Hilang

Hmm. Minggu ni nampaknya hangat dengan kisah Arwah Din Beramboi ya? Al-Fatihah untuk arwah. Tapi aku bukanlah nak blogging pasal dia kali ni. Cuma terpanggil untuk bercerita tentang kehilangan.

Memang perit rasanya bila kita kehilangan sesuatu dalam hidup kita. Tak kiralah hilang harta ataupun orang-orang kesayangan kita. Semuanya menerbitkan rasa yang sama - Sedih! Sedih, rasa hilang, rasa kosong. Aku rasa orang yang merasai kehilangan je tau macam mana rasanya bila kita kehilangan. Haih, putar belit dah ayat aku nih..

Seorang kawan pernah tanya aku;

"Macam mana la kau boleh hadapi dulu eh?"

Hmm, jawapan aku? Semua orang rasa perit bila melalui saat-saat macam tu. Tapi bila kita belajar terima kenyataan dan redha dengan segala ketentuanNYA, insya Allah kita takkan tersasar dari landasan yang betul. Setiap orang diberikan tahap survival skills yang berbeza. Mungkin kita rasa kita takkan mampu hadapinya tapi bila musibah atau dugaan tu datang pada kita, insya Allah kita akan berjaya melaluinya. Sentiasa ingat, kita bukan berseorangan dalam dunia ni. Ramai lagi orang yang sayangkan kita, perlukan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lagipun yang dah pergi tu dah tentu ada di tempatnya. Kita dah tau arah perjalanannya. Kita yang masih hidup ni tak tau lagi ke mana arah tuju kita. So, teruskan kelangsungan hidup kita macam biasa. Dan jangan lupa doakan mereka di sana. @senyum

Teringat kisah seorang pendengar Hotfm yang menelefon ke konti Jumaat lepas. Kakak tu berkongsi saat-saat dia menghadapi arwah ayahnya yang nazak. Aku turut sebak bila kakak tu kata;

1."Bila arwah meninggal memang rasa kosong. Terus terfikir, tahun ni beraya tanpa abah. Tak dapat nak belikan baju raya untuk abah lagi."
- Aku pun terfikir mende yang sama masa arwah mak aku meninggal dulu. Siapa yang nak buatkan baju raya bila mak dah takde ni? Tsk..

2."Masa tu, kita ada duit banyak macam mana pun kita tak boleh nak belikan pakaian mahal-mahal untuk dia. Kita cuma mampu hadiahkan kain kafan je untuk dia."
- Gosh, memang betul dan masa ni aku dah menitis air mata dah..@nangih

3."Masa tu, ada handphone mahal macam mana sekalipun kita takkan dapat bercakap dengan dia lagi dah. Jadi sesiapa yang ada mak ayah lagi tu, selalu la contact dan bertanya khabar mereka selagi mereka masih ada."
- Yup, betul. Hargai mereka selagi mereka masih bernyawa. Sebab bila dah hilang takkan ada gantinya lagi.

Mudah-mudahan kita masih mampu menghargai insan-insan terpenting dalam hidup kita. Aminn.. Al-Fatihah untuk arwah mak dan abah. Juga untuk insan-insan yang dah kembali ke rahmatullah.

P/s: Sangat terharu dan sebak membaca entry Cikgu Jimi yang ini. Moga cikgu sekeluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Moga ayah cikgu cepat sembuh ya?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.