Archive for March 2010

Uhuk~

Someone told me yesterday;

"Flu ni biasanya sebab tak cukup rehat. Stress. Itu yang bila makan ubat selesema buat kita jadi mengantuk. Ubat tu la yang berperanan merehatkan kita.."

Haha. Memang pun. Start sebelum family day lagi aku dah memang tak cukup tidur. Perjalanan ke Tioman tu pun menambahkan tekanan. Haha. Dengan kurang minum airnya lagi. So, tak heran la lepas balik pulau masing-masing dapat penyakit. Hehe..

So, hari Khamis malam aku pun ke klinik. Cek punya cek aku pun query la kat doktor tuh,

"Doktor, saya ni selalu pening-pening la sekarang ni. Blood pressure saya ok ke?"

Doktor jawab,

"Ok jer. Period you ok ke?"

Hahah. Soalan doktor tu dah buat aku gelak dalam hati. Tapi aku jawab jela,

"Ok je setakat ni.."

Doktor tu balas,

"Oh, pressure je tuh.."

Phew. Mujur la tekanan darah normal. Rasanya nak kena cek mata juga kalau pening tak hilang nih. Haish..


So hasil pemeriksaan doktor tu, dia telah bermurah hati prescribe ubat yang banyak ini. Haha.. Tapi aku tak makan semua la. Makan ikut keperluan aje. Kang kalau overdose, siapa nak jawab?

2 Comments

Hasil Tangkapan

Ye, memang saya tak ke pesta buku. Kesibukan membataskan langkah. Cuma mampu mengirim beberapa buah buku dari ci Asmahan. Hehe..

Semenjak semalam lagi dah excited menunggu buku-buku ni sebenarnya.. blogger-emoticon.blogspot.com

Finally, my parcel arrived at 12.10p.m. blogger-emoticon.blogspot.comTak boleh bayangkan betapa gumbiranya saya bila buku-buku berada di tangan.

Nak tau buku-buku apa yang saya beli?

Tara... Semua buku-buku terbaru dari Jemariseni. Tambahan kepada stok buku yang sedia ada.

Lepas ni boleh berhibernasi sambil membaca buku. Yeay! blogger-emoticon.blogspot.com

* Apsal tetiba tukar gantinama diri lak nih? Haha..

5 Comments

Back to normal and usual life

Pagi tadi kakak penjual sarapan tanya aku;

"Pergi mana bercuti? Family day ek?"

Aku jwb;

"Aha, family day kat Tioman. 1 office pergi. "

Kakak tu tanya lagi;

"Ui, bestnye. Tapi kenapa tak hitam?"

Ahaha.. aku gelak aje. Semua pelik kenapa kitorang 1 office takde yang sunburn. Haha. Best kan, bercuti kat pantai tapi tak gelap? =)

Nak tau sebab ape? Sebab cuma hari pertama sampai je cuaca cerah. Start Khamis malam tu dah hujan. Pagi masa snorkeling pun hujan. Bersukaneka juga dalam hujan. Balik juga berhujan.

Kesimpulannya dapatlah bermain hujan berhujan selama 2 hari. Sampai hari ni kepala masih ting tong. Haih..

Tapi, yang seronoknya sebab dapat bercuti, tenangkan fikiran daripada segala kekusutan. Alhamdulillah.

Gambar sunset yang sempat dirakam masa hari pertama sampai. Tenang kan? Rasa macam taknak balik. Hehe..

Kalau tak fikirkan mabuk laut, memang aku rasa macam nak sambung cuti jek.. =p

P/s: Tahniah utk adik sepupuku. Sorry tak dapat nak attend majlis atas sebab masalah teknikal. Rasa rugi gak tak dapat nak attend family ocassion nih. Isk..

