Archive for February 2010

Bertuah sungguh!

Best kan, ade kawan-kawan yang terlebih prihatin macam diorang ni? Semua dok pakat nak carikan jodoh buat kawan dia nih. Ntah sejak bila tukar profession agaknya?@fikir Haha..

Jangan tak tau, si Ummi ni dah siap buat list untuk aku pilih. Huhuh.. Bertuah sungguh dikelilingi oleh kawan-kawan yang prihatin nih. @jelir

Sebelum ni aku memang tak pernah letak kriteria macam mana yang aku nak. Tapi sebab diorang ni PRIHATIN sangat, maka aku dah siap-siap letak kriteria utama pilihan aku;

Saya mahu orang SEGAMAT and a NON-SMOKER.

Amacam? Boleh dapat ke? Hihi.. @jelir

9 Comments

Memory Lane

Tak tau apa mimpi, semalam teringin sangat nak dengar lagu Isabella Search tuh. So, godekla youtube dan bermulalah sessi melayan lagu-lagu rock kapak lelama semalam. Godek punya godek aku jumpa video lama penyanyi Liyana nih. Haha.. Kalau Cik Azura sibuk dengan lagu Hangatnya Cinta, aku lak terjumpa lagu duet Liyana ni dengan ex-vocalist kumpulan Junction, Hatta.

Lagu ni rasanya masa aku sekolah rendah. Lama dah tu.. Ahaha.. Layan~



P/s: Tipikal video klip dulu-dulu; kalau tak indoor, outdoornya mesti kat taman bunga atau tepi pantai. Hihi..@sederhana

2 Comments

Dang!

Keadaan yang agak biasa bila kerja bertimbun-timbun atas meja. Huhuh...


Sungguh bersepah. Jadinya, maafkanlah saya sekiranya blog ini tidak ber update untuk tempoh seminggu ni ye? =p

Leave a comment

My loooong weekend. Heh!

Kalau orang tanye ape aku buat cuti ni, inilah hasilnye. Huhuh..


Adeh, cuti pun tak bercuti. Inilah dia padahnya bekerja di bidang ni. Haha.. Redha + pasrah ajela...

Kadang-kadang terfikir juga, mungkin betul la apa yang dikatakan oleh Cikgu Rhea nih. Huhu..

Hakikatnya saya bukanlah orang yang pandai membahagikan masa dengan baik eventhough I learned management. Hihi.. @jelir

6 Comments

Putaran

Hidup ni memang macam roda kan? Kita takkan tau bila masa kita akan berada kat atas dan bila masa kita akan berada kat bawah. Kalau hari ni kita berada kat atas, jangan sesekali melupakan orang yang berada kat bawah. Kalau kita berada kat bawah lak jangan sesekali menyimpan niat untuk membalas dendam sekiranya pernah dianiayai oleh orang yang di atas tu.

Dan jangan sesekali memandang enteng kerja orang lain. Setiap kerja tu walaupun kita nampak mudah, tapi kadangkala ia sebenarnya tak semudah yang kita sangka. Bila dah terkena kat diri sendiri baru macam mana susahnya kerja yang kita nampak 'mudah' tu. Baru tau macam mana rasanya jadi orang yang buat kerja yang pernah dia pandang enteng sangat dulu. Baru tau kenapa orang lain marah bila kerja yang dia rasa 'mudah' suatu masa dulu tu dipandang enteng pulak oleh orang lain.

This is what I've been thru. Aku mengaku yang aku memang tegas dan agak serius bila melibatkan hal kerja dan tanggungjawab aku. Siapa yang kenal aku, tau macam mana cara aku bekerja. Dan aku tau ramai je yang tak puas hati bila kena tegur atau kena marah sebab hal-hal yang mereka rasa cuma hal remeh. Itu tanggungjawab aku. Aku kena tegur bila hal tu akan mencacatkan perjalanan kerja aku. Tapi yela, bukan semua orang suka dan boleh terima apa yang kita buat, ye tak?

Dan aku sangat terkejut bila dengar cerita pagi semalam. Aku cuma mampu tersenyum. Itu je yang aku mampu buat. Alhamdulillah. Memang aku tak pernah nak mendoakan karma tu datang, tapi sekurang-kurangnya 'mereka' patut tahu betapa 'payah'nya nak melenturkan mentaliti orang yang suka memandang enteng kerja orang lain. Tak perlu nak letak hal yang lebih detail. Tak payah nak ikut protokol. Sampai ada yang menangis bila kena tegur. Sampai aku pun berkecil hati dengan orang lain. Huhu. Tamau bukak cerita lama dah. It's been 2 years already. Tutup buku.

Biarlah. Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain juga. Hidup ni tak semuanya mudah dan indah. Jangan suka mengharap orang lain akan bersusah payah untuk kita sebab mungkin suatu masa nanti orang lain pulak akan mengharap yang kita akan buat perkara yang sama juga untuk mereka. Bukan nak ajar berkira, cuma perkara yang mudah dan simple tu, kalau kita boleh lakukan sendiri, lebih baik kita buat sendiri. Tak perlu nak menyusahkan orang lain. At least kita boleh belajar benda baru. Kita pun takkan rugi apa-apa, kan? @kenyit

Leave a comment

Makin tinggi rupanya...

