Testimoni

Oleh kerana nak tolong promo business kawanku ini, maka entry kena dramatik sikit hari nih. blogger-emoticon.blogspot.com

**********

Disebabkan hari ni Isnin, maka emosi untuk bekerja adalah sangat tak seronok. Ditambah pulak, bila pepagi lagi dah kena marah. Haish, sabar ajela nak.. Mujurla puasa hari ni. Kalau tak, memang kena sedas agaknya orang tuh. Haha..

Tapi, masuk tengahari je, emosi terus meningkat jadi positif. Nak tau sebab apa?


Tada~ Parcel yang dijanjikan telah selamat tiba ke tangan. Hehe. Ops, ada alamatku disitu. Silela gunakan alamat itu untuk segala urusan surat menyurat ye? Nak bagi kad jemputan ke, nak hantar kad raya ke, bolehla gunakan alamat itu. Nak hantar duit raya pun boleh.. Haha..

Ok, melalut sudah. Parcel ini adalah hasil online shopping ku di Zara Zass Collection.

Zara Zass Collection ni baru mula beroperasi dan diusahakan oleh Pn. Nurli dan Pn. Saiedah. Ini pun baru pesanan kedua dari aku sebenarnya. Tapi aku agak berpuas hati dengan keadaan parcel yang diterima sebab barang yang dipesan dibungkus elok dalam kotak ni.

Cantik kan, kotak ni? Masih berkeadaan elok bila sampai ke tangan pelanggan. Untuk keterangan lanjut tentang pembungkusan ni, boleh rujuk ke sini. =)

Apa yang aku beli? Oh, ini dia;


1. Sepasang kain cotton. (Tataula bila nak jahit nih. Hehe..)
2. Tudung lycra - Plain choco.

Dan ini pulak, pesanan aku sebelum ni;

2 helai tudung plain lycra.

Ok, sebagai antara pelanggan terawal, aku nak bagi komen sikit.

Komen tentang tudung:

Oleh kerana buat masa ni aku cuma selesa dengan plain lycra, pilihan plain lycra yang ditawarkan oleh Zara Zass Collection ni agak memuaskan hati. Kualiti kain setanding dengan tudung 'mahal' tu (jenama apa, tak payah nak mention la kan?) tapi kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Jadi, sesiapa yang suka pakai plain lycra, bolehla membeli belah di Zara Zass Collection ni ye? blogger-emoticon.blogspot.com

Komen tentang kain:

Buat masa ni pilihan kain belum berapa banyak lagi. (Ataupun aku yang tak berapa berkenan dengan color yang ada? Hehe..) Cuma nak bagi cadangan la untuk pihak Zara Zass Collection, untuk fabrik ni rasanya kena tunjuk gambar kain dalam scale yang lebih besar. Contohnya gunakan mannequin ke.. At least, bakal pelanggan boleh tengok kain tu betul-betul sebelum memilih. blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi, apa pun aku puas hati. Lepas ni boleh shopping lagik. Hehe..

Oh, entry ini tidak berbayar ye tuan-tuan dan puan-puan? Cuma usaha murni seorang kawan untuk mempromosi perniagaan kawan-kawannya. Tapi lepas ni kalau sesiapa nak suruh promo business kena bagi sample dulu yer? Haha.. blogger-emoticon.blogspot.com

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Testimoni

  1. ingatkan bisnes jual kotak..aduyai...

    ReplyDelete
  2. ehe...kite cm sehati sejiwa lak..
    org pun pose gak =)

    ReplyDelete
  3. sang:
    heh, kuar description terus. haha.. :P

    iN:
    hehe..puasa ganti ek? :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.