Archive for June 2010

A shoulder, please!

Heartbroken. Err.. more to disappointment actually. Haih..

Sangat tak suka bila ada orang suka hamburkan kemarahan tak kena pada tempatnya. If that is my mistakes then I'll admit it. Tak perlu nak hamburkan kemarahan anda kepada saya. I'm not your punching bag, ok?

To tell the truth, I think that person is not himself anymore. I don't think he is the same person I've known for almost ten years ago. Ye, hampir sepuluh tahun. Sepanjang masa itu, aku hormatkan sebagai orang yang sepatutnya dihormati. Tapi.....

Dahla, malas nak taip panjang-panjang. Dah ada mood nanti baru sambung. Itu pun kalau aku nak sambung la. Huh.. blogger-emoticon.blogspot.comOh, ini tiada kaitan dengan kisah cinta terlarang ye? Jangan ada yang fikir ini kisah skandal pulak.. Itu sangatla tak benar ya?

In the meantime, I need a shoulder. Someone please, lend me a shoulder...blogger-emoticon.blogspot.com



And when you need
A shoulder to cry on

When you need

A friend to rely on

When the whole world is gone

You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on

I'll be there

I'll be your friend to rely on

When the whole world's gone

You won't be alone 'cause I'll be there

3 Comments

I hope so..

credit to foreverisours

Leave a comment

Hmm lagi..

Sangat kesian dengan nasib kaum sendiri bila hal-hal macam ni terjadi. Haish..

Nak salahkan lelaki ke sebab terlalu selfish?
Atau nak salahkan perempuan sebab terlalu percayakan lelaki?

Ops, ini bukanlah kisah hubungan terlarang lelaki dan perempuan atau kisah haruan makan anak mahupun kisah hubungan songsang. Juga bukan niat untuk memburukkan sesiapa mahupun menjaga tepi kain orang lain.

Cuma, orang ini sangat dikenali. Malah, tempat yang aku duduk sekarang ni pun asalnya tempat duduk dia. Tak sangka. Memang sungguh tak disangka. Memang betul la kot kata sesetengah orang, bila kita senang kita akan lupakan orang yang pernah bersusah payah untuk kita. Huh, Nauzubillah. Mudah-mudahan aku tak tergolong dalam kelompok yang sebegitu.

Yang nyata, bila jadi hal macam ni tak dapat tidak, kebanyakan dari kita yang tak tahu kisah sebenar akan menuding jari kepada perempuan. Katanya tak pandai nak menjaga suami la, tak pandai nak menghias diri untuk suami la.. Itu la.. Ini la.. Sampai si suami dah tak mahu pandang isteri lagi. Semua kesilapan tu akan dituding terus kepada perempuan. Haih. Moleknya kita sebagai orang luar tak perlulah nak buat andaian melulu macam tu.

Cuma untuk kes ini aku memang bersimpati dengan si perempuan sebab dia dah berkorban masa mudanya untuk jadi isteri lelaki itu. Belum pun habis belajar, si lelaki dah sunting dia jadi isteri. Habis je belajar, tak pernah bekerja pun. Hanya jadi suri rumah. Selepas dikurniakan 3 orang cahaya mata, ditakdirkan jodoh mereka tak panjang. Aku terfikirkan macam mana dia nak teruskan hidup dia sekarang ni dengan 3 orang anak yang masih kecil tuh? Hmm.. Tapi bumi Allah ni luas kan? Mudah-mudahan dia diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan hidup dia nih. Amin..

Patutla ex-husband dia dah lama tak contact. Tegur kat YM pun tak berjawab. Ada 'hal' rupanya. Hmm.. Janganla orang ini pun buat perangai yang sama. If the same thing happens, aku tak akan teragak-agak angkat kaki jauh-jauh daripada dia. Huh..

And I realised, hal-hal macam ni la yang buat aku fobia dengan man-woman relationship nih. So, jangan salahkan saya bila saya lebih selesa membujang sampai sekarang yek? blogger-emoticon.blogspot.com

6 Comments

Hmm..


Find it at someone's Tumblr.

Still wondering, boleh ke bintang jatuh ke bumi? angkatkening Oh, u mean meteor, right? Hmm...

Leave a comment

Multitasking

Hi there. Sorry for the long hiatus. Huh, gila perasan. Macam ramai je orang yang baca blog ni. blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah, kesihatan dah bertambah baik. Cuma rehat je yang masih tak mencukupi. @sigh

Hmm, hari ni nak cerita pasal multitasking. Since aku start kerja kat tempat sekarang ni memang bos dah train kitorang supaya boleh buat 2-3 kerja dalam satu masa. Meaning, even if you're graduating on accounting field, you are not necessarily be allocated to the accounting or audit department. But, possibly you'll be allocated to other department such as secretarial or tax department.

Macam aku ni memula masuk memang la kena duduk dekat accounting department. Masa ni memang responsible untuk key in data and other clerical stuffs yang kalau kena buat balik sekarang ni aku memang tak sanggup. Huh..

Then, a year after barulah start masuk audit department. Masa ni barulah bermula SEKSA yang kena hadap tiap-tiap tahun. Haish.. Daripada title junior sampailah ke title senior la ni, masih lagi menanggung seksa yang sama. blogger-emoticon.blogspot.com

Oh, lupa. Dalam masa yang sama bos galakkan kami belajar jugak berkaitan department yang lain. Yela, sebab masing-masing sebenarnya saling berkait. So, nak tak nak memang kena belajar la kan?

Eh, apa sebenarnya motif di sini?

Oh, as for me sebenarnya tak kisah pun nak kena belajar banyak-banyak benda ni. Orang kata ilmu dunia ni memang tak habis belajar pun kan? Lagi pun, hal yang sama nak hadap hari-hari pun. So, memang tak kisah la.

