Selamat berpuasa :)

Wah, dah hampir seminggu blog ni bersawang. Haha. Alhamdulillah, tuan punya blog masih bernyawa, cuma diserang selesema + sakit tekak awal-awal puasa nih, macam tahun sebelum-sebelum ni juga. Cuma yang berbezanya tahun ni berpuasa dalam suasana baru di rumah baru. Hehe..blogger-emoticon.blogspot.com

Oh, sebelum terlupa. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam (puasa dah dekat nak seminggu baru nak wish, kan? Ape dah..) Tapi takpela, better late than never. @kenyit

Banyak sangat hal yang nak diselesaikan sampai blog ni pun terbengkalai. Haish. Keserabutan melanda la masa tu.

Ni salah satu keserabutannya. Keserabutan dengan buku-buku yang di bawa pindah. Ini gambar sebelum rak buku sampai. Sekarang ni dah selamat bersusun dalam rak buku. Tapi takdelah rajin sangat sampai nak post betapa tersusunnya buku-buku ku itu kat sini..@jelir

Selain tu, macam biasa juga berserabut dengan hal-hal kerja. Nak kejarkan deadline supaya dapat bercuti dengan aman.

Then, bila start puasa rutin harian pun berubah. Waktu lebih banyak terisi, so memang takde masa sangat nak menghadap lappy nih. Kerja pun dah jarang bawa balik rumah. So, itulah penyebabnya blog ini tak berupdate. Hihi..

Jadi, sila jangan rindukan saya ye?blogger-emoticon.blogspot.com

P/s: Masa keluar rumah nak gi terawih tadi dah terdengar kedai kat depan rumah ni pasang lagu raya. Haish, puasa baru berapa hari dah sibuk dengan lagu raya. Tolonggggggla jangan pasang lagu raya awal-awal ni. Kalau nak pasang pun, please don't turn it out loud cause I'm quite allergic with those raya songs. Thanks!@jelir

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Selamat berpuasa :)

  1. tp kalau ckp psl duit raya mesti akak x alergik kan..
    hehehe...
    nk duit raya ^_^

    ReplyDelete
  2. oh, itu pun allergic gak. :P

    ReplyDelete
  3. salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Ko nak bercuti ngan Aman ek..ok ok aku cari masa aku yang sesuai utk ko...

    ReplyDelete
  5. saya pung dah pasang lagu raya tauuuu! :)

    ReplyDelete
  6. arsaili:
    salam ramadhan dan selamat berpuasa kembali. :)

    makmor:
    kalau cuti ngn kau dia akan jadi tak berapa aman sgt la.. :P

    Noey:
    haha, tauuuu. ade perasan awak post lagu dendang perantau kat fb hr tuh. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.