, except di alam maya. Hmm..

Ha, dalam banyak-banyak gambar raya aku suka gambar ni. Feels like 13 years younger. Atau dengan kata lainnya, terasa seperti masih berumur 17 tahun. Ouch!

Bersama deskmate dan juga classmates. Oh, deskmate saya sudah bergelar seorang ibu. -_-" But was too happy for meeting them this festive season. Rasa macam kembali muda. Cuma kurang 2 orang ahli. Kalau tak dah cukup quorum 1 row dalam kelas dulu.

Raya ke -6 dan seterusnya

Oleh kerana aktiviti berkelana ke pantai timur telah pun dibatalkan maka agenda telah bertukar kepada aktiviti beraya di rumah kakak dan bermalas-malasan di rumah akibat demam yang melanda. Haih. Dah lama tak kena demam. Sekali kena demam sampai 2 hari. Itu pun malas nak ke klinik walhal klinik seberang jalan depan rumah aje. Sila jangan tiru perangai saya ye adik-adik?

Naik kerja hari Isnin sambung pulak sakit tekak. Haish, sampai serak suara jadinya. Tapi itulah asam garam hidup kan? Takkan la sepanjang masa nak sihat walafiat aje. Sesekali kena disedarkan oleh dugaan-dugaan penghapus dosa kecil nih. Alhamdulillah.

Erk, terlebih sudah..

Minggu ni bersusun pulak open house untuk dihadiri. Hmm, macam mana nak kurus? blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Cerita raya 1

Sekejap je masa bergerak. Tau-tau esok dah nak mula bekerja semula. Haih.. Lumrah la tu. Setiap yang bermula mestilah ada pengakhirannya kan? Tapi yang tak sedapnya bila dah lama cuti ni semua hilang. Hilang rasa, hilang semangat. Hihi.. Macam mana la nak mula bekerja ni esok?

As time goes by, insya Allah rasanya ok kot? Biasala, rasa yang bertandang tu semua atas dasar hasutan anasir jahat dalam diri sendiri. So, nak kena buang la semua anasir-anasir tu semua. Huh..

Oleh kerana kita masih dalam mood raya, maka aku pun nak cerita pasal sambutan raya tahun nih. Macam biasa, takde apa yang menarik pun. Rutinnya bergerak seperti biasa. Cuma tahun ni dapat jumpa + hangout dengan kawan-kawan yang jarang jumpa. Dapat jugak beraya ke rumah kawan yang tak pernah jejak pun sebelum ni. Alhamdulillah.. Dapat jugak dengar pelbagai cerita (yang sedap di dengar mahu pun tak sedap di dengar) dan ragam kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Hey, nama pun raya kan? So, masa ni ajela yang boleh berkumpul ramai-ramai, bergosip dan updating ourself dengan perkembangan masing-masing. Feels like learning something jugakla raya kali ni dengan cerita-ceriti yang dipersembahkan. Mungkin ada juga yang menambahkan trauma.blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi kan yang menariknya, cuti kali ni aku dapat habiskan 3 buah buku, dapat khatamkan episod 1 + 2 The Vampire Diaries Season 2 dan juga dah start baca The Vampire Diaries series. Woh, memang sangat berbezalah dengan tv series. Elena digambarkan agak gedik la dalam buku compared to tv series. Haha. Cuma harapnya jangan la gedik sangat macam Bella ye? *Siapa setuju sila angkat ibu jari*blogger-emoticon.blogspot.com

Aiyak, sudah drag panjang pulak nih.

Ok, summaries of my raya trip;

Raya Pertama

Pagi : Bertolak balik ke Segamat dalam cuaca yang mendung. Hujan sepanjang perjalanan. Tapi Alhamdulillah, selamat juga sampai Segamat. Kemas rumah and other usual routine.

Tengahari : Makan, makan dan makan lagi.

Petang : Sambung makan lagi.

Malam : Berhari raya ke rumah makcik. Bertukar-tukar cerita. Gosip dan updates perkembangan terkini. Balik rumah. Tidur.

Raya Kedua

Pagi : Ziarah kubur arwah mak. Singgah rumah atuk saudara belah arwah mak kat kawasan berhampiran kubur tu. Oh, anak dia happened to be my ex- teacher masa sekolah rendah dulu. Macam biasa, bertukar-tukar cerita dan updates mana-mana yang perlu. Then, gerak untuk ziarah kubur arwah abah pulak. Tahun ni kurang feel la, kenapa eh?blogger-emoticon.blogspot.com

Tengahari - Malam: Beraya sampai lebam! Let the pictures tell everything. @kenyit

P/s: Cik Iza, do tell me if you want these pics. I'll email it to you as I won't upload any of my pics to fb this year. Sindrom malas sudah menyerang! @sengihnampakgigi

Raya Ketiga

Pagi : Dikejutkan oleh sms yang berbunyi, " Ooo, gi raya tak ajak!" Ngee. Sori la kawan. Ingatkan kau busy. Mula mengemas untuk pulang ke Johor Bahru.

