30

Oh my, I'm already 30 now!blogger-emoticon.blogspot.com

Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah, DIA masih beri nikmat bernafas ni sampai hari ni. Cuma subsidi umur yang diberi tu tak tau la sampai bila. Moga masih diberi kesempatan memperbaiki diri yang sentiasa lalai dan alpa nih, insya Allah..

Dulu, masa berumur 10 tahun (1990), aku selalu fikir apa akan jadi dalam tempoh 10 tahun akan datang? Dapat tak lalui UPSR? Dapat tak ambil exam PMR? Merasa tak ambil exam SPM? Agak-agak dapat tak sambung belajar ke universiti? Alhamdulillah, merasa juga semua fasa tu dengan tambahan perisa-perisa sampingan. Hehe.

Kemudian bila cecah umur 20 tahun (2000), aku mula fikir, apa yang akan jadi dalam tempoh 10 tahun akan datang? Kira masa ni dah masuk fasa life planning la. Dah mula merangka dalam kepala apa yang akan dilakukan dalam tempoh 10 tahun tu. Alhamdulillah, berjaya grad lepas 2 tahun dan dah ada kerja yang ok pun dalam tempoh 8 tahun ni. Cuma orang asyik bising je bila aku nak settle down. Haish. Itu bukan urusan saya ye? Kalau DIA tak nak bagi aku nak kata apa? Syukur je dengan apa yang DIA dah bagi selama ni. @senyum

But still lucky to have family yang sangat protective dan dikelilingi kawan-kawan yang banyak menceriakan hidupku. Hehe.. terima kasih semua..@senyum

Kalau orang tanya apa yang berubah bila masuk umur 30-an ni, rasanya tak banyak yang berubah. I'm still the same old fashion me yang suka duduk rumah layan Crayon Shin Chan, Pocoyo, Upin + Ipin, Bon Jovi, Evanescence etc... blogger-emoticon.blogspot.com

Cuma sentiasa berharap dapat belajar memperbaiki diri supaya dapat jadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Aminnn..

Dan akhir sekali, terima kasih atas segala ucapan dan ingatan kalian sama ada melalui facebook ataupun sms. Semoga segala doa yang baik-baik itu pun untuk kalian juga. Amin...blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to 30

  1. Kak Sitiii!!!

    Happy belated bufday to u.. Happy belated bufday to u..semoga god bless u always. sorry saya tak online hari tuh tak sempat nak wish. online gune phone dia x bagitau saya sape nyer bufday..haishhh... tapi jgn patah hati beli Bb k. theehehee

    ReplyDelete
  2. haha. thank u very much. yela, kalau govt x jadi ban, saya beli bb. haha.. :P

    tapi mcm dh gatal nk beli iphone plak la.. :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.