Archive for May 2010

Tanam bertanam

Oleh sebab dah emo sekejap tadi, maka entry ni takkan berbau emo. Hihi.. Antara azam tahun ni, tak nak get carried away dengan emo yang melanda diri. Insya Allah. @adil

Cuma tengah belajar menanamkan tauge eh, elemen-elemen positif dalam minda nih. Antaranya;

  • Jangan mudah berprasangka dengan orang.
  • Jangan mudah nak melenting bila sesuatu hal tu tak kena dengan pemikiran atau selera sendiri.
  • Jangan mudah prejudis pada orang lain.
  • Jangan mudah nak menyebarkan keburukan orang lain.
  • Jangan mudah bersikap negatif.
  • Jangan, jangan dan jangan buat perkara-perkara yang kita tak suka kpd orang lain. Dengan kata mudahnya, kalau kita tak suka orang buat benda tu pada kita, so kita jangan sesekali buat pada orang lain. Ngerti?
So, macam mana marah sekalipun, jangan sesuka hati nak hamburkan kepada orang lain ye? Even, kat status facebook ataupun twitter sekalipun. (Ni untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Penting untuk mengelak daripada kenyataan disalah erti. Kalau ada yang dah salah faham, susah pulak nak terangkan satu per satu nanti. Huhu.. ) blogger-emoticon.blogspot.com

3 Comments

So far away

Aktiviti di kala kebusanan. Huhuh..blogger-emoticon.blogspot.com


This is my own doodle. Hehe. Using So Far Away lyrics by Staind. Haish. Sungguh busan la.. Bila la kesibukan ni nak berakhir? Ceh, tiap-tiap tahun pun itu aje yang dirungutkan. Hahah..blogger-emoticon.blogspot.com

Oh, kalau nak cuba buat doodle sendiri, bolehla ke sini: Wordle.net

Leave a comment

Kenapa eh?

Ok, ni ada satu soalan utk org lelaki.

Kenapa eh, org lelaki bila buat jahat atau buat perangai tak semenggah, mereka tak suka dikaitkan dengan ahli keluarga mereka?

Contohnyala kan kita tegur mcm ni;

Eh, awak kenapa awak buat macam ni kat orang lain? Cuba bayangkan benda yang sama berlaku pd adik awak ke, kakak awak ke, atau ahli keluarga awak yang lain, awak marah tak?

Biasanya soalan tu mesti akan diberi jawapan begini;

Eh, yang buat salah ni saya, jangan nak kaitkan dengan ahli keluarga saya pulak ye?

Wahai lelaki, kenapa eh? Adakah sebab ego semata-mata atau ada alasan yg lbh munasabah?

Yela, spt yg kita tau, kan setiap perbuatan tu ada balasannya. Tp kenapa anda tidak boleh terima kenyataan tu? Hmm..

Silala jawab, wahai lelaki..

P/s: fuh, penat rupanya blogging guna phone nih..

3 Comments

Testimoni

Oleh kerana nak tolong promo business kawanku ini, maka entry kena dramatik sikit hari nih. blogger-emoticon.blogspot.com

**********

Disebabkan hari ni Isnin, maka emosi untuk bekerja adalah sangat tak seronok. Ditambah pulak, bila pepagi lagi dah kena marah. Haish, sabar ajela nak.. Mujurla puasa hari ni. Kalau tak, memang kena sedas agaknya orang tuh. Haha..

Tapi, masuk tengahari je, emosi terus meningkat jadi positif. Nak tau sebab apa?


Tada~ Parcel yang dijanjikan telah selamat tiba ke tangan. Hehe. Ops, ada alamatku disitu. Silela gunakan alamat itu untuk segala urusan surat menyurat ye? Nak bagi kad jemputan ke, nak hantar kad raya ke, bolehla gunakan alamat itu. Nak hantar duit raya pun boleh.. Haha..

Ok, melalut sudah. Parcel ini adalah hasil online shopping ku di Zara Zass Collection.

Zara Zass Collection ni baru mula beroperasi dan diusahakan oleh Pn. Nurli dan Pn. Saiedah. Ini pun baru pesanan kedua dari aku sebenarnya. Tapi aku agak berpuas hati dengan keadaan parcel yang diterima sebab barang yang dipesan dibungkus elok dalam kotak ni.