Tengahari : Di saat orang lain sibuk nak beraya ke rumah sepupu, aku pulak sibuk-sibuk keluar nak jumpa si penghantar sms tuh. Lepak-lepak sampai masuk asar (kot?). Then balik rumah.

Petang - Malam: Bersiap-siap untuk pulang ke Johor Bahru. Singgah sana-sini, lebih kurang pukul 7 malam baru bergerak melepasi Segamat. Terperangkap dalam kesesakan di Chaah hampir 45 minit dan di lebuhraya Yong Peng- JB hampir sejam. Pengakhirnya, sampai ke rumah tepat jam 11.40 malam. Fuh. adventure sungguh! Terima kasih untuk adikku yang sanggup memandu dari Kulai Ke Johor Bahru. Kakaknya dah tak sanggup. Mengantuk sebab tak boleh nak drive laju. Haha..

Rasa macam panjang sangat pulak entry ni. To be continue later. Da~

Leave a comment

Everything I can't be is everything you should be



Come Home - One Republic feat Sara Bareilles


[Verse 1]

Hello world
Hope you're listening
Forgive me if I’m young
For speaking out of turn
There’s someone I’ve been missing
I think that they could be
The better half of me
They’re in the wrong place trying to make it right
But I’m tired of justifying
So i say you’ll..

[Chorus]
Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
So come home
Oh

[Verse 2]
I get lost in the beauty
Of everything i see
The world ain’t as half as bad
As they paint it to be
If all the sons
If all the daughters
Stopped to take it in
Well hopefully the hate subsides and the love can begin
It might start now..Yeahh
Well maybe I’m just dreaming out loud
Until then

[Chorus]
Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home
Oh

[Interlude]
Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
So hear this now

[Chorus]
Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home
Come home

2 Comments

Kelana Raya

Alhamdulillah, I'm safely arrived home last night after stucked in the traffic jam for cumulative time of 2 hours?? Hoho.. First time ni berebut dan berasak-asak untuk balik macam orang yang kena bekerja hari ni. Haish, penambahan bilangan trauma raya nampaknya..

And today, I've only about less than 24 hours untuk bermalas-malasan dan berfoya-foya di Johor Bahru sebelum meneruskan upacara berkelana (wah..) esok di Segamat dan seterusnya ke east coast.

Segala penceritaan sepanjang berkelana akan di update kemudian ya? Saya sangat malas sekarang. Mood untuk bermalas-malasan sangatlah tinggi tetapi, dipaksa untuk berfoya-foya pulak hari ni. blogger-emoticon.blogspot.com

Izawati, silalah berdoa banyak-banyak semoga saya rajin untuk meng'upload' gambar-gambar itu hari ini ya?

And please say hi to Mr. Muhammad Danish Amsyar. blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Salam Aidilfitri 1431H

Perasan tak, bila dah dekat nak raya je mesti keluar iklan-iklan raya yang ala-ala sentap dan bakal membawa keinsafan (kononnya la) kepada audience? Syarikat korporat pun macam berlumba-lumba produce iklan yang spesies gitu untuk tv station. Tapi sejauh mana kita mampu menyerap mesej yang disampaikan kat dalam iklan tu? Hmm..

So as usual, sempena raya yang bakal menjelang tiba ni aku ambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon kemaafan atas kekhilafan kata yang termaktub dalam blog ni. Kadangkala bukanlah bermaksud menyindir, tetapi cuma bertujuan untuk ingat mengingati sesama kita. Tapi jika ada yang terasa, aku mohon maaf atas keterlanjuran itu.

Buat yang memandu, pandulah dengan cermat. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Semoga syawal kali ini memberikan kita kegembiraan dan kebahagiaan. Amin..@senyum

Klip video ni khusus untuk mereka yang masih ada mak ayah. Please, do cherish them while they still around. Jangan menyesal bila kita dah tak berpeluang mencium tangan mereka dan tak berpeluang lagi berbakti kepada mereka suatu masa nanti.



I miss my mum..@sedih (Al-Fatihah..)