2 Comments

Orang Baru

Rasa macam baru jek tengok gambar kahwin mereka berdua nih. Tak sangka dah dekat setahun dah mereka jadi suami isteri. (Yeah, it's almost a year for me too @penat) Masih teringat-ingat lagi kata-kata nasihat dan petuanya waktu aku jatuh tergolek. Alhamdulillah, here I am now! @hensem

Ok..ok.. I'm almost exaggerate myself.@jelir

It's not about me but about a new member of the family..Tahniah buat pakncek ku, En. Dick Khuzariry @ Sangbogoroyo dan Aina atas kelahiran si puteri cumil ini tepat jam 9.07 malam semalam (Sabtu, 13 Mac 2010).

Gambar yang sempat diMMS oleh si ayah pagi tadi. Namanya tatau lagi.

Lagi gambar baby yang berpipi labuh...

Buat si ayah : Dah ada baby ni jangan sengal sokmo yek? Haha.. Moga kamu berdua akan jadi ayah dan ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu ya? Hehe..

Anyhow, you're still one of my best buddy. TQVM! @kenyit

Oh, ini adalah entry saya yang ke 400. Wehoo~

4 Comments

Tips untuk hilangkan takut memandu

Bila tengok balik livefeed blog aku ni kebanyakkan orang sampai ke blog ni dengan keyword 'takut memandu', which is diorang akan bumped into this entry. Oleh kerana dah lama tak update blog, maka aku dengan baik hatinya nak share pengalaman dan tips untuk lebih berani memandu kereta. Hihi.. Macam expert je. Walhal, terkial-kial juga kekadang tuh. Tapi, at least I have something to share with all of you, right?@kenyit

Memang, tak dinafikan memula kena drive sendiri kita akan rasa cuak yang teramat. Kalau boleh nak suruh cikgu or instructor yang ajar kita drive tu dok sebelah kita masa kita memandu kan? Even aku sendiri pun dulu masa memula dapat kereta rasa macam nak pulang balik kereta tu kat kedai sebab rasa takut nak drive. Haha. Tu tak termasuk lagi kes parking, nak control steering bagai. Rasa cam lawak lak bila diingat-ingat balik. @sengihnampakgigi

Tapi, orang kata alah bisa tegal biasa. Practise makes perfect. Selagi kita tak cuba, kita takkan tahu macam mana rasanya. So, here are some of the tips yang boleh aku share;-

1. Memula masa belajar drive tu, dapatkanlah guidance daripada orang yang berpengalaman. At least takdelah rasa bersendiri masa drive tu. And kita takkan gelabah andai ada apa-apa yang berlaku masa tengah drive tu. Contohnya mati enjin ke, atau flat tyre ke, etc..

2. Cuba drive kat tempat yang tak berapa sesak dulu. Contohnya kat kawasan perumahan tempat tinggal sendiri. Orang kata mahirkan tangan dan kaki tu dulu. Bila dah rasa ok baru belajar drive kat jalan yang sibuk sikit.

3. Sekiranya tempat yang kita nak pergi tu tempat yang unfamiliar, dapatkan clear direction dan kalau boleh bertemanla. Sebab bila drive seorang, kebarangkalian untuk sesat itu adalah tinggi. Yela, mana nak control kereta lagi, mana nak cari direction lagi. Memang boleh jadi tekanan perasaan woo..

4. Penting ni. Masa drive, tak payahla nak pandang kiri kanan sangat except kat simpang. Bukan apa, kekadang masa drive tu kita nampak kenderaan berat macam bas, lori ataupun treler kat sebelah. Automatik mesti kita rasa takut. Rasa macam kenderaan berat tu nak himpit kita. Walhal kenderaan berat tu memang dah berada kat lorong yang betul. Kita ni yang gelabah. 1 tip yang instructor aku pernah bagitau dulu, "Tengok lorong awak je, tak payah nak sibuk-sibuk tengok lori ataupun bas tuh." Hehe. Yup, memang betul pun. Sebab, bila kita tengok lorong kita je, kita takkan gelabah sangat. Yang penting, jaga kedudukan kenderaan. Jangan sampai 'makan' jalan orang lain. Bahaya tuh..

