Archive for July 2010

Come back when u can

Ok, tajuk tu bukan untuk suruh sesiapa pun kembali ye?jelir

It's just something keep recurring right now. Aku kerap didatangi mimpi bertemu manusia-manusia yang kalau boleh aku tak mau jumpa dah. Haih, mau apa ya kamu semua ni? Aku ada berhutang dengan korang ke? sighSila la pergi jauh-jauh.

Hidup pun dah semakin sibuk semula. Keadaan biasa bila start new task - meja bersepah, hidup pun mula berserabut. Tapi paling seronok sebab lepas ni boleh ambik cuti panjang. Yeay! Cuma yang tak bestnya nanti, cuti tu rasanya akan spend untuk mengemas rumah, since I'll be moving to a new home next week. Yeay lagi!

Jadi untuk Cik Sarina, saya takkan ada masa untuk berfoya-foya dalam 2 minggu ini ya? Harap maaf. Sila datang balik selepas 2 minggu ya?jelir

Oh, harapnya takdelah drama air mata macam masa 6 tahun lepas. Rasa sedih sungguh nak tinggalkan rumah lama. Walhal sebelum tu rasa macam nak pindah sangat dah. Hehe.. Mungkin banyak sangat sentimental value yang tertinggal kot?gatai

Dan aku rasa, lagu ni sepatutnya tuan rumah kena dedicate untuk kami yang dah 6 tahun menghuni rumah dia tuh..



Come back when you can.
Let go, you'll understand.
You've done nothing at all to make me love you less.

So come back when you can.

: Come Back When You Can - Barcelona
P/s : This is one of the track playing on The Vampire Diaries series.

4 Comments

A cleaner

Pernah tak terfikir, kadang-kadang tanpa pembelajaran secara formal pun kita mampu jadi expert dalam sesuatu bidang? Hmm...

Semalam, sebelum bertolak balik ke kampung sempatla singgah ke kiosk Maxis untuk bayar bil. Masa nak masuk ke kiosk tu, ada seorang kakak cleaner tengah bersihkan pintu masuk kiosk. (Tinted kiosk tu sangat gelap, ok? Kalau takde pak guard memang cuak gila jugak la nak buat payment kat dalam tuh. Ape ntah motif letak tinted gelap macam tu?)

Then, masa tengah nak masukkan duit kat mesin tu, kakak cleaner tu masuk. Kebetulan salah satu not RM tu mesin dah reject. Disebabkan aku fikir yang mesin tu reject sebab duit koyak, so I changed it with a new one from my purse. Tapi malangnya the new note also been rejected by the machine.

Kakak cleaner : Ha, dia taknak terima tu. Cuba masuk lagi sekali.

Me: Huh, mengada la mesin ni..
(Aku pun cuba sekali lagi and end up dengan bunyi successful transaction- agaknyala..)

Kakak cleaner: Ha, dah ok dah.

Me: (Senyum sambil habiskan transaction) Wa, akak pun dah expert ek dengan mesin ni? Hehe..

Kakak cleaner: Dah biasa dah dik dengar mesin ni hari-hari..
(Ini bukan ayat berlagak ye?)

See? Get the picture? Eventhough she's only a cleaner, yet, she's an observer too. blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

M.A.L.A.S.

Nampaknya penyakit malasku sudah tiba. Inilah salah satu petanda bila aku tak busy - blog tak update. Sebab? Bila dah tak busy, masa untuk menghadap komputer semakin berkurang disebabkan masa lebih banyak terluang untuk belajar memasak dan menjahit menghabiskan pembacaan buku-buku yang dah tersimpan sebagai stok. Haha..

Even kat office pun boleh goyang kaki je sekarang ni. Pelik tak pelik la tahun ni kan? Hehe..blogger-emoticon.blogspot.com

Sedar tak sedar tak sampai sebulan je lagi dah nak puasa (klise sungguh ayat..) dan tak sampai sebulan juga aku nak menghabiskan sisa-sisa umur 20-an ni. Hua~blogger-emoticon.blogspot.com Sungguh pantas masa berlalu. (ayat klise lagi..)

Tapi, sebenarnya sangat excited mau berpuasa. Bukan sebab excited nak berhari raya ye? I'm not a kid anymore.. And I'm not a mummy yang dah excited nak collect duit raya anak for the first time. So kenalah rasa excited untuk beraya. @jelir No, not that. Cuma ada comfort feeling bila sampai bulan puasa tuh. Rasa tenang dan aman yang tak dapat digambarkan. Sungguh, rindu suasana bulan puasa.

Dapat balik awal pun iya juga. Hehe.. Oh, nampaknya start puasa dah kena change my route. Dah tak boleh ikut jalan biasa kalau tak nak hadap heavy traffic. Phew...

Apa pun, I miss Mr. Ramadhan so much! Mudah-mudahan masih mampu mengecapi nikmat Ramadhan lagi tahun ni. Amin..

3 Comments

Think

Taken from Noeeeee
Think of it again. blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Jauh yang tak berapa jauh

Makin meningkat usia ni aku terasa semakin sensitif la. Buktinya? Ini ha..