2 Comments

Stok raya


Stok buku-buku untuk dibaca masa cuti raya. Gaya macam sempat je nak abiskan semua. Dengan raya tour, east coast tour, sempat tak agak-agaknya ya? Kalau tak sempat nak habiskan, memang nak kena puasa membeli buku la bulan ni nampak gayanya.blogger-emoticon.blogspot.com

Okey this is only a suggestion, buku ini sangatlah menarik untuk dibaca. Walaupun ada la jugak cheesy partnya tu tapi, overall buku ini banyak menerapkan unsur-unsur positif untuk difikirkan. Since the author pun seorang pendidik, takkan la dia nak serapkan unsur-unsur negatif kat pembaca, ye tak?

Heh, aku nak review pun tak boleh sebab tak abis baca lagi. Tapi kalau rasa berminat nak membaca, boleh la baca preview dan sedikit ulasannya kat sini.

P/s: Nampaknya dah semakin malas post entry panjang-panjang sekarang ni. @sengihnampakgigi

2 Comments

Old Skool

Ingatkan dah tak dapat lagi kad raya tahun ni (besides virtual card on fb tuh). Rupanya ada juga yang sudi nak bagi kad raya lagi tahun ni.

This is my first ever kad raya for this year. Daripada bos. Tapi malangnya stafnya tak membalas pun. Terharu je lebih. blogger-emoticon.blogspot.com

Kad ini la yang paling tak disangka. Sampai pagi tadi bersama pesanan buku. Thanks Kak Su + team. Terima kasih kerana menambahkan bilangan kad raya yang saya dapat tahun ni. Alhamdulillah..blogger-emoticon.blogspot.com

Siapa sangka, dalam zaman kecanggihan teknologi sekarang ni, masih ada lagi yang suka mengamalkan konsep konvensional?

2 Comments

Happy birthday, my little sunshine :)

*Random*


Me: Adik makan apa kat sekolah tadi?

Dia: Adik tak makan la, kan puasa?

Me: Oh, ye ke? Ingat adik dah makan kat sekolah..


End of conversation

Hajat nak mensaiko budak kecik ni tak berjaya. Dia berjaya menghidu taktik makciknya nih. Mujur tak kantoi makan kat sekolah kan? Hihi..


Girl in Pink. Adoi, sembabnya muka. Haha..

Sebenarnya hari ni birthday budak kecik nih. So, happy birthday to my little sushine, Nurul Nazirah. Moga sentiasa diberikan kesihatan dan kecerdasan. Moga jadi anak yang baik dan solehah untuk umi dan abah ye? Jangan nakal-nakal. Dah nak sekolah ni tak boleh manja-manja, tak boleh hisap jari lagi dah. Hihi.. And you should know that the whole family love you soooo much!

And I'm off to see her this evening. Weee~!

Leave a comment

Penghujung

Bila dah sampai penghujung Ramadhan ni nak buat apa pun macam tak bersemangat dah. This only applies to me la. Orang lain aku tatau. Buktinya? Malam ni tersangatla malas nak on lappy tuh. Online semua guna phone jek. Sambil layan CSI : Miami (Oh, Mr. Jesse Cardoza tu sgt hotla, haha.. :p) sambil tukar2 jugak tengok Maut. Kesian. Dah berzaman tayang kat tv baru dapat tengok sampai habis hari ni.

Hmm, kenapa rasa malas eh? Adakah sebab dah nak cuti? Atau sebab Ramadhan bakal berakhir? Haih, how time flies so damn fast nowadays. Rasa macam tak sempat bernafas je bila masa pantas sangat bergerak skrg ni.

Dulu-dulu, bila nak raya je mesti rasa excited. Nak balik kampung (gaya macam kampung tu jauh sangat kan?), nak tayang baju baru, kasut baru dan segala yang baru bergantila bila tiba hari raya. Hehe. Mesti dah siap mention dalam kad raya yang kita hantar kat kawan-kawan tu kan? So now, where all those passions gone? Haih. Zaman serba moden dengan teknologi ni jarang orang nak menghantar kad raya dah. Semua sibuk dengan sms dan fb. Kad raya tu dah tinggal sejarah agaknya lepas ni.

Cuma sekarang ni, tradisi yang belum luput cumalah lagu raya. Belum mula puasa pun dah ada yang sibuk dengan lagu raya. Tapi aku memang dah tak suka dengar lagu raya sejak 11 tahun dulu. Mengelak dengar selagi boleh. :) Kalau dengar pun lagu tertentu jek.

Tapi bila dah nak raya ni teringin nak main bunga api la. Nak cari bunga api la. Weekend ni boleh layan bunga api dengan budak-budak kecik tu. Hehe..

Oih, apa motif entry ni sebenarnya eh? Confuse sudah..:p

Anti-climax sungguh orang ini. Haha..

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.