Saya nak kawen bukan sebab...

Gempak tak title post hari ni? Haha..blogger-emoticon.blogspot.com

Bukan apa, ni semua gara-gara menonton Cerita Artis Malaysia (CAM) kat Astro Ria semalam. Mesti ada orang pelik, kenapa aku boleh menghadap tv. Haha. Ni semua gara-gara tensi nak menyiapkan kerja malam tadi. Tapi aku tak tengok sampai habis pun. Terhenti separuh jalan sebab lebih teringatkan kerja yang bertingkat nak kena siapkan semalam tuh. Huhu..

Ok, semalam turn Nabil jadi subjek utama CAM tuh. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Cuma bila ditanya bila dia nak menamatkan zaman bujang dia dengan gf dia tu aku suka dengar jawapan dia. Sebab aku rasa jawapan tu paling praktikal. Untuk aku jugak sebenarnya. blogger-emoticon.blogspot.com

Nak tau apa dia jawab?

Dia kata, "Saya nak kawen bukan sebab orang nak saya kawen. Tapi saya nak kawen sebab yada yada yada..." Actually aku dah tak ingat jawapan dia sebab aku dah masuk bilik untuk sambung buat kerja sambil mendengar lagu-lagu sedih yang ada dalam Ipod aku tuh. Haha..

And kalau aku punya jawapan aku akan sambung macam ni; Tapi saya nak kawen sebab

1. jodoh saya dah sampai / seru untuk kawen dah sampai
2. dah ada orang yang nak jaga dan terima saya seadanya saya
3. dah jumpa orang yang sesuai
atau
4. sebab saya nak kawen la. @jelir

Fuh.

Tapi serius, memang penat nak menjawab persoalan yang kekadang boleh meningkatkan kadar emosi ni. Bila bagi jawapan yang kita rasa selamat pun orang yang bertanya tu masih tak puas hati. Masih nak buat anggapan sendiri. Haih, manusia.. manusia.. Mana la orang tak emo dengar soalan-soalan sebegitu? Huh...

Contohnya bila keluar soalan-soalan cepucemas mereka tu kita bagi la jawapan tunggu sampai seru ke atau takde calon ke, mula la keluar andaian macam-macam. Salah satu yang biasa disebutkan adalah TERLALU MEMILIH. Hoh? Nak hidup dengan orang tu bukannya sehari dua. Kenala pilih betul-betul. Ingat macam nak pilih ikan kat pasar ke? Haish. Sungguh tertekan saya.blogger-emoticon.blogspot.com Patutla ada orang sampai emo bila berdepan dengan persoalan ni. Hehe.. But then again, aku tak mau jadi emo. Like I've mention in my previous entry, aku cuba jawab sekreatif mungkin. Malas nak emo-emo ni. Nanti bukan setakat kita je sakit hati. Orang yang bertanya tu pun sakit hati. Tak pepasal jadi bergaduh pulak. Dah jadi cerita lain.

Apa pun, terima kasih la Nabil, sebab tolong bagi aku idea untuk menjawab persoalan itu. Haha..

blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Saya nak kawen bukan sebab...

  1. haha..akak dulu biler org bebel "aper kamu tunggu lagi..blaja dah abih, keje dah ader..kawen jerk la".

    akak jwb..ala, br lg keje. bg la mak bapak rase dulu duit kite. sometimes dgn nada gurau jwb "amboi..laju jerk soh kawen.kot2 hulur seribu 2 skali..best jugak" kompem terdiam..hehehe.

    ReplyDelete
  2. tu la. mmg sejak abes blaja itu la expectation kebanyakan mereka yang terlebih prihatin tuh. sgt penat dah nak fulfill expectation diorg. fuh~

    mujurla family terdekat tak kisah sgt psl mende nih. Alhamdulillah. Yela, as long as hidup kita ni tak menyusahkan diorang, buat apa nak sibuk2 sangat kan? hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.