Cantik kan, kotak ni? Masih berkeadaan elok bila sampai ke tangan pelanggan. Untuk keterangan lanjut tentang pembungkusan ni, boleh rujuk ke sini. =)

Apa yang aku beli? Oh, ini dia;


1. Sepasang kain cotton. (Tataula bila nak jahit nih. Hehe..)
2. Tudung lycra - Plain choco.

Dan ini pulak, pesanan aku sebelum ni;

2 helai tudung plain lycra.

Ok, sebagai antara pelanggan terawal, aku nak bagi komen sikit.

Komen tentang tudung:

Oleh kerana buat masa ni aku cuma selesa dengan plain lycra, pilihan plain lycra yang ditawarkan oleh Zara Zass Collection ni agak memuaskan hati. Kualiti kain setanding dengan tudung 'mahal' tu (jenama apa, tak payah nak mention la kan?) tapi kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Jadi, sesiapa yang suka pakai plain lycra, bolehla membeli belah di Zara Zass Collection ni ye? blogger-emoticon.blogspot.com

Komen tentang kain:

Buat masa ni pilihan kain belum berapa banyak lagi. (Ataupun aku yang tak berapa berkenan dengan color yang ada? Hehe..) Cuma nak bagi cadangan la untuk pihak Zara Zass Collection, untuk fabrik ni rasanya kena tunjuk gambar kain dalam scale yang lebih besar. Contohnya gunakan mannequin ke.. At least, bakal pelanggan boleh tengok kain tu betul-betul sebelum memilih. blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi, apa pun aku puas hati. Lepas ni boleh shopping lagik. Hehe..

Oh, entry ini tidak berbayar ye tuan-tuan dan puan-puan? Cuma usaha murni seorang kawan untuk mempromosi perniagaan kawan-kawannya. Tapi lepas ni kalau sesiapa nak suruh promo business kena bagi sample dulu yer? Haha.. blogger-emoticon.blogspot.com

3 Comments

Dispose

This is what I've been doing during my weekend.blogger-emoticon.blogspot.com


Setelah sekian lama bertangguh untuk melupuskan 'kenangan' yang tak sepatutnya disimpan (yeah, I've been laughing while typing this sentence, haha..), akhirnya hasrat yang lama ditangguh tu tertunai juga hari ni. Entahla, apa yang buat aku tangguh hasrat melupuskan benda-benda ni sampai mencecah lebih setengah dekad ya? Hmm..

Oh, masa membelek barang-barang yang ada dalam simpanan, aku terjumpa this cute card.

Being told that this is one of his precious. And should be mine too. Tapi sekarang dah takde maknalah kan? Haha.. Shush~

Ok, this is the final product before I'm going to dump it in the huge trash bin. Cuma ada beberapa barang yang aku rasa tak sesuai untuk dilupuskan ke tong sampah. Mungkin akan difaraidkan kepada sesiapa yang sudi. Hehe..

And finally, masa mengemas dan mencari balik barang-barang ni semua aku terjumpa majalah sekolah yang dicari-cari. Haha. Terima kasih ya Allah, kerana menggerakkan hasrat hati untuk melupuskan 'kenangan' ni. Dapat gak jumpa balik majalah tu. blogger-emoticon.blogspot.com

P/s: Jangan tanya untuk apa di cari majalah tu ya?blogger-emoticon.blogspot.com

2 Comments

Soalan dan jawapan

Perasan tak, kebanyakan daripada kita ni suka tanya soalan yang dah ada jawapan? I mean, soalan yang ditanya tu sebenarnya kita dah tau jawapannya. Yelah, mungkin sebab orang kita ni memang suka beramah mesra (atau kekadang busy body???) dengan orang sekeliling. Kalau tak beramah mesra kang tak fasal-fasal kena cop sombong pulak kan? Huhu..

Tapi, pernah tak kita terfikir yang kekadang soalan tu akan membuat orang rasa annoyed?blogger-emoticon.blogspot.com

Contohnyala kan;

Bila kita nampak orang bersiap-siap nak pergi kerja kita akan tanya;

"Nak pergi kerja ke?"