5. Jangan sesekali ignore ketiga-tiga cermin yang ada kat dalam kereta tu. Sebab itulah alat bantuan untuk kita menganggar jarak dan keadaan selamat untuk menukar lorong.

6. Jangan asyik tekan brek masa memandu. Selain boleh menyebabkan brek cepat loose, ia boleh menjengkelkan orang yang berada di belakang kita. Kalau tak yakin, jangan rapat dengan kenderaan yang berada depan kita. Biarlah orang kat belakang tu nak potong pun. Janji kita berada dalam kedudukan yang selamat.@senyum

Aduh, aku pun dah putus idea nak bagi tips ape lagi nih.. Tapi sebenarnya dalam keadaan apa pun, masa mula-mula kita memandu ni kita kena berani dan jangan cepat gelabah. Bila gelabah tu yang biasanya akan jadi perkara-perkara di luar kawalan kita. Langgar sana, langgar sini.

Memang, sesiapa pun mesti rasa takut andai kata terlanggar atau berlanggar dengan apa pun masa kita memandu. Cuma jangan cepat give up la. Takkanlah bila sekali langgar tembok terus give up nak drive kan? Huhu.. Mudah-mudahan tips di atas berguna la untuk beginner ye? Selamat memandu..@kenyit

7 Comments

Mari layan lagu kanak-kanak..

Dari ulat jadi kepompong
Tidur lena dalam kelongsong

Sampai masa kelongsong pecah

Pom!
Jadilah rama-rama yang indah


Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik aneka warna

Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama...
Ni lagu yang sempat aku bluetooth dari handphone kakak aku . Lagu hasil nyanyian budak berbaju pink dalam gambar kat bawah ni. Tiap-tiap hari dok ulang lagu ni. Cute woh.. Sampai aku pun dah hafal dah liriknya. Haha..

Sebenarnya nak upload lagu ni kat memana hosting yang boleh stream. Tapi kenapa semua hosting macam tak nak je bagi embeded code untuk .wav file? Ergh, tensi!

Sile abaikan keadaan rumah yang agak bersepah itu ye? Hihi..

Haih, mengantuknyaaa. Ni semua gara-gara kekurangan tidur selama 2 hari berturut-turut. Huhu.. Tapi bila kerja dah siap memang rasa sangat heaven. Yeah, mari mengqada' tidur! ;)

4 Comments

Welcome, March!

Ok, cukup tentang orang Segamat + non smoker. Itu hanyalah permintaan untuk menghentikan kerja-kerja amal kawan-kawan yang terlebih prihatin tuh. Kalau tak clarify nanti mesti panjang berjela spekulasi korang semua. Huhu.. Tapi kalau ade calon yang menepati kriteria, ape salahnya. Haha..

Haih, pejam celik dah masuk ke suku tahun dah. Cepat sungguh masa berlalu. Bunga-bunga kesibukan pun dah timbul nih. Huhu.. Orang lain kat HQ dah sibuk dengan planning family day tapi aku lak macam takde perasaan je nak ke Tioman tuh. Selagi kerja tak siap jangan harap nak berjimba ye? Ni kena la dok dendiam siapkan kerja. Hmm..

Banyak hal yang nak dicoretkan tapi tak berkesempatan disebabkan deadline yang mengejar. So, tak dapatla nak mengomel pepanjang. Create entry ni pun semata-mata tak mau blog ni bersawang. Hihi..@jelir

Haish, dah masuk bulan MAC? Maknanya tak lama lagi hidup memang tak berapa nak normal jawabnye. Hue~ @sigh

P/s: Ada orang tanya aku kenapa suka dengar lagu macam ni bila tengah serabut? Hehe. Jawapannya? Sebab aku suke. Hehe..@jelir



So hold me when I'm here, right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared and love me when I'm gone

Everything I am and everything in me

Wants to be the one you wanted me to be

I'll never let you down even if I could

I'd give up everything if only for your good
So hold me when I'm here, right me when I'm wrong

You can hold me when I'm scared, you won't always be there
So love me when I'm gone

: When I'm Gone - 3 Doors Down

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.