Haih. Tahap kelupaanku dah menjadi semakin tinggi sekarang ni. Huhu.. Hal yang aku rasa aku dah buat rupanya aku tak buat lagi. Hua~! Betul-betul tertekan wo..@nangis

Patutla pelik sangat nape bank asyik call 2-3 hari ni. Rupanya ada payment yang pending. Haha. Memang nak kena buat listing la jawabnya lepas ni.

Tapi sebelum tu, untuk 'overcome' tahap kelupaan aku yang dah makin serius ni aku dah start list down pending jobs aku. Haha. Mudah-mudahan lepas ni takdelah hal dan kerja yang akan terlepas pandang lagi. Huhu..


As at 10/2/2010, only 2 tasks has been completed. Banyak lagi tuuuu. Huhu..@damn

P/s: teringat ayat yang sama asyik diulang-ulang oleh kawan aku petang tadi, "Dah tua." Haha. Damn! Kena terima hakikat saraf ingatan dah semakin berkurangan sekarang ni. @ulatbuku

P/p/s: This is another song that I'm already addicted now. From my fav band - Kerispatih



tak ada satupun yang mungkin bisa
terima kau seperti aku
mohon jangan salahkan aku lagi
ini aku yang sebenarnya

: Kerispatih - Aku Harus Jujur

2 Comments

Phew..

Adeh, sangat penat ok? Eventhough bukan majlis aku, tapi aku yang terasa penatnya. Ntah macam mana pulak rasanya kalau menjadi tumpuan majlis kan? Hoho..

Tapi sangat seronok sebab dapat jumpa ramaiiii kawan-kawan lama. Sempat berjimba pun. Harap maaf untuk Puan dan Encik pengantin sebab kami sempat berjimba malam Sabtu lepas ye? Dapat tengok Akustik Channel live lagi. Hehe..

Dah lama bercuti ni jadi macam lost track pulak la..

Bila balik ni, tengok rupanya banyak kerja tertunggak la.. Haish.. Itula, orang tua-tua dah pesan kan; 'Kerja bertangguh takkan menjadi'. Adus, sungguh terkena kat batang hidung sendiri. Huhu..

Untuk gambar-gambar sepanjang majlis, bolehla rujuk kat facebook ye? Malas nak upload kat banyak tempat. Nanti kang tak eksklusif. Haha. (Ayat tak boleh blah @jelir).

Apa pun, selamat pengantin baru untuk kedua-dua kawanku, Aisyah + Nuai. Moga dilimpahi rezeki dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Amin.. @cinta

P/s: I'm totally addicted to this song. @kenyit



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu

Lelapkan matamu

Biarkan mimpi membawamu

Ke mana kau mahu

Selamat malam

Tidurlah sayangku

Siang kan tiba bercahaya

Bermula baru semua untukmu

: Selamat Malam - Faizal Tahir

5 Comments

Yawn.Sleepy.Yawn. Sleepy.


Tajuk tu menjawab persoalan wallpaper nih. Sebab hari tu tukang create wallpaper ni tanye tak berjawab. Jadi hari ni saya jawab kat sini. Ok tak? Hehe.

Hee, comel kan?

Oh, kredit to Famia dan blog Dudette nya.

Huh, minggu ni memang agak semputla nak menyiapkan kerja. Monthly report, kerja tertunggak, meeting, dateline and DEADline (haha). Woh, semuanya nak minggu nih.

Tidur pun dah tertunggak beberapa hari. Hua~ Tapi, takpela kot? Bukan selalu pun. Cuma bila tidur tak cukup ni, kepala jadi agak ting tong. Makan pun tak lalu sangat. Haha. Tapi ianya takde kaitan dengan perumpamaan 'tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah' tu ye?=p

Oh, lupe pulak. For the first time semalam aku attend meeting dengan board of directors (BOD) company client aku ni. Hoh, cuak gila memula tuh. Yela, sebelum ni bos no 1 atau bos no 3 yang attend BOD meeting nih. Ni tetiba bos no 3 suruh aku yang attend. Katanya, bila lagi nak belajar. Huhu.. Alhamdulillah, semuanya ok. Tapi agak sengal jugakla nak membetulkan 'businessman mentality' nih. Yela, rasanya most of the businessman akan fikir keuntungan = cash in hand. Hakikat sebenarnya bukan macam tu pun. Banyak lagi hal-hal lain yang kena diambil kira. Hee, ni ada lak yang pening bila aku bukak bab ni nanti. Haha..

Tak sabarnya nak balik rumah. Tak sabarnya nak claim waktu tidur yang tak cukup ni. Tak sabarnya nak cuti. Tak sabarnya nak jumpa bakal pengantin (kawan dia yang terlebih excited sebenarnya nih. Haha..). Tak sabarnya nak jumpa my lil' niece. Lama dah tak jumpa budak tuh. Excited juga nak jumpa kawan-kawan lain weekend nih. Agak-agaknya boleh tak kalau nak lajukan putaran jam hari ni? Hee.. =D

4 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.