Aku pun rasa sangat pelik sebab aku tau kat mana kedudukan aku dan kawan aku yang buat aku berjauh hati tu. Tapi bila orang yang paling rapat dengan dia buat something yang aku rasa dia tak patut buat pada aku sebab dia tau macam mana hubungan aku dengan kawan aku tu, aku rasa macam hah, I think I'm gonna loose one of my best friend again. Fuh~

Tapi, takpelah. Adatlah tu. Mana ada orang yang akan bersama dengan kita selamanya kan?

Cuma kalau boleh, aku tak nak lah jadi macam relation aku dengan orang ini. Sekarang ni bila jumpa jadi macam kekok. Sebab? Aku sendiri yang mencipta jurang itu. Hmm..

Hopefully takkan jadi macam itulah. Harap-harap..

To that particular friend, saya minta maaf ye? Kadang-kadang kesibukan yang saya cipta tu hanya alasan untuk menutupi perasaan jauh hati saya. Di mata saya you're still one of my best friend and will be one of my best friend ever!@adil

2 Comments

A song for a stalker :D

Dah lama-lama dengar lagu ni baru perasan lagu ni macam lagu untuk stalker.blogger-emoticon.blogspot.com


And I don't want the world to see me
Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

P/s: I just want you to know who I am, Mr. Damon.blogger-emoticon.blogspot.com(Gedik mode tetiba)

4 Comments

Mencuci mata

Hoho.. Balik dari menonton Eclipse ada manusia yang dah angau dengan Edward Cullen rupanya. Haha..

For me, Edward nampak cool masa 1st Twilight aje. Sebab masa 1st Twilight memang nampak dia sangat protected over Bella. The rest, nampak cool yang sejuk. Haha.

Cool kan? Tapi macam terlebih pakai bedak. blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi kan, sejak start follow The Vampire Diaries, aku baru tau yang vampire ni banyak extra abilities such as they are able to manipulate human's mind. And the most important thing, diorang tak terlebih sapu bedak kat muka.

Tengok? Cik Sarina, Stefan Salvatore ni pun cool, baek dan naif. Cuma tak terlebih sapu bedak. Haha..

Tapi tak boleh lawan my latest crush la.. blogger-emoticon.blogspot.com

Mr. Damon Salvatore....

Dunno why, tapi saya prefer si watak jahat ni. Hehe.. Agaknya sebab memang suka tengok lelaki yang muka ala-ala crook kot? Hoho..

Heh, hilang sudah rasa marah yang disimpan semenjak hari Jumaat tuh. Hehe. Alhamdulillah.. Tak mau marah-marah dah. Takut cepat tua dari usia sebenar pulak. Oppss!
Lepas ni memang nak kena cuci mata selalu la kot?blogger-emoticon.blogspot.com

7 Comments

Never too late


Taken from here.

Never too late to apologize even though it's not your mistakes. Tapi, berapa ramai yang sanggup jatuhkan ego semata-mata nak meminta maaf tu? Jangan sampai menyesal dan jadi macam ni blogger-emoticon.blogspot.com dah la ye?

2 Comments

Dalam mimpi pun nak jadi kejam. Haih..

Bila bukak blog my partner-in-crime masa kat sekolah agama dulu (Dulu aje ye? Sekarang kami dah jadi baik...siul), and baca pasal mimpi dia aku terus teringat pasal mimpi blind date aku dulu-dulu. Haha.. Sampai sekarang tak dapat recall siapakah mamat yang merelakan diri dia di 'pow' itu.

Ok, aku pun nak cerita pasal mimpi jugak. Pagi tadi nak dijadikan cerita aku mimpi hal kerja. Kena berhadapan dengan manusia yang buat aku bengang last week. Tetiba dengan baik hati dan senyum manisnya dok tanya aku,

Dia: Eh, bila nak kita settlekan pending job you yang ada pada saya tu?

Me: Oh, bila-bila pun boleh. Saya free dah sekarang. You tu yang busy aje. (Dengan straight face dan tak pandang muka orang yang bertanya, tanda masih berkecil hati dengan hal minggu lepas).


Dia: Oh, ok. Nanti kita fix suitable time.

Tak sempat nak jawab, alarm dah berbunyi. Huhu..

Bila bangun je terfikir; uh, kejamnya saya buat face reaction macam tu. Dalam mimpi pun nak jadi kejam juga ke? D'uh! *ketuk kepala sendiri* blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

To love them more..

How I wish I can turn back the time. blogger-emoticon.blogspot.com
Cuma aku tau, bila mereka hilang dari hidup aku sebab Allah lebih sayangkan mereka..senyum

Leave a comment

Morning sightseeing

Still in mourning period. Belum ada mood nak mengarang related entry. Insya Allah, bila keadaan kembali ok I'll share with you those moments. Tsk..

This was taken this morning, during my morning walk. Konon nak berjogging, tp biasanya end up dengan berjalan-jalan menghirup udara pagi saja..


Sungguh tenang suasana pagi kan?



Beside our walking path



Suasana pagi di kandang enche' unta. @kenyit


Lagi suasana pagi yang mendamaikan...


Pokok apa ni eh?

Istana Lama Johor. Biasanya kebanyakan photographer suka buat outdoor shoot kat sini. Ini sebab pagi lagi. Kalau tak, dapatlah jumpa pasangan pengantin tengah photo shoot kat sini.. Silap-silap boleh jadi hantu lilin dalam gambar diorang. @jelir

P/s: sejak bila pulak blog ni jd photoblog? Hmm..blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.