Putaran

Hidup ni memang macam roda kan? Kita takkan tau bila masa kita akan berada kat atas dan bila masa kita akan berada kat bawah. Kalau hari ni kita berada kat atas, jangan sesekali melupakan orang yang berada kat bawah. Kalau kita berada kat bawah lak jangan sesekali menyimpan niat untuk membalas dendam sekiranya pernah dianiayai oleh orang yang di atas tu.

Dan jangan sesekali memandang enteng kerja orang lain. Setiap kerja tu walaupun kita nampak mudah, tapi kadangkala ia sebenarnya tak semudah yang kita sangka. Bila dah terkena kat diri sendiri baru macam mana susahnya kerja yang kita nampak 'mudah' tu. Baru tau macam mana rasanya jadi orang yang buat kerja yang pernah dia pandang enteng sangat dulu. Baru tau kenapa orang lain marah bila kerja yang dia rasa 'mudah' suatu masa dulu tu dipandang enteng pulak oleh orang lain.

This is what I've been thru. Aku mengaku yang aku memang tegas dan agak serius bila melibatkan hal kerja dan tanggungjawab aku. Siapa yang kenal aku, tau macam mana cara aku bekerja. Dan aku tau ramai je yang tak puas hati bila kena tegur atau kena marah sebab hal-hal yang mereka rasa cuma hal remeh. Itu tanggungjawab aku. Aku kena tegur bila hal tu akan mencacatkan perjalanan kerja aku. Tapi yela, bukan semua orang suka dan boleh terima apa yang kita buat, ye tak?

Dan aku sangat terkejut bila dengar cerita pagi semalam. Aku cuma mampu tersenyum. Itu je yang aku mampu buat. Alhamdulillah. Memang aku tak pernah nak mendoakan karma tu datang, tapi sekurang-kurangnya 'mereka' patut tahu betapa 'payah'nya nak melenturkan mentaliti orang yang suka memandang enteng kerja orang lain. Tak perlu nak letak hal yang lebih detail. Tak payah nak ikut protokol. Sampai ada yang menangis bila kena tegur. Sampai aku pun berkecil hati dengan orang lain. Huhu. Tamau bukak cerita lama dah. It's been 2 years already. Tutup buku.

Biarlah. Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain juga. Hidup ni tak semuanya mudah dan indah. Jangan suka mengharap orang lain akan bersusah payah untuk kita sebab mungkin suatu masa nanti orang lain pulak akan mengharap yang kita akan buat perkara yang sama juga untuk mereka. Bukan nak ajar berkira, cuma perkara yang mudah dan simple tu, kalau kita boleh lakukan sendiri, lebih baik kita buat sendiri. Tak perlu nak menyusahkan orang lain. At least kita boleh belajar benda baru. Kita pun takkan rugi apa-apa, kan? @kenyit

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.