Tips untuk hilangkan takut memandu

Bila tengok balik livefeed blog aku ni kebanyakkan orang sampai ke blog ni dengan keyword 'takut memandu', which is diorang akan bumped into this entry. Oleh kerana dah lama tak update blog, maka aku dengan baik hatinya nak share pengalaman dan tips untuk lebih berani memandu kereta. Hihi.. Macam expert je. Walhal, terkial-kial juga kekadang tuh. Tapi, at least I have something to share with all of you, right?@kenyit

Memang, tak dinafikan memula kena drive sendiri kita akan rasa cuak yang teramat. Kalau boleh nak suruh cikgu or instructor yang ajar kita drive tu dok sebelah kita masa kita memandu kan? Even aku sendiri pun dulu masa memula dapat kereta rasa macam nak pulang balik kereta tu kat kedai sebab rasa takut nak drive. Haha. Tu tak termasuk lagi kes parking, nak control steering bagai. Rasa cam lawak lak bila diingat-ingat balik. @sengihnampakgigi

Tapi, orang kata alah bisa tegal biasa. Practise makes perfect. Selagi kita tak cuba, kita takkan tahu macam mana rasanya. So, here are some of the tips yang boleh aku share;-

1. Memula masa belajar drive tu, dapatkanlah guidance daripada orang yang berpengalaman. At least takdelah rasa bersendiri masa drive tu. And kita takkan gelabah andai ada apa-apa yang berlaku masa tengah drive tu. Contohnya mati enjin ke, atau flat tyre ke, etc..

2. Cuba drive kat tempat yang tak berapa sesak dulu. Contohnya kat kawasan perumahan tempat tinggal sendiri. Orang kata mahirkan tangan dan kaki tu dulu. Bila dah rasa ok baru belajar drive kat jalan yang sibuk sikit.

3. Sekiranya tempat yang kita nak pergi tu tempat yang unfamiliar, dapatkan clear direction dan kalau boleh bertemanla. Sebab bila drive seorang, kebarangkalian untuk sesat itu adalah tinggi. Yela, mana nak control kereta lagi, mana nak cari direction lagi. Memang boleh jadi tekanan perasaan woo..

4. Penting ni. Masa drive, tak payahla nak pandang kiri kanan sangat except kat simpang. Bukan apa, kekadang masa drive tu kita nampak kenderaan berat macam bas, lori ataupun treler kat sebelah. Automatik mesti kita rasa takut. Rasa macam kenderaan berat tu nak himpit kita. Walhal kenderaan berat tu memang dah berada kat lorong yang betul. Kita ni yang gelabah. 1 tip yang instructor aku pernah bagitau dulu, "Tengok lorong awak je, tak payah nak sibuk-sibuk tengok lori ataupun bas tuh." Hehe. Yup, memang betul pun. Sebab, bila kita tengok lorong kita je, kita takkan gelabah sangat. Yang penting, jaga kedudukan kenderaan. Jangan sampai 'makan' jalan orang lain. Bahaya tuh..

5. Jangan sesekali ignore ketiga-tiga cermin yang ada kat dalam kereta tu. Sebab itulah alat bantuan untuk kita menganggar jarak dan keadaan selamat untuk menukar lorong.

6. Jangan asyik tekan brek masa memandu. Selain boleh menyebabkan brek cepat loose, ia boleh menjengkelkan orang yang berada di belakang kita. Kalau tak yakin, jangan rapat dengan kenderaan yang berada depan kita. Biarlah orang kat belakang tu nak potong pun. Janji kita berada dalam kedudukan yang selamat.@senyum

Aduh, aku pun dah putus idea nak bagi tips ape lagi nih.. Tapi sebenarnya dalam keadaan apa pun, masa mula-mula kita memandu ni kita kena berani dan jangan cepat gelabah. Bila gelabah tu yang biasanya akan jadi perkara-perkara di luar kawalan kita. Langgar sana, langgar sini.

Memang, sesiapa pun mesti rasa takut andai kata terlanggar atau berlanggar dengan apa pun masa kita memandu. Cuma jangan cepat give up la. Takkanlah bila sekali langgar tembok terus give up nak drive kan? Huhu.. Mudah-mudahan tips di atas berguna la untuk beginner ye? Selamat memandu..@kenyit

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to Tips untuk hilangkan takut memandu

  1. haha..sy ms amewk lesen dulu..tips sy..bermanis mukelaa..n berbual la dgn org jpj. insyaalla...hilang skit ketaq!

    ReplyDelete
  2. kehkeh..saye lak, pakcik yang handle pre test (dia ni agak gatal) tu yang tlg saya bermanis muka ngn JPJ. haha..

    ReplyDelete
  3. bawak moto tuh kire memandu x :P

    ReplyDelete
  4. ehem2.. tu bukan memandu, tp merempit. hahah..

    adoila labu, lebih kurang la tuh.. :p

    ReplyDelete
  5. sy waktu test jpj, spanjang pjlan pmanduan tu 1kata pun jpj x cakap serius je dia boring pandai2 hidup sendiri....aduhi si abg jpj yg sombong..

    ReplyDelete
  6. Merempit berkereta kereta plak camna? Merempit jugak kan? Macam kera pegang stering

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.