Kalau aku yang ditanya soalan tu, kekadang bila takde mood nak beramah mesra aku akan jawab cmni;

"Takla, nak pergi menebas kat belakang tu. "blogger-emoticon.blogspot.com

Kejam tak? Hoho..

Bukan apa, dah nampak kan kenyataan depan mata? Kenapa mesti nak bertanya lagi? Huhu.. Kesian la kat orang yang ditanya tuh. Ntah-ntah dia tergesa-gesa nak ke tempat kerja ke? Ada hal lain yang lebih penting nak diuruskan ke? Dah terbuang masa dia beberapa saat disebabkan nak jawab soalan tuh.

Adoila.. bukan tak boleh nak beramah mesra. Tapi berpada-pada la ye? Jangan sampai orang menyampah dengan apa yang kita tuturkan.

P/s : Dah macam pesanan khidmat masyarakat plak. Hehe..blogger-emoticon.blogspot.com

4 Comments

Hari Ibu

Klise bunyinya kan? Tiap tahun, 2nd week of May kita akan sibuk sambut hari ibu. Masa ni la kebanyakan daripada kita akan sibuk wish untuk ibu kita, " Selamat Hari Ibu, mak/umi/mama/ibu/bonda"

Tapi kan, masa ni je ke kita tunjukkan yang kita hargai mereka dalam hidup kita? Yelah, mungkin ada sesetengah orang mungkin masa itu je yang mereka ada untuk celebrate dengan ibu mereka. Ada jugak yang berpendapat hari ibu @ bapa ni di create untuk mengingatkan orang yang lupa. Hehe. Whatever! Janji kita hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada.

So, untuk semua ibu dan bakal ibu, selamat hari ibu. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah. Terutama sekali buat kakak-kakak dan makcik-makcik yang banyak menggantikan peranan arwah mak dalam hidup aku selama ni. Luv all of you so much!@peluk @cium

This one goes out to all of you ;



P/s : Dah lama tinggalkan bahasa Arab nih. Rasa macam nak belajar balik jek. Anyone care to teach me? @senyumkenyit

2 Comments

Don't despair and never loose hope...

... Cause Allah is always by your side.@senyum



Setiap kali bila aku rasa down atau 'tok leh gi'(bak kata orang Kelantan), I'm always reminding myself by listening to this song. We are not alone. We can always depend on HIM, insya Allah..@senyum

Leave a comment

Budak pompuan kecik

I'm really missed my childhood moments. Huhuh.. Di kelilingi ahli keluarga kiri dan kanan. Jadi anak manja. Demand jela nak makan apa, mesti dapat punya. (Logiknya selera budak kecik masa tu tak se'standard' selera bebudak sekarang ye?) Walau susah cemana sekalipun mesti arwah mak usaha juga dapatkan. Kalau tak masak, carila kat pasar malam Segamat tuh. Heaven!

Eh, kenapa tetiba bukak cerita yang dah lebih 20 tahun nih? Hehe..

Last week, aku tengok gambar-gambar yang abang aku post kat fb dia, so end up kat 1 gambar ni yang ada komen ni.

Ni sembang antara abang aku dengan partner in crime dia masa kitorang duduk kuarters kat Jalan Hassan dulu. Mereka ni mengutuk abang aku yang post gambar tu sebab abang aku tu kaki report dulu. Haha.. And something caught my attention bila brother tu tanye "Yang pompuan kecik tu sape ke name...". Haha. I think he was referring to me sebab aku la yang paling kecik masa tuh. Adik aku pun belum lahir lagi.

Nyaris je aku nak reply: Yup, I'm nearly celebrating my 30th birthday la bro. Tengokla besar mana sekarang ni. Haha..blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi aku tak reply pun. Let it remains mysteryyy. Hehe..

Hue~ I'm really missed my old days. Mak, abah, abang-abang dan kakak-kakak. Pakcik Gemok jual aiskrim. Kedai Aci. Motor abah. Kenangan main layang-layang depan rumah dengan abang-abangku. Main nyorok-nyorok. Buat khemah daripada daun pisang. Huhu.. Ok, stop. I'm going to cry now. Tsk..blogger-emoticon.blogspot.com

Cepat sungguh masa berlalu kan??blogger-emoticon.blogspot.com

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.