Allah memang sengaja..

Terjumpa dalam one of my booklet, masa mengemas meja petang tadi;

  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.@senyum
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang mengalaminya.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
  • Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin hampir ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan kepadaNYA.

**********

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah...tanpa dugaan tu semua aku mungkin takkan menghargai hidup aku dengan lebih baik.

Bila baca ayat-ayat kat atas tu aku rasa nak senyum macam Cheshire Cat ni la, boleh tak?

*Foto ihsan en. Google

P/s: Ngeri la pulak bila tengok lama-lama. Hihi..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Allah memang sengaja..

  1. hahaha.. mmg ngeri lak tucen tu sengih gtu. sebelum ni sy x tenung lelama :D

    ReplyDelete
  2. Noey:
    bagus2.. :D
    err, tapi sokong tang mana tuh? :P

    Ann:
    comel ape? tp jgn tgk memalam la, kang ade yang xleh tdo malam lak. hehe.. :P

    ReplyDelete
  3. dlm byk2 tu ai jatuh tang mana? =P

    ReplyDelete
  4. yang kuceng sengih tuh. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.