TAPI, aku akan kisah bila sampai peak period camni. Ni bukan nak mengungkit ye? Cuma sangat penat bila tengok orang lain cuma menghadap 1 benda jek compared to me yang kena menghadap 2-3 benda dalam 1 masa. Boleh menjatuhkan moral untuk bekerja. Haih.. Tak pasal-pasal dah ada yang kena marah hari ni.

Memang tensi. Semua nak cepat. Semua nak di review. Semua nak kena meet deadline. Semua itu. Semua ini. Hmm..blogger-emoticon.blogspot.com

Nampaknya kena cari tarikh sesuai untuk bercuti panjang ni... blogger-emoticon.blogspot.comAny suggestion?

Leave a comment

Feeling sick (-_-)"

There's a lot to tell but sorry to say, I'm too sick right now. Tensi woh. Kerja tengah banyak, badan pulak tak berapa sihat. Haih..


And thanks for those well wishes. Doakan kesihatan saya ye? blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Kemproh?

Ok, ini entry untuk mengutuk orang. Tapi in a positive way, janganla tiru perangai tak senonoh orang yang dikutuk ini ye?

***
Staf A: Kak, kenapa dah siap review ni akak tak tulis apa-apa kat bawah ni? Letakla bintang ke.. Excellent ke..

Me: Wah, ingat aku tanda buku sekolah ke ape? Haha..


Staf A: Takde la kak, macam Pn. B tu dia selalu conteng-conteng kat working yang dia dah siap review.


Me : Oh, ye ke?


So, bila tengok balik job yang aku buat dan dia telah review, aku realised yang dia memang memang suka tulis macam-macam atas working tuh. Memang 'kemproh'la bak kata orang jawa. Haha.

This is my staf job reviewed by me

This is my job reviewed by her.

Serabut kan? Sesuka hati nak letak review point bersepah-sepah macam tu. Nak betulkan pun jadi malas.blogger-emoticon.blogspot.comHaish..

So anak-anak, jangan tiru perangai tak senonoh ini ya?blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Sharing

Someone smsed me this quote;

If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.

If you know yourself but not the enemy, for every victory you gained, you will also suffer a defeat.


If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.
- Sun Tzu, Art of War

What say you?blogger-emoticon.blogspot.com

P/s : The credit goes to Abi Merah. Thanks.. blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

I'm a dawn person!




You Are Dawn



You are a naturally energetic and optimistic person. You can't wait to start each day.

You hate to waste any time, and you jump out of bed in the morning ready to face the world.

You enjoy working and have a fulfilling career. For you, nothing feels better than the sweet victory success.

You are goal oriented and successful in every aspect of your life. You're universally ambitious.



Hahah.. yo-yo oh aje..blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment

Saya nak kawen bukan sebab...

Gempak tak title post hari ni? Haha..blogger-emoticon.blogspot.com

Bukan apa, ni semua gara-gara menonton Cerita Artis Malaysia (CAM) kat Astro Ria semalam. Mesti ada orang pelik, kenapa aku boleh menghadap tv. Haha. Ni semua gara-gara tensi nak menyiapkan kerja malam tadi. Tapi aku tak tengok sampai habis pun. Terhenti separuh jalan sebab lebih teringatkan kerja yang bertingkat nak kena siapkan semalam tuh. Huhu..

Ok, semalam turn Nabil jadi subjek utama CAM tuh. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Cuma bila ditanya bila dia nak menamatkan zaman bujang dia dengan gf dia tu aku suka dengar jawapan dia. Sebab aku rasa jawapan tu paling praktikal. Untuk aku jugak sebenarnya. blogger-emoticon.blogspot.com

Nak tau apa dia jawab?

Dia kata, "Saya nak kawen bukan sebab orang nak saya kawen. Tapi saya nak kawen sebab yada yada yada..." Actually aku dah tak ingat jawapan dia sebab aku dah masuk bilik untuk sambung buat kerja sambil mendengar lagu-lagu sedih yang ada dalam Ipod aku tuh. Haha..

And kalau aku punya jawapan aku akan sambung macam ni; Tapi saya nak kawen sebab

1. jodoh saya dah sampai / seru untuk kawen dah sampai
2. dah ada orang yang nak jaga dan terima saya seadanya saya
3. dah jumpa orang yang sesuai
atau
4. sebab saya nak kawen la. @jelir

Fuh.

Tapi serius, memang penat nak menjawab persoalan yang kekadang boleh meningkatkan kadar emosi ni. Bila bagi jawapan yang kita rasa selamat pun orang yang bertanya tu masih tak puas hati. Masih nak buat anggapan sendiri. Haih, manusia.. manusia.. Mana la orang tak emo dengar soalan-soalan sebegitu? Huh...

Contohnya bila keluar soalan-soalan cepucemas mereka tu kita bagi la jawapan tunggu sampai seru ke atau takde calon ke, mula la keluar andaian macam-macam. Salah satu yang biasa disebutkan adalah TERLALU MEMILIH. Hoh? Nak hidup dengan orang tu bukannya sehari dua. Kenala pilih betul-betul. Ingat macam nak pilih ikan kat pasar ke? Haish. Sungguh tertekan saya.blogger-emoticon.blogspot.com Patutla ada orang sampai emo bila berdepan dengan persoalan ni. Hehe.. But then again, aku tak mau jadi emo. Like I've mention in my previous entry, aku cuba jawab sekreatif mungkin. Malas nak emo-emo ni. Nanti bukan setakat kita je sakit hati. Orang yang bertanya tu pun sakit hati. Tak pepasal jadi bergaduh pulak. Dah jadi cerita lain.

Apa pun, terima kasih la Nabil, sebab tolong bagi aku idea untuk menjawab persoalan itu. Haha..

blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.