Hmm lagi..

Sangat kesian dengan nasib kaum sendiri bila hal-hal macam ni terjadi. Haish..

Nak salahkan lelaki ke sebab terlalu selfish?
Atau nak salahkan perempuan sebab terlalu percayakan lelaki?

Ops, ini bukanlah kisah hubungan terlarang lelaki dan perempuan atau kisah haruan makan anak mahupun kisah hubungan songsang. Juga bukan niat untuk memburukkan sesiapa mahupun menjaga tepi kain orang lain.

Cuma, orang ini sangat dikenali. Malah, tempat yang aku duduk sekarang ni pun asalnya tempat duduk dia. Tak sangka. Memang sungguh tak disangka. Memang betul la kot kata sesetengah orang, bila kita senang kita akan lupakan orang yang pernah bersusah payah untuk kita. Huh, Nauzubillah. Mudah-mudahan aku tak tergolong dalam kelompok yang sebegitu.

Yang nyata, bila jadi hal macam ni tak dapat tidak, kebanyakan dari kita yang tak tahu kisah sebenar akan menuding jari kepada perempuan. Katanya tak pandai nak menjaga suami la, tak pandai nak menghias diri untuk suami la.. Itu la.. Ini la.. Sampai si suami dah tak mahu pandang isteri lagi. Semua kesilapan tu akan dituding terus kepada perempuan. Haih. Moleknya kita sebagai orang luar tak perlulah nak buat andaian melulu macam tu.

Cuma untuk kes ini aku memang bersimpati dengan si perempuan sebab dia dah berkorban masa mudanya untuk jadi isteri lelaki itu. Belum pun habis belajar, si lelaki dah sunting dia jadi isteri. Habis je belajar, tak pernah bekerja pun. Hanya jadi suri rumah. Selepas dikurniakan 3 orang cahaya mata, ditakdirkan jodoh mereka tak panjang. Aku terfikirkan macam mana dia nak teruskan hidup dia sekarang ni dengan 3 orang anak yang masih kecil tuh? Hmm.. Tapi bumi Allah ni luas kan? Mudah-mudahan dia diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan hidup dia nih. Amin..

Patutla ex-husband dia dah lama tak contact. Tegur kat YM pun tak berjawab. Ada 'hal' rupanya. Hmm.. Janganla orang ini pun buat perangai yang sama. If the same thing happens, aku tak akan teragak-agak angkat kaki jauh-jauh daripada dia. Huh..

And I realised, hal-hal macam ni la yang buat aku fobia dengan man-woman relationship nih. So, jangan salahkan saya bila saya lebih selesa membujang sampai sekarang yek? blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Hmm lagi..

  1. tak larr nak kata semua lelaki jahat sbb tak jugak semua perempuan baik. ada lelaki yang pasang 2-3. ada jugak yg berstatus isteri tp berskandal ngan lelaki lain. macam tak cukup dengan ape yg ada. bila hal2 camni berlaku kat keliling kita, kita fobia dan seram sejuk. mula lah terfikir, itu 'bahagian' dia, 'bahagian' kita nanti camanalah pulak. kan? huhuhuh...

    ReplyDelete
  2. hihihik...
    org pun pnh terpikir bnd yg sama ape akak pikir...
    sebenarnya skrg nih perkahwinan itu nasib..
    kita x tau ape yg akan terjadi pada masa hadapan...
    bila baca paper psl haruan makan anak la..kes cerai berai la..
    selalu terpikir...mungkinkah suatu hari nanti perkara itu akan terjadi pada diri sendiri...
    pikir2..takut pulak...huhuhuuuuuu

    ReplyDelete
  3. tuh la..suma pompn salah. to me..it takes two to tango. so not fair kite salahkan sebelah pihak esp pompn sedangkan kite org luar yg tatau detail citer/punca suma tu jadik.

    mmg..kawen itu gamble. bukan takde pilih mcm nak rak...alih2 lepas 3,4 tahun berubah perangai. ader jugak biler kawen pd mulenyer mcm hantu..lepas tu berubah jadi baik.

    mmg betul...kasih sayang pd org belum tentu kite dihargai. sbb itu org tua2 ader pesan...sayang n benci tu kene la berpada2. at least kalo kite disakiti...sakit nyer tak la seberapa.lebih baik taburkan kasih sayang kite pada Allah...Allah takan sesiakan hambaNya. insyaallah.

    ReplyDelete
  4. hehe. dh mcm meja perbahasan lak.. ;)

    tp memang betul pun. nasib masing2 tu berbeza. kita takkan boleh pasti yang kita takkan mengalami @ mengalami nasib yang baik dlm hidup kita. especially topik marriage ni la kan?

    hmm, to me marriage life is like gambling. It's a long journey to be gone thru. kita takkan tau ape yg ade kat depan tu sampailah kita laluinya. and marriage life ni mcm kita masuk sekolah balik la kot? hari-hari akan belajar benda baru sebab kita start a new life yang sgt berbeza dengan hidup kita sebelum tuh. Nak menyesuaikan diri tu la yang akan buat kita banyak belajar tntg pasangan.

    haih, dh mcm pakar motivasi la plak...

    sebenarnya tak nak fikir banyak2 sebab bila fikir banyak, makin takut nak laluinya.. so, let it comes naturally.. ;)

    ReplyDelete
  5. pk benda yg same...huu! btw, interesting entry on my birthdate..hee...

    ReplyDelete
  6. ehe, rsnya mmg ramai pompuan bujang yg pk gini kot? tp bhgian masing2. kita tatau bahagian kita cane. so pasrah je, klu jd kt kita pun..

    eh, bila b'day awak Arina? dh lepas ek? happy belated b'day la ek? moga dimurahkan rezeki + dipermudahkan segala urusan dunia + akhirat. Amin.. =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.